Monday, March 19, 2012

Raja Lawak Akhir: OK tak?


Senarai pemenang

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam "Mega Monday (M&M)" kepada semua pengunjung Infinitesane. Hujung minggu yang lepas (Sabtu dan Ahad) saya tak mengemaskini blog ini. Atas sebab yang tak dapat dielakkan, saya tak dapat mengemaskini blog. Saya secara tak dirancang telah menghadiri ceramah mengenai saudara kita di Syria pada malam sabtu dan pada malam ahad saya memilih untuk membuat cover version memandangkan sudah lama saya tak menyanyi. Kira ini praktis balik lah.

Saya nyanyi lagu ini


Dan lagu ini


Jadi, jumaat lepas anda tonton Raja Lawak Akhir? Saya menontonnya. Sejujurnya, saya tak berapa mengikuti perkembangan Raja Lawak musim ke 6 kali ini. Ini adalah kerana saya tak rasa tertarik dengan kualiti peserta-peserta kali ini. Kebanyakannya tidak konsisten persembahannya. Minggu ini best, minggu depan tak best. Jadi saya give up nak ikut program tersebut pada tiap-tiap minggu.





Finalis-finalis pada Raja Lawak musim ke 6 ini adalah:

1. Zero

Ingat tak pada entri saya tentang Raja Lawak sebelum ini? Kalau anda tak ingat tak apa, silalah klik sini. Saya ada mengatakan bahawa kumpulan Zero ini adalah antara favorite saya untuk tersingkir. Mereka sangat "busuk" pada minggu pertama. Dan nama kumpulan mereka sangat negatif. TETAPI, mereka berjaya membuktikan saya salah. Meskipun mereka tak menang, namun mereka ada potensi dan nilai komersial kerana mereka adik beradik macam KRU (Kebarabgkalian nak berpecah itu rendah) dan mereka boleh buat backflip. Jika mereka diasah bakat mereka untuk menyanyi sebagai contoh, mereka akan jadi serba boleh. Sebenarnya bila saya tengok iklan undi Zero, saya perasan yang mereka ada buat backflip. Jadi saya yakin 100% yang sekiranya mereka berjaya masuk ke final, saya pasti mereka akan buat backflip. Dan telahan saya benar belaka.

Persembahan pertama


Persembahan kedua

2. 2Yol

Saya sebenarnya kasihankan kumpulan 2Yol ini. Kerana mereka kurang nilai komersial dan lawak mereka tak terlalu mainstream. Saya berharap mereka akan membuktikan saya salah. Tapi setakat ini memang saya dapat lihat nilai komersial mereka agak rendah kerana tiada yang terlalu mengujakan bila saya melihat persembahan mereka. Saya ada juga tergelak melihat persembahan mereka tapi saya masih rasa mereka belum cukup bagus untuk membuat saya melekat di hadapan kaca TV untuk melihat persembahan mereka.

Persembahan pertama


Persembahan kedua

3. CUIT

CUIT. Saya masih rasa mereka tak layak masuk ke gelanggang akhir kerana lawak mereka agak biasa dan saya sejujurnya tak gelak sangat pun melihat persembahan mereka, saya hanya tersenyum sahaja paling kuat pun. Saya rasa 2Yol patut dapat nombor 3. Mungkin peminat CUIT lebih ramai dari 2Yol. Tak apalah, dah rezeki mereka.

Persembahan Pertama


Persembahan kedua

4. Shiro

Dari awal lagi saya dah dapat jangkakan bahawa Shiro akan menang. Kerana lawak mereka terkini, mainstream dan semua orang enjoy. Itu sahaja saya boleh katakan. Memang dah dapat dijangka tiada persaingan dalam final kali ini. Zero perlu improve lagi untuk bersaing dengan Shiro.

Persembahan pertama


Persembahan kedua


Dalam pertandingan akhir Jumaat lalu, memang sudah dapat dilihat persaingan hanya antara tempat pertama dan kedua dan tempat ketiga dan keempat. Maksudnya, Shiro vs Zero dan 2Yol vs CUIT. Dapat dilihat Cuit dan 2Yol tak layak memenangi tempat ke 2.

Akhir sekali, saya ingin memohon maaf seandainya ada yang tersinggung dari tulisan saya. Saya hanya berkongsi pendapat saya sahaja. Saya tak kata saya sentiasa betul. Baiklah, kalau tak puas hati, atau suka entri ini, silalah komen @ Share ya?

Jumpa lagi esok hari, InsyaAllah...
Wassalam,

K-tea.

p/s: Hari ini lewat post entri sebab ada masalah nak buat hardsub. Sampai sekarang masih belum selesai. (Sekarang dah selesai, videonya ada diatas.)
pp/s: Video Raja Lawak diambil dari sini
ppp/s: Imej-imej diambil dari sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League