Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane. Alhamdulillah bertemu lagi sekali kita di hari Jumaat yang mulia ini. moga-moganya kita beroleh "Berkat Jumaat" ya? Sebelum apa-apa, saya nak share lagu baru Maher Zain ni, baru keluar pagi tadi di youtube. Tajuknya "Number One For Me". Silalah menontonnya bila senang ya?
Dalam masa kurang dari sejam lagi, berlangsunglah gelanggang akhir Raja Lawak musim ke-6. Roda dunia berputar lagi. Dahulunya industri hiburan di Malaysia panas dengan bakat-bakat dari rancangan realiti nyanyian. Namun, hari ini roda tersebut mula berputar dan kini giliran pelawak pula mula mengambil alih roda industri hiburan di Malaysia. Siapa yang tak kenal, Jozan, Boboi, Osbon, Nabil, dan ramai lagi. Malah mereka ini(golongan pelawak) tidak lagi hanya boleh melawak, mereka juga boleh menyanyi, menari, mengacara malah menjadi penyampai radio! Jadi, pengaruh mereka sangat kuat di Malaysia. Disebabkan itu, saya bersyukur apabila mereka menjadikan bakat mereka itu untuk berdakwah. TETAPI! ada risiko yang mereka ambil apabila mereka menyelitkan unsur keagamaan dalam bahan gurauan mereka itu, apabila mungkin secara tidak sengaja mereka menjadikan agama itu sebagai bahan gurauan
Saya memang ada angan-angan nak jadi pelawak. Tapi masalahnya saya ni tak lawak. Jadi saya kuburkan sajalah angan-angan saya itu buat sementara waktu ni. Nak kritik tu bolehlah. Siapa-siapa pun pandai mengkritik sebab bila kita sebagai penonton tak rasa puas dan tak rasa seronok bila menonton persembahan, pastinya kita nak mengkritik bukan? Itu lumrah. Bukan susah pun hendak mengkritik, tapi sangat susah menjadi yang dikritik. Kerana idea yang diperah sekian lama akhirnya akan dikritik dengan mudah sekali. Samada akan menerima kritikan positif, namun yang menyebalkan adalah kritikan negatif. Terima sajalah. Begitu juga dengan niat mereka untuk berdakwah melalui medium lawak. Tiada siapa boleh menyalahkan siapa-siapa dalam isu dakwah ini. Kerana dakwah itu satu kemestian bagi setiap muslim. Kita tak boleh nak menyalahkan cara tiap-tiap orang itu berdakwah kerana itu cara mereka. Selagi ia tak melanggar syarak, tiada yang salah dalam dakwahnya. Namun begitu, yang saya ingin tekankan disini adalah risikonya berdakwah melalui medium komedi. Sedikit salah, akan mendatangkan kecaman dari berbagai-bagai pihak. Bahan komedi yang menyelitkan unsur dakwah adalah baik, namun sekiranya tanpa kita sedari, bahan komedi yang kita lakukan itu berkait dengan hukum-hukum agama, ada kecenderungan ia membahayakan.
Saya mengesyorkan isi-isi komedi yang terdapat dalam sesebuah sketsa hendaklah tentang nilai-nilai baik dalam kehidupan. Ia masih dikira berdakwah kerana menjadikan nilai-nilai dalam Islam itu sebagai teras komedi tersebut. Ia tidak menyentuh tentang isu hukum-hukum agama yang mungkin mencetus polemik dan perbalahan. Namun begitu, kadang-kala kewujudan polemik ini juga ada baiknya. Ia dapat membuat orang ramai kembali menyelak buku-buku agama sekaligus mendekatkan kita dengan agama kita. Namun begitu, polemik-polemik ini tak wajar ditimbulkan selalu, kerana takut ia akan menimbulkan pergaduhan sesama kita bukan? Jadi untuk menghasilkan situasi menang-menang, saya mengesyorkan seperti diatas.
Akhir sekali, saya ucapkan semoga berjaya kepada finalis-finalis raja lawak musim ke-6. Semoga anda semua dapat menghiburkan semua orang terutamanya saya sebab kalau tak best, siaplah Isnin nanti kena kutuk dengan aku, hahaha...
Sampai disini sahaja dahulu buat masa ini, jumpa lagi esok hari, InsyaAllah.
Jumpa lagi,
Wassalam.
K-tea.
p/s: Gambar diambil dari laman web ini