Monday, March 26, 2012

Lambakan filem tempatan...Mampu bersaing?


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane yang saya hormati. Untuk "Mega Monday" hari ini, saya akan membincangkan kepada anda semua tentang filem kita, filem Malaysia.

Sejak beberapa tahun lalu, pasaran filem di Malaysia kembali "aktif" selepas mengalami zaman kesuraman apabila tiada sesiapa yang mahu menonton filem tempatan di pawagam. Semenjak awal tahun 2010, dimana filem Adnan Sempit mendapat sambutan yang sangat hebat atas lakonan hebat Shaheizy Sam, filem-filem di Malaysia semakin hebat kutipan tiketnya. Boleh dikatakan tidak banyak filem Malaysia yang mendapat kutipan kurang daripada RM 1 juta. (notakaki: kutipan 2 Alam tak mencecah RM 1 juta, hanya 0.44 juta)



Pada tahun 2010, jumlah filem tempatan yang ditayangkan adalah sebanyak 29 buah filem. Bergerak kita ke tahun 2011. Pada tahun 2011, sebanyak 42 buah filem tampatan ditayangkan di Malaysia. Tahun 2011 boleh dikatakan "Tahun Pecah Rekod". Ini adalah kerana terlalu banyak rekod kutipan tiket terhasil pada tahun ini. Filem pertama tahun 2011, Khurafat mengutip kutipan sebanyak 8.08 juta. Hanya 5 bulan selepas itu, filem Kongsi sekali lagi hasil lakonan Shaheizy Sam mendapat kutipan 8.09 juta. Tak sampai sebulan pun daripada tarikh Kongsi mula ditayangkan, filem KL Gangster dapat memecahkan rekod kutipan dengan hasil kutipan dengan kutipan sebanyak 11.74 juta! Tak dilupakan, ombak Rindu yang berjaya mengutip 10.9 juta pada penghujung tahun 2012.


Kutipan Tahun 2010



Kutipan Tahun 2011



Kutipan Tahun 2012 sehingga 13 Mac


Kini, pada tahun 2012 dikatakan bahawa terdapat 72 buah filem untuk ditayangkan dan berdasarkan kutipan filem-filem tahun 2012 sehingga 13 Mac(rujuk gambar), kutipan tertinggi hanya pada filem "Adnan Sempit 2", kesinambungan dari filem pertama 2010. Tempat kedua "Bujang Terlajak" dengan 2.6 juta hasil lakonan Johan, Nabil dan Saiful Apek. Pola kutipan tahun ini setakat ini tak nampak memberangsangkan. Adakah produser-produser filem bakal mengalami kerugian pada tahun ini? Saya tak tahu. Mungkin akibat terlalu banyak filem-filem yang genrenya tak banyak beza membuatkan penonton muak. Tambahan pula mereka perlu bersaing dengan filem-filem luar negara yang lebih berkualiti. Jadi, pastinya penonton akan mengeluarkan duit mereka kepada sesuatu yang lebih memuaskan bukan?

Saya berharap agar industri perfileman Malaysia akan berkembang dengan lebih sihat lagi dan bukan hanya mahu mengaut keuntungan semata. Saya kasihankan filem seperti "Bunohan" dan "Seefood" yang dikatakan tinggi mutunya tapi lihatlah sendiri kutipannya, tak sampai sejuta pun. Kepada kaki-kaki wayang, di samping menonton filem antarabangsa, luangkanlah seketika untuk menonton filem kita. "Filem Kita, Wajah Kita" kata mereka. Ya ke? Entahlah.

Sampai disini sahaja dahulu, kita jumpa lagi esok, InsyaAllah.

Jumpa lagi
Wassalam

K-Tea.

p/s: screenshot diambil dari laman web finas. Poster SeeFood diambil dari sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League