Assalamualaikum dan selamat datang ke Infinitesane "Mega Monday".
Pernah tengok tak rancangan "Mania" di Astro Ria? Pada mulanya saya tak faham dengan format rancangan ini. Iklan dia bukan main gempak lagi. Revolusi Bintang kepada Superstar kalau tak silap lagi. Maafkan saya kalau saya masih kurang jelas dengan format rancangan ini. Tetapi pada pandangan saya, dengan menjadikan rancangan ini ditentukan dengan keputusan undian SMS penonton, ia telah mencemarkan prestij rancangan tersebut seperti yang digembar-gemburkan.
Pada pemahaman saya, (mungkin tidak betul) artis-artis yang mengambil bahagian akan diselia oleh produser-produser dibawah empayar mereka. Dan produser-produser yang dimaksudkan bukanlah calang-calang, Dato' M.Nasir, Ahmad Dhani (yup, dari seberang ya!) dan Aubrey Suwito. Saya sudah agak teruja dengan produser-produser ini.
Secara tiba-tiba ada bintang hot seat. Ianya dipilih oleh peminat dan akan diberi oleh pihak produksi kepada produser-produser tersebut untuk diselia. Oh, jadi orang ramai boleh pilih bintang merekalah? Tak apa, kita lihat dahulu siapa artis hot seat ini. Aril, okey, suara dia boleh pergi jauh. Ebi, Ha? Ebi? Saya sudah cukup lama tak tengok Ebi muncul di kaca TV walaupun dia menang tempat kedua Akademi Fantasia musim tak ingat. Peserta hot seat yang terakhir, Chaq, What? apehal la si Chaq ni boleh masuk pertandingan yang dikatakan berprestij ini? Dia menari sudahlah. Memang saya minat dia ni menari, macam adik dia juga, Stacy. Bezanya Stacy tu memang sedap suara dia menyanyi. Nasib baiklah Ahmad Dhani dapat Aril. Tapi M.Nasir dan Aubrey Suwito, kesian mereka dapat peserta hot seat yang kurang berprestij.
Okey, masalah hot seat dah saya luahkan. Sekarang ni masalah penentuan penyingkiran pula. Saya sangat tak percaya apabila penentuan penyingkiran dibuat melalui undian SMS. WHAT THE HELL!!! Sorry, saya memang jarang mencarut dalam blog saya ini tapi ini memang tak boleh diterima untuk pertandingan yang dikatakan merubah bintang menjadi superstar. Dan pada minggu awal Ebi mendapat undian tertinggi! Saya rasa Ebi sepatutnya merasa bersalah dengan Jaclyn Victor, Awi Rafael, Alyah dan peserta bukan hot seat yang lain kerana persembahannya yang terlalu jauh tahapnya dibandingkan dengan peserta bukan hot seat yang lain. Dan malangnya peserta dibawah Aubrey Suwito hampir semuanya bagus tapi malangnya kurang pengundi. Nampak sangatlah Astro ni nak untung saja. Sebelum ini dengan Super Spontan. Rasanya dah ramai orang tahu yang Spontan ni tiru rancangan "Who's Line is it Anyway?" cuma kurang lawak lucah dia. Tapi rancangan tersebut tak pernah pula dibuat rancangan mengaut kredit penonton. Dan rancangan tersebut bersiaran lebih lama dari Spontan. Saya bukan nak kondem spontan pun, cuma saya makin meluat dengan Astro yang buat macam-macam rancangan hiburan sambil menyedut duit penonton. Sudahlah harga bil pun bukan murah, ditambah pula dengan taktik-taktik kotor sebegini.
Kembali semula kepada rancangan "Mania". Saya tak rasakan tagline merubah bintang menjadi superstar itu akan terlaksana. Ia hanyalah sekadar retorik untuk menjual rancangan sahaja. Tidakkah mereka belajar dari kesilapan dahulu? Lihat sahaja juara-juara Akademi Fantasia yang lepas, berapa kerat saja juaranya yang berjaya dalam industri hiburan. Faizal? Tak tahu mana. Vince? Suara sedap, tapi tak tahu mana. Zahid? Sekarang buat macam-macam selain menyanyi. Dia ada dalam SuperSpontan. Eh, dah tersingkirlah. Dia ada jadi DJ juga. Ha, ramai alumni-alumni Akademi Fantasia yang menjadi DJ. Tapi bukan juaralah. Mawi? Beberapa tahun pertamanya saja yang hot. Pastu hilang. Mujurlah dia ada buka produksi sendiri. Bolehlah cari makan. Hafiz? Okey, dia berjaya. Stacy? Pun masih hot. Mila? Hmm...dah tak dengar cerita. Mungkin jadi penyanyi kat negara lain kot. Shahir? Pun dah tak dengar cerita. Lihat sahaja, sangat ramai juara Akademi Fantasia yang tak dapat nak "survive" lepas pertandingan kerana undian SMS. Nak jadikan bintang kepada superstar, tak boleh guna SMS, dia mesti dibentuk stail, X-Faktor, dan sebagainya oleh produser-produser yang menyelia. Kemudian, gunalah juri untuk mengadili mereka. Mungkin boleh gunakan produser-produser hollywod ke sebagai juri-juri undangan, barulah boleh jadi superstar. Kalau tak mampu nak buat semua tu, tak payahlah buat rancangan ni.
Akhir sekali, kasihan saya kepada peserta-peserta bukan hot seat yang sememangnya berbakat besar, berpotensi tinggi namun di tewaskan oleh undian SMS. Jangan haraplah saya nak SMS, bil Astro nak bayar bulanan itupun dah rasa mahal, inikan pula nak membazir kredit kepada rancangan ini? Minta maaflah banyak-banyak. Sudah-sudahlah Astro, janganlah aniaya pelanggan anda lagi. Ikhlaslah kalau nak menyediakan hiburan untuk kami.
Sampai disini dahulu, jumpa lagi esok di "Techy Tuesday", InsyaAllah.
Jumpa lagi,
Wassalam.
dari,
K-tea.