Saturday, January 14, 2012

Raja Lawak 6 minggu 1: Pengenalan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Kali ini entri aku ringkas je. Aku menonton Raja Lawak 6 beberapa jam yang lalu. Aku dapat menulis dengan ringkas kerana tak banyak yang boleh aku ulas dengan prestasi minggu pengenalan ini

Raja Lawak, 6 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Kalau budak belum pandai membaca dah boleh membuat karangan. Namun, malam ini satu-satunya momen yang membuat aku tergelak sehingga bergenang air mata ialah ketika Yus mengajuk dialog Johan dalam iklan Raja Lawak 6. Itu sahaja. Yang lain aku rasa tak terlalu kelakar. Mungkinkah citarasa komedi aku terlalu tinggi? entahlah...lagipun ini baru minggu pertama.

Raja Lawak 5 minggu pertama Nazmi (bukan Nazmi Faiz), R2 sudahpun berjaya menambat hati aku. Kali ini hanya ada seorang sahaja peserta solo, KODAN. Dia ni pernah join rancangan realiti TV Gengstar di TV3. Aku kenal dia sebab group dia ni asalnya group nasyid. So aku follow la sikit-sikit perkembangan dia ni. Yang aku tau, dia ada mengacara kat rancangan hiburan RTM. Aku asalnya nak support dia ni sebab dia ni budak ex-nasyid. Aku pun budak ex-nasyid gak. So aku assume ni cabang dakwah dia. Tapi malangnya dia gagal menambat hati aku la. Aku dapat tangkap "punchline" dia, tapi "punchline" dia tak melekatlah pada pendapat aku. Aku harap dia akan progress lagi.

Selain dari nama-nama yang aku mention kat sini, maksudnya bagi aku persembahan mereka "busuk" bak kata Sheila Rusli. Jangan suruh aku buat lawak pulak. Aku buat lagi busuk karang. Sebab orang ramai tak faham aku. Ini pendapat peribadi aku. Malam ni, tiada peserta yang betul-betul cemerlang. Yang ada hanyalah "busuk" dan "berpotensi". Yang "berpotensi" ialah CUIT, SELAK, ALBOB. Yang paling "busuk" ialah KING, ZERO (aku tak paham kenapa dia bubuh nama ni, sangat negatif).

Akhir sekali, aku nak minta maaf kalau entri ni pedas atau kurang ajar. Aku memang ada masalah psikiatri sikit. Hahahaha...kurang kasih sayang...

Jumpa lagi,
مع السلامة
Hasta luego,
See you later

p/s: Tonton persembahan mereka di sini

*update video momen aku gelak sampai bergenang air mata:




dari iklan ni:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League