Assalamuaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane. Selamat datang ke "Berkat Jumaat" minggu ini.
Sejujurnya saya tiada idea untuk menulis kali ini dan saya seperti yang saya beritahu dua entri sebelum ini, saya sedang mengerjakan "sesuatu". Mujurlah ada khutbah Jumaat setiap minggu dan memastikan setiap minggu ada topik yang boleh dikongsi bersama. Saya agak sedikit kecewa apabila khutbah yang dibicarakan kali ini adalah tentang hari guru. Tiada masalah pun tentang khutbah itu, cuma saya sudah pun menulis entri tentang hari guru di "Wednesday Wonder".
/*Entri ini akan lari dari topik, tetapi pada bahagian AKHIR sekali, barulah kembali kepada topik. Harap maklum.*/
Sekali air bah, sekali pantai berubah. Inikan pula manusia. Walaupun maksud pepatah ini tidak terlalu tepat dengan apa yang saya ingin kongsikan, tapi maksudnya HAMPIR sama. Contoh termudah, kalau dahulu, rotan adalah perkara yang normal bagi seorang guru, tidak lagi buat masa sekarang. Kini, ada sahaja pelajar dipukul atau dirotan, pastinya guru tersebut akan berdepan masalah.
Kalau dahulu, budaya "ragging" adalah perkara biasa bagi pelajar di sekolah berasrama, tapi kini tidak lagi. Disini ada dua perspektif, orang yang me"rangging" dan orang yang di"ragging". Kedua-dua perspektif ini telah berubah. Kalau dahulu, orang yang me"ragging" berbuat demikian untuk mengajar orang yang di"ragging" supaya menghormati pelajar senior. Sedikit tolakan, pekikan adalah perkara biasa. Tapi kini, orang yang me"ragging" tidak lagi berbuat demikian atas sebab-sebab di atas. Dan istilah "ragging" tidak lagi boleh dipakai. Mereka membelasah tanpa belas kasihan terhadap orang yang dibuli. Biasanya juniorlah. Yang di"ragging juga telah berubah. Kalau dahulu, bila tahu sahaja dia di"ragging", mereka akan akur dan hormat kepada pelajar senior. Kini tidak lagi. Mereka akan melawan bila di"ragging". Mungkin ini juga sebabnya kenapa dia akan dibelasah oleh pelajar senior. Dan, bila dia dibelasah, pastinya pihak yang bersalah akan ditujukan kepada pihak yang membelasah.
Saya berpengalaman dan berada di era transisi apabila perubahan ini berlaku. semasa tahun pertama saya di sekolah asrama, tiada masalah dalam "batch" saya tentang "ragging" ini. Malah ada sesetengah warden tak begitu ambil peduli dengan budaya "ragging" ini kerana ianya tidak berbahaya. Dan kami juga hormat dan tak melawan berdepan senior. Kami satu batch pernah ditahan selama berjam dibawah terik mentari di gelanggang tenis di hari ahad sebelum dilepaskan untuk outing. Saya secara peribadi, pernah dipegang di kaki dalam keadaan tergantung kepala bawah di ketinggian satu tingkat di masjid. Saya semasa berumur 13 tahun, tidak berfizikal orang yang berumur 13 tahun. Mungkin fizikal saya dalam umur 10 tahun. Jadi memang saya dah biasa dilakukan sebegitu, malah disebabkan saya peminat wrestling, saya lebih kepada "go with the flow". Saya pernah di"tombstone" semasa saya di sekolah rendah dan pernah dihimpap beramai-ramai oleh budak dorm secara suka-suka. Walaupun saya sering melihat iklan "Don't try this at home".
Kembali ke topik, apabila saya menjadi senior, tiada lagi rasa hormat kepada senior. SAYA TAK KATAKAN SEMUA, tapi adalah beberapa kes. Ada kes pelajar dibuang hanya kerana menampar pelajar junior. Batch saya memegang rekod (ketika saya masih bersekolah, sekarang tak tahulah) pelajar paling ramai dibuang sekolah dalam batch. Ada beberapa belas, saya tak ingat. Tapi bukan semuanya kes pukullah.
Jadi, apa kena mengena dengan guru pula? Cabaran guru masa kini ialah untuk juga merevolusi kaedah dan "approach" mereka kepada murid-murid zaman ini. Dahulu internet bukanlah perkara penting dalam hidup manusia, kini tanpa internet manusia akan merasa kosong dalam hidup mereka. Dan dalam internetlah berbagai-bagai informasi samada baik mahupun buruk boleh didapati. Carilah metode untuk menyampaikan ilmu dengan berkesan. Janganlah menjadi guru yang hanya memenuhi silibus dan buku teks. Jadikanlah ilmu yang disampaikan itu berkesan dalam hidup mereka. Saya sering dan biasa dengar, apa yang kita belajar di sekolah atau universiti, bukannya akan diaplikasi sepenuhnya dalam hidup. Jadi, ajarkanlah juga mereka untuk hidup.
Sampai disini sahaja, jumpa lagi esok, InsyaAllah.
Hasta luego,
Mata ne,
Wassalam.
dari,
K-tea.