Wednesday, December 30, 2009

suatu ketika


Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung Infinitesane, semoga anda diberi hidayah dariNya. Lagi beberapa hari sahaja lagi tahun masihi ini masih berbaki. Kemana pula entri tentang tahun baru Islam? saya bercadang untuk membuat entri tentang kedua-dua tahun baru pada menjelang tahun baru masihi kerana secara tiba-tiba mood untuk menulis itu hilang. Jadi saya menunda untuk menghantar entri pada tahun baru Islam. Lagipun ketika itu masih bercuti. Orang tak ramai membaca blog saya. sedangkan waktu bukan cuti pun belum ramai, apatah lagi ketika cuti. Memang sebenarnya saya dah tulis sedikit pun pada 1 Muharram itu, cuma belum disambung dan dihantar. Ini entri apa? sebenarnya secara tiba-tiba sesuatu yang ajaib telah berlaku. Apakah dia?

Keajaiban senjata mereka kepada saya. Apa yang ingin cuba saya tonjolkan sebenarnya? Tak ajaib pun sebenarnya. Facebook...ramai dah tahu yang facebook itu medium mereka untuk mengorek privasi kita bukan? Tapi setelah digerakkan hati oleh Allah, adalah seorang hamba Allah ini memuat naik gambar lama semasa saya masih bersekolah di Sek Keb Kuala Kubu Bharu 1 (SKKKB1). Dan dengan rajin beliau telah menanda ramai rakan-rakan yang lain. Dan dengan tindakannya menanda ramai kenalan semasa di SKKKB1, maka ramailah kembali mereka berinteraksi semula di alam maya. Makanya saya kembali menghadapi masalah. Saya ada satu masalah. Masalah ini sangat besar. Sebab ia memainkan peranan yang penting dalam sesuatu hubungan sesama manusia. Masalahnya ialah saya sangat sukar untuk mengingat nama-nama dengan banyak. Maksudnya banyak kenalan saya semasa di sekolah tersebut yang telah saya lupakan. Yang kasihannya, mereka masih ingat saya. Serba salah dibuatnya. Malah, kenalan saya semasa di SDAR juga sudah ada yang saya lupa. Saya minta maaf sangat-sangat kerana melupai anda semua. Saya memang bermasalah untuk mengingat orang. Saya hanya mampu mengingat orang yang sentiasa keep in touch dengan saya. Dari lubuk hati saya, saya memohon keampunan yang tak terhingga. Bukan niat saya melupakan anda semua.

Kalau diikutkan sejarah persekolahan rendah saya, sejarah semasa di SKKKB1 adalah yang sangat saya rindukan. Kuala Kubu Bharu itu sendiri mempunyai keunikan yang tersendiri. Kalau anda nak melihat suasana pekan KKB, pergilah tonton "Baik Punya Cilok", pekan yang mereka berlakon itulah pekan Kuala Kubu. Memang dahulu pun banyak pengambaran dijalankan di situ. Seperti "Assalamualaikum YB" kalau tak silap saya tajuknya.

SKKB1 adalah tapak asas saya dalam perjalanan seni saya. Walaupun pertama kali saya memegang mikrofon adalah semasa berusia 6 tahun, saya bukan menyanyi. Saya hanya membaca sajak. Namun, semasa di KKB, saya pun tak tahu bagaimana Cikgu Zahari dapat mengesan saya boleh menyanyi dan memasukkan saya dalam pasukan koir sekolah. Seterusnya menjadi vokalis kumpulan nasyid dan nyanyian solo. Atas tunjuk ajar beliau yang mengajar saya koir, dan dengan izin Allah, saya mampu untuk mengajar sendiri pasukan nasyid SDAR dan berjaya mencipta lagu. Memang beliaulah yang menuntun saya untuk menjadi seorang yang berseni. Lagipun, memang bapa saya pakar menulis sajak dan sampai sekarang saya belum pernah berjaya menandingi bapa saya. Agaknya kalau saya tak masuk koir dan nasyid, saya menyanyikah sekarang? Saya akan mengkaji lagu-lagukah? Dan yang kelakarnya, semasa di sekolah dahulu, bila ada training koir atau nasyid semasa kelas, saya amat gembira kerana dapat escape kelas.

Akhir sekali, KKB memang ada tempat di hati saya walaupun ramai kenalan saya yang saya telah pudar dari ingatan saya. Lagipun, saya memang kurang gemar berhiruk-pikuk, dan memang itu tak baik untuk hubungan sesama manusia. Jumpa lagi di entri tahun baru. Assalamualaikum dan jumpa lagi.

p/s: Gambar memang sebuah mesin masa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League