Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane.
Kita semua tahu pelbagai harga barang keperluan dan harga petrol sudah meningkat naik sejak dekad ini. Walaubagaimanapun, ada satu perkara yang menjadi semakin murah, ia adalah nyawa. Kes pembuangan anak, kes samseng jalanan, samseng, peperangan, kezaliman makin jelas menunjukkan betapa murahnya harga sebuah nyawa yang jelas sekali bercanggah dengan agama kita.
Ingat tak lagi hujung minggu lepas saya tak dapat mengemaskini blog ini kerana menghadiri ceramah tentang keadaan di Syria? Pada mulanya saya ingatkan masalah di Syria ini adalah kerana masalah tentang kesempitan hidup dan kerajaan gagal membantu rakyat. NAMUN saya sangat salah sama sekali. Tanggungjawab sebagai pemerintah untuk membantu rakyat diabaikan malah terus menindas rakyat yang cuba menentang kerajaan. Menindas yang saya maksudkan disini adalah membunuh rakyat sewenang-wenangnya. Malah, menganggap diri sebagai tuhan di Syria. Saya akui, untuk menjadi pemerintah, bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak, tetapi mereka sudah bertindak di luar batasan perikemanusiaan manusia.
Apa yang berlaku di Syria tak lari jauh dari kisah firaun suatu masa dulu. Jadi, bilakah agaknya rakyat Syria akan merasa aman, hanya Allah yang tahu. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah berikan sokongan dan bantuan. Sekiranya tidak mampu, hulurkanlah doa seikhlas hati agar mereka beroleh kebebasan.
Ingatlah, bersyukurlah atas nikmat hidup di bumi bertuah Malaysia yang aman ini. Tak dinafikan yang puak-puak gila politik ini sering bertelagah, namun kita masih bebas untuk menganut pelbagai kepercayaan dan sebagai seorang muslim patut bersyukur kerana dapat bersujud di bumi Allah yang Maha pengasih dan Maha penyayang. Jika di Syria, mereka dipaksa bersujud pada gambar Bashar Al-Assad. Syukur kita dapat hidup di bumi Malaysia.
Sampai disini sahaja warkah kali ini. Saya ingatkan saya dapat "upload" sedutan video ceramah tersebut hari itu, tapi talian internet di sini sangat perlahan. Mungkin saya akan "update" di kemudian hari.
Jumpa lagi esok hari InsyaAllah,
Wassalam.
K-Tea.
p/s: Gambar diambil dari sini.