Seperti yang dijanjikan pada entri sebelum ini, entri ini bertajuk "ada apa dengan cinta?". Beberapa minggu lepas, saya dan rakan-rakan saya ditanya dengan soalan apa itu cinta dan sayang. Sebelum mengulas lanjut...
saya sebenarnya agak sibuk dengan berbagai tugasan. Saya sedang mencuri masa untuk menulis blog ini. Disini juga saya ingin memberi pesanan. Saya sering memberi nasihat dan pesanan dalam blog saya. Tetapi tak bermakna saya adalah seorang yang sempurna. Semalam, saya ada menyertai program permata 09, dan dalam salah satu modulnya ialah membina negara(ini secara kasar sahaja, nak cerita, panjang), Saya dengan ahli kumpula pun buatlah negara dalam masa yang sangat singkat. Kemudian, kena beri nama pula. Saya yang sedang "blank" pun berilah cadangan Lemuria. Lemuria ni adik-beradik Atlantis. Kemudian semasa pembentangan, saya pun berilah ulasan yang berbagai. Kemudian, abang fasilitator pun berilah kesimpulan. Mengapa saya letak nama Lemuria? Kenapa bukan lebih islamik? kemudian dalam carta organisasi pula, ada jawatan ketua agama pula di bawah ketua negara(saya pula yang jadi ketua agama). Ini tak sepatutnya berlaku, saya sendiri yang menginginkan negara yang betul-betul islamik, tapi sebaliknya berlaku. Kena batang hidung sendiri pula. Ini menunjukkan saya sendiri juga ada melakukan kesilapan. Dan saya mengaku itu memang silap saya. kepada orang yang sentiasa rasa kena sound dengan saya, saya sound benda betul pun. Bukan nak cari kesalahan kamu sahaja, kita ini umat yang dipuji Allah dalam Al-Quran, kerana kita sentiasa mengajak kepada kebaikan dan menjauhkan dari keburukan. Kalau saya silap pun, tegurlah saya. Tapi selagi saya tak mengajak kepada kemaksiatan atau membuat maksiat, tak perlulah rasanya sedaya upaya mencari kesalahan saya rasanya. Selalunya, mereka-mereka ini saya selalu tegur dalam bab solat berjemaah dan ber'couple' ini. Akhirnya, berbalik kepada topik.
Bila saya ditanya tentang cinta dan sayang banyaklah pendapat daripada rakan-rakan saya. Keluarlah ayat-ayat berbunga mereka. Bagi pendapat peribadi saya, sayang adalah rasa yang patut diberi kepada semua orang di muka bumi ini selagi mereka tidak mengganggu kita. Cinta pula adalah satu rasa yang istimewa kepada sesuatu. Saya harap anda faham ayat saya. Saya ada pernah mendengar ada ayat sahabat saya bahawa sebelum kita mencintai seseorang, lebih baik kita mencintai penciptanya. Janganlah kita dengan bangganya menyatakan kita cinta kepada Allah hanya terzahir di bibir. Saya sendiri malu nak mengaku itu. Betul ke kita cintakan Allah? Sanggup ke kita melakukan apa sahaja untuk Allah? Kita sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang kita cinta. Saya cintakan pasukan nasyid sekolah saya. Saya sanggup lakukan yang apa sahaja yang termampu untuk mereka. Saya tak pasti pihak sekolah tahu atau tidak, itu tak penting. Yang penting, mereka dapat menyampaikan sesuatu yang berkualiti. Namun, bila saya pergi sekolah, kerani sekolah sering menegur saya tentang lagu baru saya atau apa sahaja tentang nasyid. Maksudnya kehadiran saya masih dirasa oleh sekolah walau hanya cahayanya malap. Berbalik kepada persoalan tadi. Saya sendiri malu untuk mengaku mencintai Allah sepenuh hati. Banyak suruhannya kita sentiasa lengah-lengahkan. Saya malu. Apa yang termampu, saya cuba mencapai tahap keredhaannya dan mendamba cintaNya. Itulah yang terbaik. Kita sering memberi hadiah kepada orang yang kita cinta, tapi pernahkah kita ikhlas dalam membuat suatu ibadat sunat agar menjadi lebih hampir dengan Allah SWT? Saya malu...
Bila saya memperkatakan ini, mesti ada orang ingat saya tak mementingkan cinta manusia kan? saya masih memerlukan orang yang akan ada disisi saya dalam perjuangan saya menemankan saya sampai hujung nyawa. Cuma apa yang saya tak setuju, budaya 'couple' ini. Couple tak wujud dalam islam. Apa sahaja ayat-ayat baik dan keislaman seperti dah solat atau belum dan sebagainya adalah jarum-jarum syaitan. Nak tahu lebih lanjut, klik sini. Islam suruh kita jangan menghampiri zina, hampir pun tak boleh, kita tak berzina pun lagi. Lagipun, zina ini banyak pecahannya. Sedangkan bertunang pun batas-batasnya sama seperti ajnabi, apatah lagi yang belum bertunang. Bertunang atau khitbah adalah untuk mendapat persetujuan untuk berkahwin atau untuk mengikat seseorang itu dari berkahwinlah, dan berkenalan lebih rapat dan sebagainya. Janganlah kita tertipu dengan tipu daya syaitan. Syaitan itu pandai dan licik, ingat dia tak tahu ke pasal hukum-hukum dalam agama ini? mereka juga pandai memanipulasikannya. Hati-hatilah dengan musuh kita yang nyata ini...kita ini banyak yang masih jahil lagi... Disini saya nak berkongsi dengan anda cerita tentang seorang rakan saya(Afif, aku cerita ya untuk renungan semua). Umurnya sama dengan saya. Dan tahun depan dia hendak berkahwin. Sekarang dia bekerja sebagai pegawai tadbir di masjid Kuala Kubu Bharu, dan nak dijadikan cerita, bapa pihak perempuan yang offer anaknya kepada rakan saya ini. Hebat tak? saya tak tentang pun dia ini. Ilmu agama pun tinggi, sudah bekerja. Memang memenuhi kriterialah ni. Saya ni, tak ada ke bapa-bapa nak offer anaknya kepada saya? Gurau saja. Saya tak jatuh hukum sunat pun lagi untuk berkahwin kerana ilmu saya tak cukup dan tak mampu untuk memberi nafkah. Tapi seandainya saya mencukupi kriteria-kriteria tersebut, barulah saya mencari jodoh saya. Allah itu maha Penyayang. InsyaAllah saya juga akan mendapat pasangan suatu hari nanti seandainya umur saya masih panjang. Biarlah saya sentiasa berdoa agar dikurnia isteri yang solehah, taat(dan pandai masak). Untuk mendapat isteri yang solehah, kita kenalah jadi seorang yang soleh kan? Allah itu maha adil.
Panjang pula post kali ini. Sampai sini dululah kot, nak buat bahasa inggeris pun kena fikir beberapa kali, panjang sangat. Baiklah, saya berhenti dulu. Nanti nak curi tulang lama-lama tak baik pula...
Wassalam...
mata ne...
Hasta Luego...
Arashiyama part 2
7 years ago