Tuesday, May 8, 2012

Takziah: Alfatihah buat Bob Kuman


Petikan dari Berita TV9 3 Mei 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung Infinitesane. Saya tahu hari ini hari selasa. Tetapi ketiadaan saya semalam adalah disebabkan talian internet yang terputus dan ianya menyakitkan hati. Kerana saya memang berniat untuk menulis tentang ini semalam lagi di "Mega Monday".



Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi meninggal dunia pada usia 41 tahun. Beliau pada asalnya adalah seorang penyanyi kumpulan duo, KU2 yang terkenal dengan lagu "Nicky Dan Rozie". Nama Kuman diperoleh semasa dalam kumpulan tersebut di mana seorang lagi ahli kumpulannya ialah Kumin. Kemudian, kariernya sebagai pelawak lebih menyerlah dan lebih terkenal sebagai pelawak.


Gambar beliau semasa bersama kumpulan KU2. Gambar diambil dari liriklagu.com


Saya bukanlah peminat hasil kerjanya, tapi saya menghormati usaha keras beliau selama ini.

Takziah kepada keluarganya dan Alfatihah kepada beliau.

Jumpa lagi,
Wassalam.

dari
K-tea.
p/s: Bersama-samalah kita menjaga kesihatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League