Friday, September 18, 2009

Quick post: New experience


Assalamualaikum and a very good evening to all of IS(InfiniteSane) reader. I just break my fast. What is my new experience today? Well, this is the first time left alone in my house in my residential collage. Everybody went home early in this morning, and I don't know what am I feeling right now. But, when I went out today, somehow it became a cool thing. Why? Because did you watch "I am legend" starring Will Smith? The atmosphere is some sort like that except it don't have zombies. Plus, today is rainy most of the time. So, there was like mist along the road, feel chilly and quiet, too quiet. Sometime I feel it cool, just like in the movie. But, there are still a few person in here, just a few Borneo and foreign student. Unfortunately, the "Bazar Ramadhan" was also taking a holiday. Just 2 stall were opened, 1 is selling water, 1 is selling murtabak. So, I decide to walk a little far. Thank God, there still a stall opened. I think that's all for today, my new experience. Mata ne,

Assalamualaikum dan selamat senja kepada semua pembaca IS. Saya baru sahaja berbuka puasa. Apa agaknya pengalaman baru saya hari ini? Ini adalah kali pertama saya ditinggalkan keseorangan dalam rumah saya di kolej kediaman saya. Semua orang pulang ke kampung seawal pagi tadi, saya tak tahu apa perasaan yang saya rasakan. Tapi, tadi saya keluar, ia jadi sesuatu yang menarik. Kenapa? Anda pernah menonton "I am legend" lakonan Will Smith? suasananya lebih kurang macam itulah cuma tak adalah zombi-zombi tu. Lagipun, hari ini hujan berpanjangan. Jadi adalah macam kabus di jalan, rasa sejuk dan senyap sunyi, terlalu senyap. Tapi rasa macam menarik sebab macam dalam filem. Tapi masih ada orang di sini, tapi tak banyak, pelajar Sabah/Sarawak dan pelajar luar negara. Kemudian, rupa-rupanya bazar ramadhan pun nak bercuti juga, ada 2 gerai sahaja yang dibuka, 1 jual air, 1 jual murtabak. Saya pun berjalanlah jauh sikit,(sikit sahaja). Nasib baik ada gerai jual nasi goreng. Itupun dah nak habis dah. Alhamdulillah juga, dapat berbuka puasa. Sampai di sini sahaja dahulu rasanya pengalaman baru saya. Jumpa lagi. Hasta Luego.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League