اسلام عليكم
Hari ini sudah genap setahun kelandar matahari Infinitesane bertapak di sini, sekarang sudah pukul 01:29 a.m, baru balik dari perbincangan untuk pembentangan pukul 08:00 nanti... Oleh itu, saya mahu tidur, dan akan melengkapkan entri ini selepas kelas, sebelum itu, ini adalah entri pertama di Infinitesane, saya akan cerita nanti...
First Infinitesane Entry
Bersambung...
Baiklah, setelah setahun bertapak di sini, saya ceritalah serba sedikit asal usul blog ini...Klik Read More
Sekiranya anda ada membaca entri pertama blog ini, sudah pasti anda dapat mengagak kenapa terwujudnya infinitesane ini pada mulanya, iaitu kerana pensyarah Introduction to IT menyuruh pelajarnya membuka sebuah blog sebagai tugasannya, oleh itu, dengan izin Allah, terwujudlah Infinitesane ini, pada mulanya, saya hendak meletak nama blog ini infinitebox, tetapi sudah ada orang yang mengambil nama tersebut, saya ada juga membuka blog tersebut, tetapi blog tersebut berbahasa cina dan ialah infinite china, mungkin menceritakan tentang china. Dan dengan diizinkan Allah juga, Dia memberi ilham untuk saya menamakan infinitesane. Nama ini lebih straight-forward berbanding infinitebox, kerana infinitebox terlalu abstrak. Malahan meskipun pengisian blog ini semakin berubah hari ke hari, ia masih relevan dengan nama infinitesane tersebut.
Infinitesane sebagai wadah perjuangan saya
Sane bermaksud waras, apa dapat saya lihat dalam diri saya dan sekeliling, kita masih belum cukup berfikir. Wahyu pertama yang diturunkan kepada junjungan besar kita, Muhammad SAW, adalah Iqra'. Iqra' disini bukanlah sekadar membaca sahaja. Malahan lebih dari itu. Kita mestilah berfikir dan mengkaji apa sahaja yang ada di langit dan di bumi. Ada satu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Abu Hurairah r.a. sebagaimana berikut,
"Berfikir satu saat adalah lebih baik daripada beribadat 70 tahun."Disini bukanlah bermaksud kita harus berfikir sahaja. Ibadat lain masih perlu dilakukan juga, maksudnya disini, dengan berfikir, kita akan dapat merasa nikmat yang dipinjamkan oleh Allah, kita dapat merasa kebesaran Allah dan meningkatkan rasa kasih kita kepada Allah. Apa yang terjadi sekarang di sekeliling saya dan termasuk diri saya, kalau dalam bahasa kasarnya, kita tadah sahaja apa yang orang lain beri. Dalam entri merdeka saya, saya ada beritahukan yang kita sudah ditipu oleh saintis-saintis barat? Epal hijau dikatakan perosak jambatan antara dua bahagian otak(saya juga telah tertipu, bapa saya yang betulkan), Makan organ dalaman itu baik untuk kesihatan, walhal organ dalaman ibarat penapis yang menapis segala toksin dalam badan, makan organ dalaman bermaksud menambahkan toksin dalam darah. Nak tahu, boleh baca Post ini, ia bukan dari blog saya, dari blog Lajnah Penerangan & Dakwah Pas. Ia tak ada kene mengena dengan politik ya, kita ambil ilmu sahaja. Kita di Malaysia ini, politik 24 jam. Itu kemudian saya cerita. Dah menyimpang sikit dah ni.
Tak apa, kalau dilihat arus orang muda, saya ni kira menongkah aruslah seperti saya tak setuju dengan budaya 'couple', sangat tak setuju dengan rokok dan sebagainya. Istilah "Kita masih muda, kenalah enjoy." Istilah tu bertentangan dengan Islam. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara? Antaranya muda sebelum tua. Sultan al-fateh, penakluk konstantinople ketika menakluk konstantinople, dia baru berusia 21 tahun. Saya sekarang sudah pun berusia 20 tahun. Jadi perjuangan saya adalah untuk cuba sedaya upaya untuk menyedarkan orang ramai tentang hal ini. Saya tahu ia sangat sukar untuk cuba mengubah sesuatu luar dari kebiasaan. Semalam, semasa saya buat perbincangan di rumah rakan, saya lihat biliknya ada poster(sebenarnya kain) bergambar tengkorak yang dicucuk 2 pedang. Dia tulis stylo. Saya tak tahu nak kata apa. Dan mereka akan berasa janggal sekiranya unsur islamik dimasukkan dalam diri mereka. Inilah yang ditakuti, islam sekular. Nanti saya ulas. Biarlah sampai nafas terakhir pun, tak akan berubah perjuangan saya. Teringat saya lagu intro ciptaan saya sempena persembahan terakhir saya dan kumpulan saya sebagai pelajar SDAR 6 hari sebelum SPM
Pagi dan petang, siang juga malam,
Hatiku takkan berubah,
Walau rintangan datang melanda,
Kan ku gagahinya jua...
Perjuanganku takkan terhenti, selagi nafasku tak terhenti.
Biar berkali tersungkur, ku kan berdiri lagi,
Ku kan tabah mengharungi, dengan iman di hati,
Moga perjuangan diberkati Allah,
Diberi hati yang tulus dan suci,
Perjuanganku takkan terhenti, selagi nafasku tak terhenti.
Agaknya Atif, Azim ngan Jeadi ingat lagi tak lagu ni?
Sebagai penutup, saya berdoa agar semakin ramai pengunjung mengunjungi blog saya, tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Itulah sebabnya saya juga ada menulis blog ini dalam bahasa inggeris. Saya menulis dalam bahasa inggeris kerana ingin orang negara lain faham apa yang ingin saya sampaikan walaupun sangat tak ramai pengunjung dari luar negara, tapi masih ada. Biasanya orang tulis dalam bahasa inggeris ini kerana nak memperbaiki bahasa inggerisnya tapi bukan saya. Saya tahu grammar English dalam blog ini berterabur. Tapi saya harap mesejnya sampai, insyaAllah... Itu yang lebih penting... Itu sahajalah...entri selepas ini: Ada apa dengan cinta?
Mata Ne...
Hasta Luego...
Wassalam...