Arashiyama part 2
7 years ago
Sabda Rasulullah SAW: " Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri."(dari Anas RA diriwayatkan Muslim RH)Ketika di zaman Rasulullah sehingga zaman khalifah dahulu, mereka sangat mengambil berat tentang saudara seIslam mereka di mana jua mereka berada. Bila berakhirnya zaman pemerintahan berkhalifah dan diganti dengan sistem orientalis yang tak diambil dari sistem Islam, prinsip divide and conquer telah mengambil alih corak pemerintahan dunia, tiada lagi konsep menyayangi saudara mereka. Bila kes kekejaman Islam di merata-rata dunia, mereka hanya tahu memprotes dan mengutuk di mana-mana. Apa peranan negara-negara Islam sebagai saudara merereka? Jika dahulu pasti si khalifah akan menghantar tentera untuk mempertahankan saudara mereka? pastinya hari ini alasan yang akan diutarakan adalah seperti berikut: "Kita tak memilih keganasan. Islam bukanlah agama keganasan." Memang Islam bukan agama keganasan. Tapi dalam kes ini, sudah terang-terangan pihak lawan yang menyerang dahulu. Bukankah wajib diperangi orang-orang yang memerangi kita? Kita tak memulakan peperangan, tapi musuh-musuh Islam yang memulakan dahulu. Memang pilihan untuk berdamai sebagai pilihan utama, tapi bila saudara-saudara kita menjadi mangsa, masihkah perlu kita berlembut? Itulah yang menjadikan musuh-musuh Islam mampu memijak-mijak kita, malah melabel kita sebagai pengganas. Walhal, merekalah pengganas yang sesuka hati membunuh anak-anak yang tak berdosa.
"Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka."Kita baca sendiri, beriman kepada perkara-perkara ghaib, barulah mengerjakan solat. Solat itu sendiri adalah hubungan kita dengan Allah. Ia suatu yang ghaib. Inilah yang terjadi apabila mereka bersolat dengan hanya pergerakan kosong sahaja. Pengisiannya tiada. Fahamkah mereka maksud-maksud bacaan dalam solat tersebut? Apakah mereka menghayati solat mereka? Kerana apa mereka bersolat? Memang betul yang sebagai hamba, siapalah kita nak menyoalkan arahan Allah? Tapi bila kita faham falsafah solat, barulah kita akan ikhlas mengerjakan suruhan Allah. Ingat, kita bersolat bukan untuk mendapat pahala, tapi untuk mendapat redha... pabila anda bergurau, saya sarankan jangan sesekali gunakan agama kita sendiri sebagai bahan jenaka. Meskipun saya senyap, saya cukup pantang bila perkara sedimikian berlaku, saya cukup benci. Kenapa mereka mempersoalkan kewujudan jin? Habis cerita-cerita hantu yang cukup banyak di pawagam mereka tengok pula? Kenapa hantu bungkus tiada di cina? Jawapannya, hantu-hantu tersebut adalah jelmaan jin. Jin boleh menjelma kepada berbagai rupa mengikut kebudayaan setempat. Saya tak ingin bercerita lanjut tentang jin, dalam kes ini, mereka menggunakan perkara-pekara ghaib sebagai bahan jenaka. Itulah yang terjadi bila kita jarang membuka tafsir Al-quran sebagai bahan rujukan. Apa yang menjadi bahan jenaka mereka menentang ayat yang mereka sendiri baca samada mereka faham ayat tersebut atau tidak. Apakah mereka tidak beriman dengan perkara ghaib? Tak mengapalah, ada satu hadis(kalau tak silap saya, kalau salah betulkan ya?) bila seseorang itu dihisab ketika hari perhitungan, akan datang pahala yang banyak yang dia sendiri tak tahu dari mana datangnya. Rupanya ia dari orang yang mengatakan suatu yang buruk tentangnya. Tapi yang hairannya, mereka percaya pula kata-kata sarjana barat yang saya kalau nak ambil sendiri bulat-bulat pun kena berfikir panjang. Tentang psikologilah dan sebagainya. Ulama-ulama dijadikan bahan jenaka. Bukan lagi untuk dihormati. Mereka lebih mempercayai media bulat-bulat. Meskipun saya sering membeli surat khabar, tak semestinya saya percaya dengan berita tersebut. Ingat ulama yang ingin mengharamkan pemakaian purdah?(Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi). Habis beliau dikecam. Padahal media tak menyiarkan hal tersebut sepenuhnya, sebenarnya beliau berkata dia tak menggalakkan pemakaian purdah tersebut apabila semua dalam kelas tersebut adalah perempuan. Lihatlah betapa bijaknya orang kini menjatuhkan hukum terhadap orang yang sangat tinggi ilmu agamanya berbanding dengan saya ini yang sangat-sangat cetek ilmu agamanya. Media itulah yang sangat dipercayai. Tahniah kepada musuh islam sekali lagi kerana berjaya mensekularkan kebanyakan muslim hari ini tanpa mereka sedari.
Perkataan Al-Bahar (Laut) disebut 32 kali dalam Al-quran, manakala perkataan Al-Bar (Darat) disebut sebanyak 13 kali, jadi , 32+13=45, 32/45X100=71.111% untuk laut dan 13/45X100=28.889% untuk darat. Itulah peratusan lautan dan darat di muka bumi ini. (Sumber: holywar-efairy.blogspot.com)Rasanya dah ramai tahu, saya letak untuk mengingatkan sahaja. Kalau anda tak mempelajari tentang dunia, anda tak dapat merasa kebesaran Allah kan? Kita dituntut untuk belajar. Pandai atau tidak bukan perkara yang penting. Kadang-kala orang yang bagus dalam peperiksaan, tak semestinya bagus dalam kehidupan sehariannya. Tak berdosa pun kalau tak pandai, yang penting, belajar dan menghayati agar kita dapat merasa kebesaran Allah. Kesimpulannya, peperiksaan itu sangat penting kerana penanda penguasaan kita dalam sesuatu bidang. Peperiksaan tak memberi rezeki kepada kita, Allah memberi rezeki kepada kita. Peperiksaan hanya sebagai jalan kepada kita, atau tool untuk kita strive dalam hidup. Kira dianalogikan macam lebuh raya dan jalan biasa. Lebuh raya lebih cepat dan senang. Jalan biasa berliku-liku sedikit. Ingat, jangan berhenti belajar. Jangan jadikan akhirat sebagai lesen untuk kita jahil tentang ilmu duniawi. Sedarlah, musuh-musuh Islam juga merujuk Al-quran dalam penyelidikan mereka. Dan kalau mereka mahu, boleh sahaja dia memesongkan maksud-maksud didalamnya. Jadi, orang yang jahil akan mudah tertipu. Pada hemat saya, orang yang pandai tapi tak merasa kebesaran Allah, akalnya tetap kosong, tapi andainya ada yang kurang bijak sedikit, tapi merasa kebesaran Allah, akalnya tetap terisi. Dahulu, sarjana-sarjana Islam jadi rujukan dunia pada zamannya. Kini, lihat sahaja dunia dipelopori oleh orang-orang yang bijak pandai yang bukan beragama Islam. Kata mereka, mereka berjaya kerana men-sekularkan agama mereka, maka kita juga perlu men-sekularkan agama kita. Namun, kita mundur kerana kita men-sekularkan agama kita, kerana kita tak mengerti, apa hakikat hidup kita di dunia ini. Jadi peperiksaan bukanlah perjuangan kita, menuntut ilmu itulah perjuangan kita. Sudah Iqbal!!!!!!!pergi study!!!!
"Berfikir satu saat adalah lebih baik daripada beribadat 70 tahun."Disini bukanlah bermaksud kita harus berfikir sahaja. Ibadat lain masih perlu dilakukan juga, maksudnya disini, dengan berfikir, kita akan dapat merasa nikmat yang dipinjamkan oleh Allah, kita dapat merasa kebesaran Allah dan meningkatkan rasa kasih kita kepada Allah. Apa yang terjadi sekarang di sekeliling saya dan termasuk diri saya, kalau dalam bahasa kasarnya, kita tadah sahaja apa yang orang lain beri. Dalam entri merdeka saya, saya ada beritahukan yang kita sudah ditipu oleh saintis-saintis barat? Epal hijau dikatakan perosak jambatan antara dua bahagian otak(saya juga telah tertipu, bapa saya yang betulkan), Makan organ dalaman itu baik untuk kesihatan, walhal organ dalaman ibarat penapis yang menapis segala toksin dalam badan, makan organ dalaman bermaksud menambahkan toksin dalam darah. Nak tahu, boleh baca Post ini, ia bukan dari blog saya, dari blog Lajnah Penerangan & Dakwah Pas. Ia tak ada kene mengena dengan politik ya, kita ambil ilmu sahaja. Kita di Malaysia ini, politik 24 jam. Itu kemudian saya cerita. Dah menyimpang sikit dah ni.
Pagi dan petang, siang juga malam,
Hatiku takkan berubah,
Walau rintangan datang melanda,
Kan ku gagahinya jua...
Perjuanganku takkan terhenti, selagi nafasku tak terhenti.
Biar berkali tersungkur, ku kan berdiri lagi,
Ku kan tabah mengharungi, dengan iman di hati,
Moga perjuangan diberkati Allah,
Diberi hati yang tulus dan suci,
Perjuanganku takkan terhenti, selagi nafasku tak terhenti.
3-Column Minima Template by Blogpowered