Saturday, March 10, 2012

Chan Peng Soon/Goh Liu Ying: Harapan Baru Untuk Malaysia (?)


Image taken from here


Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam 1 Malaysia (tiada unsur politik) kepada semua pengunjung Infinitesane. Alhamdulillah, masih ada yang sudi menjengah blog yang belum popular ini lagi (walaupun hampir 4 tahun blog ini beroperasi)

It is a Sporty Saturday! Macam mana? Sporting tak hari ini? Jangan lupa bersenam ya! Semalam ialah suku akhir Kejohanan Seluruh England (All England) yang menampilkan 3 wakil negara bersaing untuk merebut slot ke separuh akhir. Mereka adalah pemain No 1 dunia, Lee Chong Wei, Liew Daren, dan beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying. Liew Daren yang berdepan pilihan ke 8 kejohanan, Lee Hyun-Il gagal memberi kejutan kepadanya sekaligus kalah 'straight set' 21-15, 21-13. Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya bukanlah dia tewas kepada pemain tak ternama seperti yang berlaku kepada Hafiz Hashim. Lee Chong Wei tidak menghadapi masalah apabila berdepan pemain Indonesia yang saya sendiri tak kenal, mungkin pemain pelapis agaknya. Tapi itu sudah bagus pencapaiannya untuk sampai ke suku akhir. Lee Chong Wei mudah menundukkannya 'straight set' 21-9, 21-11. Kali ini saya ingin bercerita kepada anda semua tentang beregu campuran no.1 negara.




Chan Peng Soon/Goh Liu Ying mendapat perhatian saya semasa pertandingan Sukan Komanwel 2010 apabila corak permainan mereka berjaya menarik perhatian saya. Seingat saya, tak pernah Malaysia berjaya menghasilkan beregu campuran yang berjaya menggamit perhatian saya. Dan semalam, mereka yang pertama kali berjaya sampai ke peringkat suku akhir di kejohanan yang berprestij ini, berjaya memenangi perlawanan suku akhir dan berjaya melangkah ke separuh akhir seluruh England buat pertama kali. Syabas saya ucapkan ke atas kejayaan mereka. Mereka menundukkan pasangan "tuan rumah" yang berjaya menewaskan beregu pilihan pertama kejohanan dengan 3 set, 21-16, 15-21, 21-17.

Mungkinkah ada sinar harapan yang baru untuk beregu campuran negara? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Sampai di sini dahulu, kita jumpa lagi esok hari, InsyaAllah...

Wassalam.
K-tea.

p/s: semasa di kejohanan terbuka selangor, mereka tewas di perlawanan akhir menentang Lee Chong Wei/Vivian Khoo. Tapi itu sebab "ada Lee Chong Wei".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League