Assalamualaikum dan selamat datang ke "Thursday Thriller".
Semalam saya ada bercerita tentang gempa bumi di Banda Acheh (kalau tak ingat, klik sini). Amaran tsunami dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga. Namun begitu, selepas beberapa jam, amaran tsunami ditarik semula. Kenapa? Penjelasannya ada di video di bawah ini.
Menurut video tersebut, gempa kali ini berbeza kerana
Gempa yang berlaku kali ini adalah secara melintang dengan plat tektonik bergeseran menyebabkan gelombang dalam air meningkat sedikit. -dari bharian.com.my
Berbeza dengan gempa 2004, gempa tersebut menyebabkan dua plat bumi bertembung dan menyebabkan satu plat ke atas, satu kebawah sekaligus menyesarkan air laut dan menyebabkan tsunami besar.
Apa-apapun, gempa bumi kali ini tetap meragut beberapa nyawa akibat serangan jantung. Oleh itu, ini adalah peringatan Allah untuk kita sentiasa beringat tentang kekuasaanNya. Kita sering leka untuk mengingat Allah, maka Allah turunkan peringatan supaya kita dapat sentiasa mengingatiNya. Bersyukurlah kerana kita masih dipanjangkan nyawa supaya dapat kita bertaubat atas kesalahan yang lalu.
Sampai disini sahaja nampak gayanya. Saya sedikit sibuk hujung beberapa hari ini. Tetapi saya akan terus cuba "update" blog ini.
Jumpa lagi esok,
Wassalam.
dari,
K-tea.