Assalamualaikum dan selamat 'Happy Monday' kepada semua pengunjung Infinitesane. I love you all. Cam pelik je kalau lelaki yang baca blog ni kan?
Disini ingin saya memohon ampun dan maaf kerana meninggalkan blog ini agak lama. Secara kebetulan semenjak beberapa hari ini sambungan internet di rumah saya menghadapi masalah. Sebenarnya saya ingin memberi sedikit nafas baru di blog ini dengan menyusun semula, reconstruct isi kandungan blog ini untuk memastikan ia sentiasa 'hidup' selagi penulisnya, saya masih bernyawa. Tapi saya masih belum ingin memberitahu apa yang baru itu sehinggalah ianya stabil dan boleh 'hidup'. Tapi kalau anda mengikuti blog ini mungkin anda akan perasan. Jadi ayuh ajak adik abang serta kakak dan sesiapa sahaja untuk mambaca blog ini. Yeah!
Baiklah, hujung minggu lepas satu malaya dah tahu yang Lisa Surihani telah pun menjadi milik Yusry KRU. Kepada sesiapa yang makan hati tu, tak payahlah nak makan hati bagai ye, Lisa Surihani tak pandang pun kau(cakap kat depan cermin). Tahniah atas perkahwinan kali kedua Yusry tapi kali pertama Lisa Surihani. Harapannya berkekalanlah sehingga ke hujung nyawa. Harap dijauhkan dari sebarang penceraian kerana penceraian adalah perkara halal yang tidak digemari Allah SWT. Biasanya artis ni dugaannya kuat, tapi tak dinafikan, banyak juga artis berkahwin sesama artis yang kekal lama. Contohnya tak perlulah saya nak beritahu, banyak(sebenarnya tak hafal pun). So, apa celop?
Begini alkisahnya, pasal liputan yang diterima mengenai perkahwinan tersebut. Bukanlah nak mendengki, tapi cuma terdetik rasa 'perlu ke?'. Apa perlunya tengok upacara orang kahwin tu? Okey, dari sudut positifnya orang ramai akan dapat pelajari sesuatu dalam upacara tersebut. Tentang agama, adat dan budaya perkahwinan melayu. Cuma ingin saya terangkan di sini kepada sesiapa yang kurang jelas dengan batas agama dan budaya. Upacara akad nikah itu memang agama, walimatul urus itu memang dituntut, supaya orang ramai tahu tentang pengantin, cuma bab bersanding tu bukan agama ya, itu cuma budaya. Jadi kalau-kalau anda terjumpa walimatul urus tanpa majlis persandingan jangan rasa ANEH pula, itu cuma tuntutan budaya yang tak bercanggah dengan Islam. Harapnya penjelasan saya itu betul, kalau salah tolong betulkan. Majlis persandingan itu diasimilasi dari budaya hindu yang mana kalau anda belajar sejarah sebelum Islam tiba(tiada kena mengena dengan konspirasi sejarah Malaysia OK?), agama Hindu adalah agama yang agak dominan di rantau ini seperti di candi lembah bujang, candi borobodur yang terkenal di Indonesia dan banyak lagi. Jadi upacara persandingan itu adalah budaya melayu yang terasimilasi dengan penyebaran agama Hindu suatu masa dahulu.
Kembali kepada persoalan kita, "apa sebenarnya yang nak dilihat di majlis 'grand' tersebut?". Hantarankah? Majlis yang 'grand' itu ke? Itu saya tak bolehlah nak jawab kerana ianya bersifat subjektif. Rasanya kalau tak silap Yusry kata dia nak majlis mereka low profile sahaja, tapi kita tak boleh nak tuding jari kat pihak pengantin sahaja. Ini adalah kerana pengantin perempuan adalah artis di bawah pihak penyiar, Astro. Jadi sebagai usahawan yang berjaya, mereka akan mengambil peluang yang terhidang di hadapan mata untuk menjana pendapatan. Mereka sangat arif dan tahu bahawa biasanya kebanyakan orang Melayu(bukan semua) sangat taksub dengan dunia hiburan dan artis. Jadi dengan menyiarkan majlis perkahwinan mereka pasti akan sedikit sebanyak akan mendapat keuntungan. Lagipun, kalau mereka tak siar sekalipun, mungkin akan ada SEDIKIT suara-suara sumbang tentang ketiadaan penyiaran siaran tersebut. Rasanya kalau aku kahwin dengan artis antarabangsa pun *ehem Emma Watson ehem* pastinya akan dapat liputan meluas media bukan sahaja dalam malah luar negara.
Nasib baiklah majlis tersebut tak mengenakan bayaran untuk masuk ke majlis tersebut. Sebab saya seperti membayangkan sebuah konsert atau pementasan yang intipati ceritanya diisi dengan majlis perkahwinan dengan berbagai tema dan sebagainya. Biasanya konsert, filem atau cerita sahaja yang ada tema, sekarang nak kahwin pun ada tema. Mungkin itulah yang ditunggu-tunggu oleh penonton yang sangat teruja menontonnya.
Janganlah anda semua memusuhi saya hanya kerana saya menghentam pembaziran ini. Saya tetap mendoakan yang terbaik kepada pihak pengantin. Malah saya tetap peminat setia KRU okey. Cuma sejak kebelakangan ini, Discovery HD dan History Channel HD kerap kali menunjukkan nasib rakyat Mali yang ditimpa bahana "Global Warming". Kalau anda nak tahu, di sana sangat susah, malah mereka adalah saudara seislam kita juga. Harus kita tahu orang Islam di benua Afrika lebih ramai dari orang Islam arab, bangsa Rasul kesayangan kita. Jadi terdetik jugalah dihati saya terhadap pembaziran-pembaziran yang tak perlu ini kalau disalurkan kepada mereka adalah lebih baik rasanya, ia tak dapat mengubah segalanya, tapi dapat melegakan sedikit penderitaan mereka. Tak salah kalau nak bermewah sedikit untuk menyeronokkan hati, tapi jangan dilupa kepada yang dalam kesusahan. Walau sudah sedikit tersasar dari tema kita di akhir-akhir bicara ini, tapi tak mengapalah.
Saya akhiri entri ini dengan wassalam.
p/s: rasanya apa sumber yang ada di Mali ya? apa yang boleh menarik pelabur untuk ke Mali ya?
Arashiyama part 2
7 years ago