Thursday, November 5, 2009

Selamat berjuang...(cerita 3 dalam 1)


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,
Sebenarnya kelmarin adalah hari pertama saya mengambil peperiksaan akhir iaitu subjek prisip pengurusan, esok pula ada kertas Sepanyol. Untuk entri ini, saya tujukan kepada sesiapa sahaja.

Cerita Pertama...

Sebelum ini, saya ada melayari blog rakan saya, Farhan Md Nor, tapi entri ini dah lama dah. Saya juga telah mengkomen entri tersebut. Apa yang saya nak ceritakan disini adalah lebih kurang sama saja dengan komen saya tersebut. Disitu, Paan memberitahu ada rakannya klaim yang dunia ini tak bernilai, dan sebagainya, terlalu kasar untuk diberitahu. Terlebih dahulu, saya bersetuju dengan pernyataan tersebut, dunia ini memang tak bernilai meskipun pada sebelah kepak lalat. Lagipun, kalau dunia ini bernilai bagi Allah, tak akan diberi rezeki kepada orang-orang musyrik kan? Kaya saja saya tengok orang-orang barat yang bersenang-lenang memusuhi Islam, makanya saya bersetujulah yang dunia ini hanya picisan sahaja. Namun, jangan dilupa, dunia adalah tempat kita bercucuk-tanam untuk kita menuai hasilnya di kemudian hari. Sekarang ada orang yang rajin beribadat, tapi kurang pengetahuan. Ingat wahyu pertama Rasulullah iaitu Iqra'...membaca dan mengkaji...kita dituntut untuk belajar, bukan hanya ilmu akhirat sahaja, dengan ilmu duniawi, kita dapat mengenal kebesaran Allah. Internet yang kita layari ini, tak akan diperolehi sekiranya Allah tak mengkehendaki connection itu berlaku. Segalanya berlaku dengan izinNya. Sepertimana yang kita tahu, peratusan lautan dan daratan di muka bumi ini ada dalam Al-quran.

Perkataan Al-Bahar (Laut) disebut 32 kali dalam Al-quran, manakala perkataan Al-Bar (Darat) disebut sebanyak 13 kali, jadi , 32+13=45, 32/45X100=71.111% untuk laut dan 13/45X100=28.889% untuk darat. Itulah peratusan lautan dan darat di muka bumi ini. (Sumber: holywar-efairy.blogspot.com)
Rasanya dah ramai tahu, saya letak untuk mengingatkan sahaja. Kalau anda tak mempelajari tentang dunia, anda tak dapat merasa kebesaran Allah kan? Kita dituntut untuk belajar. Pandai atau tidak bukan perkara yang penting. Kadang-kala orang yang bagus dalam peperiksaan, tak semestinya bagus dalam kehidupan sehariannya. Tak berdosa pun kalau tak pandai, yang penting, belajar dan menghayati agar kita dapat merasa kebesaran Allah. Kesimpulannya, peperiksaan itu sangat penting kerana penanda penguasaan kita dalam sesuatu bidang. Peperiksaan tak memberi rezeki kepada kita, Allah memberi rezeki kepada kita. Peperiksaan hanya sebagai jalan kepada kita, atau tool untuk kita strive dalam hidup. Kira dianalogikan macam lebuh raya dan jalan biasa. Lebuh raya lebih cepat dan senang. Jalan biasa berliku-liku sedikit. Ingat, jangan berhenti belajar. Jangan jadikan akhirat sebagai lesen untuk kita jahil tentang ilmu duniawi. Sedarlah, musuh-musuh Islam juga merujuk Al-quran dalam penyelidikan mereka. Dan kalau mereka mahu, boleh sahaja dia memesongkan maksud-maksud didalamnya. Jadi, orang yang jahil akan mudah tertipu. Pada hemat saya, orang yang pandai tapi tak merasa kebesaran Allah, akalnya tetap kosong, tapi andainya ada yang kurang bijak sedikit, tapi merasa kebesaran Allah, akalnya tetap terisi. Dahulu, sarjana-sarjana Islam jadi rujukan dunia pada zamannya. Kini, lihat sahaja dunia dipelopori oleh orang-orang yang bijak pandai yang bukan beragama Islam. Kata mereka, mereka berjaya kerana men-sekularkan agama mereka, maka kita juga perlu men-sekularkan agama kita. Namun, kita mundur kerana kita men-sekularkan agama kita, kerana kita tak mengerti, apa hakikat hidup kita di dunia ini. Jadi peperiksaan bukanlah perjuangan kita, menuntut ilmu itulah perjuangan kita. Sudah Iqbal!!!!!!!pergi study!!!!
Hehehe...

Cerita kedua...

Study week yang lalu, saya tak bercadang untuk pulang ke rumah. Namun setelah dipujuk oleh rakan serumah yang juga orang Klang dan mempunyai kereta, juga setelah meminta pertimbangan bapa saya, saya akur juga dengan pelawaannya. Namun, seperti dijangka, saya bukannya study sangat pun ketika di rumah. Balik sahaja di rumah, beberapa minit setelah membuka komputer saya, posmen pun tiba, membawa kad popular saya. Yay...cepat sungguh, sepatutnya ianya tiba bulan 12... Malam tersebut, ibu saya meminta tolong untuk membuat sajak untuk Tadika Sri Lestari. 2 bahasa pula tu, esoknya pula dia minta siap, sebelum dia ke tadika tersebut. Pada hujung waktu semasa saya hendak tidur, saya pun buatlah, tapi hanya sajak inggeris sahaja mampu siap. Buka sahaja mata, apabila terjaga dari tidur, tanpa mencuci muka dari "ngences" (air liur basi) saya menyiapkan sajak bahasa melayu dengan sepantas yang mampu. Sempat juga siap sebelum ibu saya ke tadika. Tajuknya sampai sekarang tak dapat saya fikirkan. Sajak ekspres. Tak tahulah okey atau tidak. Kemudian, saya juga berjaya menyiapkan lagu "SEDAR" untuk pasukan nasyid sekolah saya, SDAR. Tapi lagu sahaja, lirik tak buat lagi. Nanti habis exam baru saya buat. Juga semasa study week, saya pergi ke Pasar Jawa, lama dah tak pergi situ. Alang-alang dah kesitu, saya pun mengambil peluang ke masjid baru di bandar Klang, bersebelahan dengan Pasar Jawa. Tak pasti pula namanya, kerana tak pasang lagi papan tanda di luar masjid. Saya pun snaplah beberapa gambar. Katanya, sebahagian masjid terletak di atas Sungai Klang, harap-harap taklah terhakis asasnya nanti. Gurau sahaja. Semoga Sungai Klang akan bersih suatu hari nanti.






Makan tengahari dulu di sini, emporium makan


Pintu masuk ke dewan sembahyang


Gambar ini guna kamera handphone saya yang cikai itu sahaja, memang ini pandangan dari dalam dewan sembahyang, memang cerminnya ada 2 warna.


Dalam dewan sembahyang


Kubah dari dalam






Corak karpetnya.


Pandangan tempat wuduk dari dalam dewan sembahyang


Batas letak kasut


Pandangan masjid tersebut dari tepi Pasar Jawa





Pasar Jawa


Juga, semasa study week, saya juga ada buat kareografi untuk tarian Tadika Sri Lestari, sikit-sikitlah. Itulah aktiviti study week saya. Okey tak?


Cerita ketiga...Baru.


Cerita ini pendek sahaja, semasa saya balik ke Batu Pahat, saya pusinglah sebentar ke kedai muzik dalam stesen bas tersebut, saya beli tiket awal, saya sampai pun pukul 13:30 lebih kurang. Saya pun belek-beleklah CD yang ada di situ, dengan harapan dapat jumpa album Hafiz Hamidun yang baru, puas dan penat saya belek, tapi tak jumpa, kemudian di lintasan pandangan saya, saya ternampak satu CD ini, bukan nampak cover pun, nampak dalam stack of CD tu, ada perkataan "NATIVE DEEN: DEEN YOU KNOW". Macam tak percaya pula, baru nak suruh Kak Itah cari kat tempat dia, tapi dapat jumpa kat kedai muzik cikai-cikai pula tu. Saya pun sauklah. Memang album ini saya tak ada lagi, album kedua dia saya dah download dah, (kalau saya jumpa album kedua mereka, saya beli juga). Saya dah ready dah nak keluar duit lebih, yelah, album luar negara kan? saya ada jumpa album Hirai Ken: Fakin Pop di kedai buku Popular, harganya RM60, mahal betul...Bila saya tanya berapa kepada akak kaunter tersebut, dia kata RM18, saya pun "Ha? berapa?". Akak tu pun ulanglah harga yang sama. Saya pun keluarkanlah not 50 kepada akak tersebut, mana tahu saya salah dengar ke. Tapi memang harganya RM18. Album ini ada 11 trek. Harga album Hafiz Hamidun pun berharga RM25.90 kalau tak silap saya. Memang puas hatilah. Nanti saya upload trek pertama album tersebut (sekarang mediafire tak menyebelahi saya, nanti kalau dah upload, saya update, untuk download, klik sini. kalau budak nasyid, downloadlah). Lebih-lebih tak boleh, nak cari sendirilah.





Original tu...
Satu lagi, setelah komputer saya buat gila selepas ada virus yang menyerang sistem, saya pun formatlah dengan...WINDOW 7...Yeay...saya dah download di rumah tetapi gagal diformat, saya cuba lagi di sini, akhirnya jadi juga...
Dekstop saya


Itulah cerita 3 dalam 1 saya...panjangkan? Jangan lupa berdoa agar esok lebih baik dari hari ini. Iqbal macam dah mula lupa pula...Iqbal, bangunlah...
p/s: gambar masjid boleh klik untuk besarkan... Sorry kalau gambar kurang memuaskan, itupun snap cover2 saja.

p/s 2: Teringin pulak nak tour semua masjid-masjid di dunia ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League