Assalamualaikum dan selamat datang ke "Berkat Jumaat".
Ingat tak saya pernah cakap pasal agama yang dijadikan bahan gurauan? Tak ingat? tak apa, boleh klik kat sini. Tiga minggu lepas pula, saya ada menulis entri tentang "Cinta Itu Sepatutnya Indah" yang mana saya jelaskan Islam tak pernah melarang manusia mencintai sesama manusia. Tetapi, Islam melarang berdua-duaan kerana ianya menghampiri zina. Makanya itulah sebabnya ada sesetangah Ulama' mengharamkan sambutan valentine, namun untuk menjadi adil, saya gelarkan istilah "sangat tak digalakkan". Bukan sahaja kita meniru sambutan orang agama lain yang menjadi sebab kita sangat tak digalakkan menyambut valentine. Kalau nak meraikan kasih sayang, buatlah semasa ulang tahun perkahwinan sebagai contoh. Dan bukti yang saya katakan dalam entri tersebut ada dalam entri ini.
Silalah baca lagi untuk dua lagi video siri "That Effing Show" ini.
"That Effing Show" ialah sebuah siri di youtube yang mengupas isu semasa dan menjadikannya bahan gurauan untuk menyindir perlakuan-perlakuan manusia yang aneh ini. Saya sebenarnya menyukai siri ini kerana sering menyindir ahli-ahli politik, perlakuan-perlakuan kita yang patut kita betulkan. Saya puji dari sisi itu. Saya juga perasan peringatan yang diberitahu semasa awal setiap episod dalam video tersebut. Tetapi, sebagai seorang Muslim, Adab bergurau yang utama ialah:
Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a.w-dari sini
Berikut adalah dua episod lagi sebagai contoh. Satu episod dari yang ini okey yang mana menyentuh tentang isu homoseksual, nanti saya jelaskan di bawah.
Isu Erykah Badu ini asalnya disebabkan gambar Erykah Badu ini yang menampakkan tatu tulisan Allah di badannya. Lantas konsertnya dibatalkan. Saya sendiri pun sebenarnya tak kenal dengan Erykah Badu ni. Jadi kenapa perlu saya peduli tentang isu ini? PERLU KERANA SAYA SEORANG MUSLIM DAN SAYA TAK MAHU DI AKHIRAT NANTI SAYA AKAN DITANYA TETANG PERKARA INI SEKIRANYA SAYA MENGABAIKANNYA. Sebenarnya ada banyak artis-artis luar yang datang buat konsert di malaysia. Tetapi, Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, jadi SENSITIVITI menjadi perkara yang sangat penting untuk menjaga kestabilan negara. Ingin saya buat satu kenyataan di sini.
KEBEBASAN BERSUARA AMAT BERBAHAYA DAN BOLEH MENCETUS PERMUSUHAN DAN PERGADUHAN
Lihat sahaja di Amerika Syarikat dan negara-negara eropah yang lain apabila kebebasan bersuara dihalalkan. Orang lain menghina agama lain, dan akhirnya tercetus pergaduhan. Dan mungkin akan mendatangkan kerosakan, kecederaan malah pembunuhan. Jadi itu sebabnya di Malaysia ini kebebasan bersuara itu ada tetapi perlu tahu garis-garis sensitiviti rakyat yang berbilang kaum dan agama. Manusia perlukan undang-undang dan peraturan. Sekiranya tiada peraturan dan undang-undang, manusia akan sewenang-wenangnya melakukan pelbagai perbuatan sesuka hati. Dan kerana itu jugalah Allah menetapkan undang-undang dan peraturan dalam al-quran dan sunnah. Bayangkan sekiranya konsert itu diteruskan, pastinya parti politik pembangkang akan jadikan ia isu untuk PRU-13 ini kan? hahaha... Mungkin akan ada kumpulan-kumpulan yang akan menyerang konsert tersebut dan akan menimbulkan kekecohan? Jadi lebih baik konsert tersebut dibatalkan. Dan sekiranya gambar Erykah Badu itu tidak wujud, mungkin konsert tersebut dapat dijalankan dengan aman... Sudahlah agama Islam ini adalah agama rasmi Malaysia, patutkah nama tuhan yang kita sembah diletakkan di atas tubuh manusia? dan Malaysia akan berdiam diri? Katalah bahawa Malaysia kolot namun sekurang-kurangnya negara ini tidak terjerumus ke dalam negara-negara miskin yang sering disinonimkan dengan negara-negara Islam yang lain. Dan, sebagai sebuah negara yang dihormati oleh negara Islam yang lain, pastinya rasa hormat itu akan berkurangan andainya konsert tersebut diluluskan.
Mujur sahaja video ini tidak menyindir agama, namun ianya menyindir pengimplementasi untuk membanteras homoseksual ini. Dikatakan 30 peratus rakyat Malaysia adalah homoseks. Persoalannya, mana dia dapat statistik itu? Bagaimana hendak membanteras isu homoseksual hanya berdasarkan ciri-ciri luaran sahaja? Lelaki yang bertutur dan bergaya lembut bukan semestinya lelaki itu homoseks bukan? Pada pendapat saya, kelab-kelab yang mengamalkan homoseksual perlu dibanteras. Pada saya, isu homoseks ini PERLU DIBANTERAS kerana sekali lagi mereka perlu menghormati yang negara ini yang walaupun bukanlah sebuah negara Islam, tetapi Islam adalah agama rasmi negara ini. Dengan membenarkan kewujudan golongan homoseks ini, seperti memalit tahi ke muka sendiri. Kalau nak berhomoseks, pergilah cari kewarganegaraan yang lain.
Akhir sekali, negara ini perlukan stabiliti dan hormat sesama kaum dan agama agar sentiasa aman. Malaysia bukanlah terlalu aman, tetapi sekurang-kurangnya kita bebas berjalan tanpa rasa takut ditembak dan sebagainya. Bersyukurlah dengan keamanan yang kita ada. Saya bukan nak berpolitik tapi kita memang harus bersyukur kalau nak dibandingkan dengan negara-negara Islam yang lain yang sedang bergolak. Kuncinya, JAGA SENSITIVITI
Jumpa lagi esok, InsyaAllah
Wassalam.
dari,
K-tea.