Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane. Moga-moga dapatlah kita "Berkat Jumaat".
Hujung minggu ini, hampir seluruh dunia akan menyambut dan merayakan ibu mereka dan menjadikan ahad pertama bulan Mei sebagai hari ibu. Saya tak ada masalah tentang perkara tersebut. Ibu memanglah sepatutnya dihargai atas pengorbanan dan susah payah mereka membesarkan kita. Walaupun saya bukanlah anak yang baik dan sering menghampakan mereka, namun saya tahu susah payah mereka. Cuma mungkin mereka tak tahu yang saya tahu tentangnya. Tapi itu tak penting.
Semua orang tahu betapa pentingnya ibu dalam sejarah manusia. Malah Rasulullah sendiri banyak kali menekankan tentang pentingnya ibu dalam hidup manusia. Dalam hadis banyak disebut tentang kepentingan ibu dalam hidup manusia. "Syurga di bawah tapak kaki ibu" dan banyak lagi.
Namun, melalui berita yang kita dengari sejak kebelakangan ini, ianya sangat kurang enak didengari dan dilihat. Melalui sebuah video yang berlegar luas di internet, seorang ibu memukul anaknya sendiri tanpa belas kasihan. Dibawah ini adalah pengakuan orang yang mengambil video tersebut bahawa dia tidak bersubahat dan terdapat sedutan video tersebut dalam klip video di bawah ini.
Saya sejujurnya tak pernah menonton video tersebut dari mula sehingga habis. saya hanya melihat sedikit sedutan semasa di berita dan di klip video di atas. Tak sampai hati saya menonton video tersebut. Video yang seronok saya tonton adalah video di bawah ini. VIDEO NIA! Bayi memang begitu fitrahnya. Mereka belum faham apa yang boleh apa yang tidak. semua benda nak dimasukkan dalam mulutnya, semua nak dirasa. Lagi dimarah, lagi dibuat. Tapi itulah budak...sekadar info, perkataan budak jangan disebut kepada orang di indonesia, kerana maksudnya lain, rasanya maksud budak dalam bahasa Indonesia hamba. Kalau salah betulkan. Jom tonton video Nia. Dah terlalu banyak video Nia saya ambil...