Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane.
Pernahkah anda terfikir kenapa 4U2C dan NICO tak mampu untuk 'survive' lama dalam industri hiburan Malaysia? Dan bagaimana "seteru" mereka, KRU berjaya bertahan sehingga ke hari ini?
Jawapannya, kerana mereka 'adapt' dengan 'trend' terkini, mereka 'adapt' dengan pemikiran zaman kini. Maka muzik dan hasil kerja mereka sering berevolusi seiring dengan arus peredaran zaman. Makanya, mereka masih relevan sehingga kini.
Jadi, apa kena mengenanya KRU dengan survival Islam di era Globalisasi ini? Kalau anda tiba di muka hadapan blog ini(Home), anda perlulah klik "Baca lagi>>" macam biasa. Kalau anda dah tiba di entri ini, silalah teruskan membaca...
Moga kita mendapat Berkat Jumaat...
"Keyword" entri ini ialah revolusi, entri ini sebenarnya dah lama dah saya nak tulis, semenjak selepas hari keluarga Sakijan Saamah lagi. Kerana, wak saya yang paling tua ada mengulas isu ini semasa tazkirah lepas subuh. Tentang bagaimana untuk ibu bapa generasi kini untuk sentiasa menerapkan nilai Islam dalam hidup mereka. Ini adalah kerana zaman ini adalah zaman yang sangat mencabar kerana zaman ini zaman globalisasi. Segalanya di hujung jari.
Zaman globalisasi. Ianya mengundang berbagai-bagai ancaman dan pelbagai bentuk penjajahan. Bagaimana saya boleh berkata sedemikian? Penjajahan zaman ini bukan sahaja berlaku secara fizikal, malah secara mental. Dahulunya kita tidak kenal, malah tidak terlalu "up-to-date" dengan perkembangan artis-artis di amerika dan luar negara. Dahulunya perkembangan luar negara hanya ditunggu di media cetak dan elektronik. Kini ada media alternatif. Dengan adanya internet, kita akan segera mengetahui perkembangan di luar negara sesegera yang mungkin.
Dengan tibanya era globalisasi, teramatlah sukar untuk membendung informasi-informasi yang tidak sesuai diketahui. Semuanya dikatakan mempunyai "hak" untuk dikongsikan. Maka timbullah gejala-gejala sosial yang tidak sihat yang diasimilasi dari budaya-budaya yang tidak sesuai sekali oleh norma seorang melayu dan terutamanya sebagai seorang Muslim. Rancangan-rancangan di Televisyen tidak dapat lagi dibendung dan dikawal. Stesen-stesen TV antarabangsa yang tidak berpangkalan di Malaysia sewenang-wenangnya menyiarkan rancangan-rancangan yang tidak sesuai ditonton oleh kelaziman melayu suatu masa dahulu. Kini tiada lagi rasa jijik terhadap khinzir kerana stesen televisyen antarabangsa kerap menyiarkan hidangan-hidangan khinzir yang dizahirkan dengan penuh cantik. Rancangan pendidikan untuk kanak-kanak juga turut disertakan watak khinzir sehingga tiada lagi rasa jijik dan kotornya binatang tersebut. Pembekal servis satelit juga tidak akan ingin menarik saluran-saluran tersebut kerana ia terkenal, mendapat permintaan yang tinggi dan mendatangkan keuntungan. Dengan adanya internet, sukar untuk mengawal kehendak manusia.
Di sinilah keyword revolusi ini timbul. Bukannya revolusi untuk merusuh, berdemonstrasi dan sebagainya. Tapi berevolusi terhadap tarbiyyah terhadap anak-anak generasi Y dan Z ini. Istilah ini bukan saya yang buat, tapi saya terbaca di surat khabar. Tak tahulah lepas Z apa pula nanti. Revolusi yang saya maksudkan ialah cara era ini untuk mendidik anak-anak. Siapalah saya untuk mengajar orang untuk mengajar anak kan? sedangkan saya sendiri anak yang kurang baik. Entri ini bukanlah untuk mengajar anda semua cara untuk mendidik anak, sebaliknya tujuan entri ini ditulis adalah untuk memberitahu cara lama tidak lagi berkesan terhadap generasi kini. Rotan sebagai contoh, sangat tidak relevan buat masa ini. SEKIRANYA kita tidak memberitahu kenapa anak tersebut dipukul. Ini bukan saya yang cakap, saya selalu terbaca artikel atau buku tentang kesalahan ibu bapa mendidik anak. Poin ini sangat terkenal. Memukul anak tanpa memberitahu sebabnya akan membuatkan anak rasa memberontak. Pada zaman dahulu mungkin ia berkesan kerana kalau dipukul pun kemana nak diberontakkan? Kini sangat bahaya. Sekiranya anak itu memberontak dia boleh lari dari rumah, sehingga boleh terjadi hingga ke luar negara. "Rakan-rakan" di laman sosial juga banyak membantu mereka untuk memberontak kalau mereka mahu. Jadi bukan tak boleh memukul, cuma kena rendahkan sedikit ego ibu bapa itu untuk berlembut dengan memberitahu sebab mengapa dia dipukul. Kadang-kala MUNGKIN ego sesetengah ibu bapa itu sangat tinggi untuk meminta maaf kepada anaknya. (Ketika saya masih kecil, bila saya dipukul atau disalahi saya akan lari dari rumah dengan menyorok di mana-mana taman permainan, tapi tak pernahlah lari sampai berhari-hari)
Itulah cabaran yang perlu ditempuhi untuk survival Islam di era globalisasi. Bagaimana pula dengan peluang di era globalisasi? Dalam kegelapan, masih ada sinar pengharapan. Kemunculan era globalisasi ini juga diambil kesempatan oleh pendakwah-pendakwah untuk menyebarkan dakwah mereka dengan lebih mudah, kurang penat dan efektif. Bayangkan semasa pra-globalisasi, berapa ramai golongan muda yang meminati pendakwah? Ada ramai tak? Tak ramai kan? Bila tiba era globalisasi ini, orang-orang muda akan lebih kawtim dengan golongan pendakwah ini. Golongan pendakwah ini juga sempoi, kerana ingin menyesuaikan arus muda semasa untuk dakwah mereka sampai. Siapa tak kenal Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don? Saya beri dua contoh ini sahaja kerana nama mereka paling popular di laman-laman sosial. Golongan artis juga semakin terasa aura perubahannya. Semakin ramai artis wanita mula memakai pakaian yang menutup aurat. Memang tak dinafikan, artis yang masih rosak dan belum dibetulkan masih sangat banyak bilangannya kalau nak dinisbahkan dengan artis yang "berhijrah". Tapi dahulu artis-artis yang berhijrah tak seramai waktu ini. Saya sangat berharap mereka akan kuat dan terus ikhlas menunaikan tuntutan agama. Golongan artis ini juga sedikit sebanyak dapat membantu proses dakwah ini, Alhamdulillah.
Dalam kita asyik mencari kesalahan golongan muda, jangan dilupa yang mereka penentu masa depan agama, dunia dan negara. Syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana rakan-rakan di laman sosial saya yang beragama islam sangat ramai yang mempunyai kesedaran agama yang kuat, saling berkongsi pengetahuan agar kita bersama membentuk dunia Islam kembali ke zaman kegemilangannya. Harapan saya yang takkan pernah terpadam kerana saya percaya dengan kekuatan golongan muda ini. Biarpun golongan muda ini tidak berpakaian ortodoks, seperti golongan tua yang memakai serban dan jubah, namun kebanyakan dari mereka sayangkan agama mereka dan tak ber"asabiyyah". Renung-renungkan...
Sampai disini sahaja dahulu entri kali ini. Sudah lama rasanya saya tidak menulis sepanjang ini. Harapan saya anda tidak bosan membacanya.
Kalau suka share dan komenlah...
Wassalam,
K-Tea...
Source: Imej entri ini diambil di sini
Arashiyama part 2
7 years ago