Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane. Selamat datang ke "Wednesday Wonder".
Hari ini cuti umum. Jadi saya pun ikutlah keluar bersama keluarga untuk membantu bapa saya mencari antivirusnya. Ramai yang keluar pada hari ini. Yelah, cuti kan? Rasa seperti hujung minggu pula. Cuti hari ini adalah disebabkan hari ini adalah hari pertabalan Yang Di Pertuan Agong yang ke 14.
Saya keluar selepas zuhur untuk makan tengahari di restoran Hakim seksyen 7. Semasa saya masuk ke lorong kedai di situ, saya perasan sesuatu. Ada RFC (Radix Fried Chicken) LAH!!! Semasa di Batu Pahat dahulu, saya teringin nak mencuba RFC di Kluang, namun, ianya telah tiada dan digantikan dengan "Radix Chicken House". Akhirnya ada juga RFC di Shah Alam. Berdasarkan sumber (sini) yang saya baca, RFC di seksyen 7 ini dibuka pada 22 Februari 2012.
Akhir sekali, hari ini Acheh dikejutkan sekali lagi dengan gempa bumi kuat 8.7 pada Skala Richter yang menghasilkan amaran tsunami. Namun, sehingga kini Alhamdulillah masih belum ada tsunami, namun air pantai di Phuket telah mula surut. Berita tentang gempa bumi tersebut boleh didapati di sini. Sebenarnya saya kasihan dengan bumi Acheh ini. Saya difahamkan, di bumi Acheh ini adalah bumi yang menyanjung perundangan Islam, (kalau salah betulkan) tapi sering diduga dengan bencana alam seperti ini. Pada tahun 2004, Tsunami besar melanda Acheh sehingga ke Malaysia. Mungkin ini dugaan Allah untuk menguji kesabaran manusia di Acheh. Saya mendoakan mereka selamat dan sejahtera.
Sampai sini sahaja entri kali ini. Jumpa lagi esok hari di "Thursday Thriller"
Jumpa lagi,
Wassalam.
dari,
K-tea