Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane. So, what's up Wednesday?
Di sini ingin saya menceritakan tentang satu peristiwa yang sangat-sangat jarang berlaku di tempat saya, di rumah ini.
Pada suatu masa dahulu, saya pernah menegur kawan saya,
"Eh Z, lama betul kau berak. Kasilah chance kat orang lain juga nak berak."
"Kau tak tahu inilah nikmat berak. Macam mana kalau satu hari nanti kau tak boleh berak?"
Dan memang betul katanya, pada Jumaat malam Sabtu minggu lepas, memang nikmat nak berak itu ditarik. Kenapa?
Kerana malam itu hujan lebat. Astro hilang siarannya. Namun, tak lama selepas itu siarannya kembali ke udara. Hujan masih belum reda, namun angin-angin kuat sudah berkurangan. Maka tidaklah dihiraukan hujan yang masih tak reda dan teruslah menikmati rancangan di televisyen.
Secara tiba-tiba, kakakku menjerit di dapur lantas mengambil tin aeresol di atas almari. Seusai dia menyembur racun serangga tersebut, malah dia terus terperanjat apabila semakin banyak lipas-lipas yang keluar dari tempat persembunyian persis filem seram yang semakin klise di pawagam. Tapi memang benar, lipas-lipas yang keluar dari persembunyiannya sangat banyak. Terus bapaku menghujahkan hipotesisnya bahawa air telah masuk ke tempat persembunyiannya lalu memaksa mereka keluar dari tempat persembunyiannya. Rupa-rupanya, kakakku pergi ke dapur pada asalnya hendak menuju ke tandas, akhirnya jelas sudah anolami yang berlaku sebentar tadi.
Air longkang sudah penuh dan melimpah keluar menyebabkan laman rumahku dan kawasan belakang rumahku dinaiki air. Maka, bermulalah dugaan. Dugaan untuk menahan diri dari pergi ke tandas oleh kerana air sudah naik dalam saluran najis. Sekiranya ingin berak juga, nasib tinja anda akan sama dengan nasib lipas di gambar ini;
Maka benarlah kata Z, bila mana nikmat berak itu ditarik, barulah kita rasa betapa sukarnya hidup
Sampai disini sahaja, kalau suka, share lah,
Jumpa lagi esok hari. InsyaAllah...
Wassalam,
K-tea
Arashiyama part 2
7 years ago