Monday, March 12, 2012

Lawak ke Der: Lawak ke?


Adegan yang tak dapat anda tonton di televisyen


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane.

Bertemu lagi kita di Mega Monday (tukar nama lagi). Kali ini saya nak bercerita tentang "Lawak ke Der" yang kini di Astro Box Office Event.



Anda semua dah tengok "Lawak ke Der"? Kalau belum, silalah pergi ke saluran 130 untuk melanggan. Mudah saja. Tapi, kenalah pastikan pemegang akaun Astro tu tahu anda ingin membelinya. Dengan RM 15, anda dapat menontonnya berulang-ulang kali sehingga hujung bulan ini. Ia turut disiarkan dalam "Standard Definition" (SD) dan "High Definition" (HD). Namun anda hanya perlu membayar dengan kadar satu harga sahaja. Maksudnya, kalau anda telah melanggan saluran HD, anda dapat menontonnya dalam SD mahupun HD mengikut selera anda. Tapi tak ada kerja tengok SD? Dah ada HD takder nye nak tengok SD.



Baiklah, "Lawak ke Der" ini pementasan komedi pertama di Istana Budaya. Setelah hampir sebulan selesai pementasannya, ia menjengah pula ke skrin televisyen. Namun persoalannya, tiket yang dibeli untuk menonton pementasan tersebut di Istana Budaya agak tinggi. Jadi berbaloikah menonton di Istana Budaya dengan tiket yang mahal sedangkan anda boleh menunggu ianya disiarkan di televisyen?

Jawapannya; Berbaloi. Kerana kalau anda perasan, tiada persembahan dari kumpulan Osbon semasa pementasan tersebut disiarkan di televisyen. Kalau diikutkan, memang Osbon terlibat sama dalam pementasan tersebut. Malah gambar mereka turut berada di latar belakang pementasan tersebut. Yang disiarkan hanya Nabil(pengacara), Boboi(2 sketsa), Jozan(2 sketsa), Harith Iskandar(1 stand up comedy). Itu sahaja. Tapi ia dikira berbaloilah untuk anda yang membayar RM 15 untuk menonton berulang kali sehingga hujung bulan ini.


Anda hanya dapat menonton sesi 4@5@11@12 Februari sahaja


Saya tak akan mengulas tentang persembahan-persembahan mereka sebenarnya, kerana kalau anda nak tahu, tengoklah sendiri. Tapi memang lawak der... Kalau anda tak nak beli pun tak apa, kalau anda naif, anda boleh cari cetak rompak. Kalau anda celik IT, anda boleh rompak sendiri. Carilah di google "Lawak ke Der SDTVRip/HDTVRip", mesti jumpa punya. Sedut je... Atau anda boleh cari di youtube.

Sampai disini sahaja dahulu, jumpa lagi esok. Seperti yang dijanjikan, saya akan menunjuk cara-cara nak share menggunakan RockMelt.

Jumpa lagi,
Wassalam...

K-tea.

p/s: Saya minta maaf kerana saya tak dapat nak beri kredit kepada imej-imej yang saya gunakan hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League