Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog ini dan harapan saya kita semua beroleh "Berkat Jumaat".
Sebelum itu, silalah menjamu telinga anda dengan nyanyian acapella yang tak seberapa ini. Saya menyanyikan lagu Cintailah Ilahi nyanyian asal oleh Inteam.
Cinta, majoriti penduduk bumi ini tahu apa itu cinta. Apa itu cinta? Berdasarkan carian saya di Pusat Rujukan Persuratan Melayu, cinta itu bersinonim dengan perasaan kasih: perasaan sayang. Makanya cinta itu juga luas, bukan hanya kepada manusia, malah kepada apa jua yang kita sayang dan hargai. Seringkali berlaku salah faham dalam kalangan "mainstream" bahawa dalam Islam tiada cinta antara lelaki dan perempuan. Lebih-lebih lagi bila Jabatan Agama Islam buat rondaan untuk mencegah aktiviti "berdating" di hari Valentine. Maka wujudlah spekulasi bahawa Islam ini kolot dan tak tahu apa erti berkasih sayang. Sampai heboh seluruh dunia tentang kekolotan Malaysia. Sibuklah media luar negara nak jaga tepi kain orang tanpa usul periksa. Minggu depan saya beri bukti.
Jadi, betulkah tanggapan tersebut? Mengapa Islam melarang perkara tersebut dari berlaku? Jawapannya mudah saja,
"Apabila si wanita dan lelaki berdua-duaan, mereka lupa bahawa pihak ketiga adalah Syaitan."Ada sebab mengapa Islam tak membenarkan budaya "couple" ni sebenarnya. Supaya kita tak menghampiri zina dan supaya tak mendatangkan fitnah. Tak percaya tengok sajalah sinetron-sinetron Indonesia tu, si jejaka yang baik, tulus dan lurus atau si wanita yang baik, lemah lembut tapi biasanya tak tutup auratlah disebabkan ber"couple", tak habis-habis kena fitnah saja. Haha, saya tahu saya sedang mengarut sekarang ni. Balik semula ke topik.
Islam tak pernah melarang manusia untuk bercinta. Cuma Islam mencegah dari cinta yang sia-sia. Lepas kahwin, nak bercinta bercintalah. Saya pernah nampak pasangan suami isteri di pusat membeli belah yang si isterinya menutup aurat dan memakai purdah, rilek saja pegang tangan suaminya. Dah memang halal pun dah. Namun, ada pula yang berkata,
"Dari bercouple la boleh kenal siapa jodoh kita?"Tak salah juga berkenalan, yang salah itu berdua-duaan.
Sebenarnya tadi semasa di khutbah Jumaat tadi, khatib membincangkan tentang mencintai pasangan kita dan bagaimana patutnya kita bertolak ansur sesama suami isteri. Nampaknya sampai di sini sahaja dulu, kita jumpa lagi esok, InsyaAllah.
Jumpa lagi,
Wassalam.
K-tea.
p/s: Buat rujukan di sini dan sini. Gambar diambil dari sini.