Assalamualaikum dan selamay datang ke Infinitesane "Thursday Thriller". Sebelum saya memulakan entri ini, ingin saya ucapkan takziah kepada keluarga Bob Kuman yang dikatakan telah meninggal dunia petang tadi. Saya baca di sini. Pada saya, artikel di murai.com boleh dipercayai rasanya kerana ia adalah sumber "mainstream" bagi industri hiburan Malaysia. Sekali lagi takziah dari saya dan sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah kepada beliau. Saya bukan peminat beliau tetapi saya hargai kerjanya dalam bidang komedi khususnya. Kalau ada yang terlupa, Bob ini asalnya dari kumpulan penyanyi KU2.
Baiklah, berbalik kepada topik kita kali ini. Saya sejujurnya tak nak ambil port pun pasal benda ini. Saya tak tahu pun ada Bersih 3.0 kali ini. Munglin tak banyak diwar-warkan di media perdana atau memang saya tak nak ambil tahu. Saya benci benda berpuak-puak ni. Tapi bila benda ini lebih banyak mengundang keburukan dari kebaikan, lebih baiklah tak payah dilangsungkan. Jangan nak melatah dahulu dengan saya. Saya tak menyebelahi mana-mana pihak.
Mula-mula, pihak polis dikatakan melakukan provokasi. Maka peserta demonstrasi akan bertindak liar. Jadi siapa yang dipersalahkan? Polis yang melakukan provokasi atau peserta demonstrasi? Dah tak kisah dah. Kerosakan dah berlaku. Peniaga rugi, Jalan "jam" dan mungkin ada harta benda yang dirosakkan. KALAULAH perhimpunan ini tidak berlaku, mungkin kurang "Jam", keluarga dapat bersiar-siar, orang ramai dapat jalan-jalan dengan santai dan sebagainya. Rakan saya secara peribadi pernah terlibat dengan perhimpunan seperti ini semasa dia keluar ke Kuala Lumpur. Dia bukanlah orang KL, jadi dapatlah dia meronda KL. Sangkaannya meleset kerana dia terpaksa "berkurung" di sebuah pusat beli-belah. Sadis tak?
Saya faham anda semua tak berpuas hati dengan pelbagai perkara. Saya tak ada masalah dengan itu. Pastinya anda semua sudah dapat menjangka yang pihak polis takkan berlemah-lembut dengan anda. Masih juga anda teruskan perhimpunan ini. Tidakkah ia membahayakan orang ramai dan mereka sendiri? Janganlah tanya saya cara lain, kerana saya tak berniat nak berdemonstrasi. Anda dapat perhatian dari media luar, anda berjaya membuka pekung negara kononnya negara ini kotor. Tahniah saya ucapkan.
Sebelum saya mengakhiri entri kali ini walaupun entri nampak macam tak ada hala tuju, tetapi saranan saya, fikirkanlah baik buruk sebelum melakukan keputusan. Dan, silalah kutip sampah yang anda buang merata-rata (sekiranya ada) agar negara ini akan menjadi negara yang "bersih". Save the earth.
Jumpa lagi,
Wassalam.
dari,
K-tea
p/s: gambar diambil dari sini (artikel ini berat sebelah kerajaan, saya guna gambar mereka sahaja)