Tuesday, November 10, 2009

Kecewa, Sedih dan Sakit Hati...


Kalau dilihat pada tajuk, entri ini tak ada kena mengena langsung dengan entri lepas, yang lepas tu lepaslah...kita memang memerlukan kasih dari manusia yang berlawanan jantina, kerana itu fitrah, namun janganlah diselaputi dengan ketaksuban, atau janganlah biarkan cinta itu membutakan anda. Untuk entri ini saya setulus hati menulisnya, bukan nak menunjuk bagus dan sebagainya. Yang perihal ini lebih membuatkan saya gila bayang dan sentiasa memikirkannya setiap masa kerana ada sahaja kejadian yang membuatkan hati saya sakit dan remuk. Diharap anda semua membaca entri ini sehingga habis walaupun entri ini mungkin panjang.

Saya tak dapat nak menipu perasaan saya yang sangat menyayangi "dia". Namun dia bukan seperti dulu, dia dah berubah hati, saya sering merayunya agar dia kembali bersama saya. Kerana saya ingin dia sedar yang dia ditipu dan dia lebih berharga dari sepatutnya.

Dia adalah orang melayu terutamanya rakan-rakan sebaya saya. Menyayat hati pabila bersamanya. Ada sahaja ayat yang bisa meremukkan hati saya yang sensitif ini. Semalam, semasa kertas pengajian islam, ada soalan tentang 6 rukun iman dan peranan mahasiswa dalam mengaplikasikannya, saya cukup teruja untuk menjawab soalan tersebut kerana ia adalah soalan luahan hati kepada saya. Malang sedikit, kerana saya menjawab soalan tersebut dengan panjang lebar sehingga masa tak begitu cukup untuk menjawab soalan terakhir. Namun saya tetap menjawab soalan akhir namun saya hanya menjawab dengan sangat pendek kerana pengawas peperiksaan pun telah berada di sebelah saya. Kembali kepada tajuk kita, apa masalah bila saya bersamanya?

Yang pertama dan sangat menyakitkan hati apabila ramai, bukan seorang dua memperlekehkan tentang orang yang lebih berilmu dari segi agama, tiap kali saya terdengar tentangnya(bukan sekali dua, banyak kali)hati saya sangat sayu, agama mereka sendiri diperlekehkan, apa bezanya mereka ini dengan musuh-musuh Islam? Astaghfirullah al Azim...Kerana saya ini jenis bila ada suatu perbualan, saya suka mendiamkan diri dan mendengar isi perbualan mereka. Adakalanya mereka memperlekehkan kewujudan jin setelah diterangkan oleh rakan saya yang sering mengikuti perubatan Islam tentang kerasukan, jangan risau kerana dia bukan bomoh, dia hanya menggunakan ayat al-quran sahaja dan bukannya percaya ayat tersebut yang menyembuhkan, tetapi dengan izin Allah semata-mata. Apakah mereka yang sering mendengar ayat dari surah al-baqarah ayat ke 3 yang bermaksud

"Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka."
Kita baca sendiri, beriman kepada perkara-perkara ghaib, barulah mengerjakan solat. Solat itu sendiri adalah hubungan kita dengan Allah. Ia suatu yang ghaib. Inilah yang terjadi apabila mereka bersolat dengan hanya pergerakan kosong sahaja. Pengisiannya tiada. Fahamkah mereka maksud-maksud bacaan dalam solat tersebut? Apakah mereka menghayati solat mereka? Kerana apa mereka bersolat? Memang betul yang sebagai hamba, siapalah kita nak menyoalkan arahan Allah? Tapi bila kita faham falsafah solat, barulah kita akan ikhlas mengerjakan suruhan Allah. Ingat, kita bersolat bukan untuk mendapat pahala, tapi untuk mendapat redha... pabila anda bergurau, saya sarankan jangan sesekali gunakan agama kita sendiri sebagai bahan jenaka. Meskipun saya senyap, saya cukup pantang bila perkara sedimikian berlaku, saya cukup benci. Kenapa mereka mempersoalkan kewujudan jin? Habis cerita-cerita hantu yang cukup banyak di pawagam mereka tengok pula? Kenapa hantu bungkus tiada di cina? Jawapannya, hantu-hantu tersebut adalah jelmaan jin. Jin boleh menjelma kepada berbagai rupa mengikut kebudayaan setempat. Saya tak ingin bercerita lanjut tentang jin, dalam kes ini, mereka menggunakan perkara-pekara ghaib sebagai bahan jenaka. Itulah yang terjadi bila kita jarang membuka tafsir Al-quran sebagai bahan rujukan. Apa yang menjadi bahan jenaka mereka menentang ayat yang mereka sendiri baca samada mereka faham ayat tersebut atau tidak. Apakah mereka tidak beriman dengan perkara ghaib? Tak mengapalah, ada satu hadis(kalau tak silap saya, kalau salah betulkan ya?) bila seseorang itu dihisab ketika hari perhitungan, akan datang pahala yang banyak yang dia sendiri tak tahu dari mana datangnya. Rupanya ia dari orang yang mengatakan suatu yang buruk tentangnya. Tapi yang hairannya, mereka percaya pula kata-kata sarjana barat yang saya kalau nak ambil sendiri bulat-bulat pun kena berfikir panjang. Tentang psikologilah dan sebagainya. Ulama-ulama dijadikan bahan jenaka. Bukan lagi untuk dihormati. Mereka lebih mempercayai media bulat-bulat. Meskipun saya sering membeli surat khabar, tak semestinya saya percaya dengan berita tersebut. Ingat ulama yang ingin mengharamkan pemakaian purdah?(Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi). Habis beliau dikecam. Padahal media tak menyiarkan hal tersebut sepenuhnya, sebenarnya beliau berkata dia tak menggalakkan pemakaian purdah tersebut apabila semua dalam kelas tersebut adalah perempuan. Lihatlah betapa bijaknya orang kini menjatuhkan hukum terhadap orang yang sangat tinggi ilmu agamanya berbanding dengan saya ini yang sangat-sangat cetek ilmu agamanya. Media itulah yang sangat dipercayai. Tahniah kepada musuh islam sekali lagi kerana berjaya mensekularkan kebanyakan muslim hari ini tanpa mereka sedari.

Sebenarnya sekularisma sudah pun berlaku di kebanyakan rakan-rakan saya kini. Contoh terdekat, minggu peperiksaan, sebenarnya disebalik kita diuji secara tersurat ada ujian tersirat perlu kita lulus. Iaitu rukun iman pertama, beriman kepada Allah.(ini adalah isi pertama soalan agama yang dijawab oleh saya) Kita semua tahu Islam itu tertegak atas 3 perkara atau tripodnya, iaitu islam, iman dan ihsan. Dan ini adalah rukun iman yang pertama. Malangnya mereka tak sedar mereka diuji oleh Allah dengan peperiksaan sebagai pembolehubahnya. Kalau dalam musim peperiksaan adakah mereka akan melalaikan Allah? Jawapannya ada di dalam diri anda sendiri. Saya nampak mereka sangat bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran sehingga masuk waktu solat, mereka melengahkannya. Malah bila saya mengajak mereka meluangkan masa beberapa minit di surau untuk mendapat fadilat lebih, saya pula jadi bahan gurauan. Betapa panasnya hati ini Allah sahaja yang tahu. Mereka sudahlah lelaki, pergilah surau. Nak menyombong pula tu dengan Allah, kenapa saya cakap begitu? Mereka mendahulukan ilmu yang sedang dipelajari dari pergi menyahut seruan Ilahi? Ilmu dulu baru Allah? Apa cerita ni kawan? Dunia akan lari kalau kita mengejarnya, dunia akan datang kepada kita bila kita mengejar akhirat. Saya tak menafikan keperluan duniawi. Malah mereka belajar bertungkus-lumus juga dalam subjek pengajian Islam. Itulah yang lagi nampak pelik tu, okashii na... Saya nak tanya, ilmu tu siapa punya? Masih nak kerek lagi dengan Allah? Segala apa yang ada di langit dan di bumi ini adalah hak mutlak oleh Allah, Allah pinjamkan je...Sedarlah sikit...kita ni hamba...

Perkara seterusnya saya cukup kecewa dan sakit hati ialah tentang perubahan. Ini mungkin saya tujukan kepada beberapa orang terdekat sahaja, tapi kalau ada orang lain nak terasa pun apa salahnya. Ada kisah saya dulu, masa mula-mula nak ajak orang berubah, ada seorang hamba Allah saya sering ajak dia, pada masa itu saya sedar saya salah kerana agak memaksa. Dia kata, Rom tak dibina dalam satu hari, walaupun saya sedar, tapi saya tergelak dalam hati kerana dia membandingkan dengan rom, tak pula dia bandingkan dengan cara dakwah Rasulullah yang beransur-ansur tu, saya pun biarkanlah dulu. Saya secara peribadinya menyampah dengan sikapnya(maaf kerana jujur), tapi saya tak membencinya. Saya menyampah kerana dia sering mencari alasan untuk menidakkan usaha orang lain untuk meningkatkan ibadahnya, patutlah ramai perempuan cair dengannya, mulut dia pandai memanipulasi,(maaf kalau ayat ini kasar sangat,saya sedikit marah kerana anda baru sahaja keluar ke pasar tanpa bersolat asar dahulu), orang paksa dia marah. Saya lihat dan perhati, dia bukan nak berubah pun, bukan nak memaksa diri untuk berubah pun, perubahan datang dari diri anda sendiri, saya tengok rilek saja dia tengok movie di laptopnya sedangkan dia nampak saya nak ke surau untuk bersolat. Sekurang-kurangnya cubalah untuk solat di awal waktu dulu ke, lawan nafsu anda untuk lebih mengutamakan Allah. Saya serba salah nak menegurnya kerana dia ada alasan lain akan timbul. Anda tak risau ke? alasan-alasan anda di catit dan Allah tahu apa yang anda tuturkan. Saya tak nafi, rakan-rakan saya sangat pandai dalam bidang agama lebih dari saya, tapi kenapa dia tak sedar dan takut dengan Allah? Betullah, hidayah itu suatu yang sangat berharga dan mahal, meskipun kita tahu kebenaran Islam, kita tak hidup dengan cara Islam. setiap kali bersolat, saya tak lupa untuk memohon agar kita diberi hidayah. Sama juga kepada sarjana-sarjana barat yang mengkaji Al-quran, tapi tidak memeluk Islam. Kerana hidayah itu mahal harganya.

Isi kedua terakhir, juga tentang sekularisma walaupun di atas tadi ada cerita tentangnya. Sekularisma adalah memisahkan perkara agama dengan perkara seharian. Dalam subjek pengajian Islam sendiri di bab 1 ada disebut kesyumulan Islam. Kesempurnaan, menyeluruh, dari bangun tidur sampai kita tidur semula ada cara dan peraturannya. Ada orang pertikaikan kenapa banyak sangat peraturan? Jawapan pertama dijawab dalam bentuk soalan, kau tu siapa? Jawapan kedua, dunia ini penjara, banyaklah peraturannya, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Nak syurga you gotta put effort on it, brother. Ingat Allah sewenang-wenangnya nak kasi syurga kat kau? layak ke kau nak masuk syurga? Saya sendiri masih risau adakah diterima Allah atau tidak. Dalam Pengajian Islam bab 1 juga, ada cerita, perkara pertama yang dihisab adalah solat kamu. Kau belajar pengajian Islam tapi tak menghayatinya kan? Benda baik(ilmu) dah jadi buruk, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kamu dah dahulukan Ilmu dari Allah sedangkan ilmu itu datang dari Allah. Tentang sekularisma, sedar atau tidak, (terutama rakan-rakan sebaya)kalau kita buka cerita pasal agama dan kaitan dengan isu semasa, akan timbul rasa janggal dalam kalangan rakan-rakan saya. Itulah dia bibit-bibit sekularisma, hati-hatilah...sedangkan itu patut jadi kebiasaan atau tradisi sebagai umat Islam. Aku tak dapat menipu lagi diri ini, aku sangat kecewa dan sedih. Facebook dulu, nak harvest, nanti layu...waktu solat panjang lagi...jiwa kamu itu yang sedang layu kawan-kawan...kamu telah dibutakan oleh sekularisma ini... saya juga peminat V6 dan sering menari, tapi saya takkan mendahulukan V6 dari Allah...InsyaAllah...janganlah Kau palingkan hati aku setelah kau beri petunjuk...

Terakhir adalah cerita gembira sedikit...akhirnya dengan ketentuan Allah, dalam Facebook, saya bermuzakarah dengan rakan sebaya...itu menjadikannya lebih istimewa... biasanya saya bermuzakarah dengan bapa saya sahaja, tapi saya sangat gembira bertemu dan berbincang di laman facebook yang penuh kelalaian, banyak yang saya belajar dari Khai dan sahabat-sahabatnya tentang isu Dr. Asri, dalam kita berbincang, kita dapat mengingati Allah...Masih ada sinar dalam kekalutan remaja-remaja Islam masa kini.

Setiap malam apabila mengenangkan perihal ini, hati saya sayu dan sedih, rakan-rakan serumah sendiri...entahlah...Arif agama tapi tak mengamalkan...masyaAllah...

Sebelum saya mengakhiri luahan hati saya, saya dapat tahu ada satu filem turki bertajuk "Fetih 1435" akan dikeluarkan tahun depan iaitu 2010. Ia adalah filem animasi 3D yang cambest. Saya dah tengok sikit dah trailer dia. Kenapa tak ada usaha untuk mengkomersialkan filem ini di Malaysia? Kenapa cerita tahyul hollywood "2012" jadi topik hangat kini? Saya tak kata pun jangan tengok cerita tahyul barat yang mungkin merangka untuk membuat sesuatu perancangan besar 2012 ini, saya pun tak keberatan nak tengok. Tapi saya lebih teruja untuk tengok filem "Fetih 1435". Hero Islam tu, Rasulullah SAW sendiri mention pasal dia semasa menggali parit untuk perang Khandak itu. Tak payahlah nak singkap tentang bapa sekularisma, Kamal Attartuk tu...Sultan Al-Fateh itu hero yang membebaskan Constantinople dengan idea-idea luar kotaknya... Terkilan sikit saya.

p/s: Bengang betul Azan di Melewar tak kedengaran...kalau speaker rosak, betulkanlah cepat...
p/s 2: Kawan saya pelik tengok saya baca blog sendiri. Saya menasihati bukan kepada orang lain saja, diri sendiri pun saya nasihat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League