Wednesday, November 25, 2009

Yang Benar

Di satu sudut
Di ruang terpencil
Ada rahsia
Rahsia yang cukup abstrak

Siapalah aku untuk menyelaminya
Dapatkah kau mentafsirnya
Engkaukah hakimnya
Akukah tertuduhnya

Adakah zahir itu bukti
Adakah kulit itu pasti
Dalam kabus ada sinar
Dalam suci ada sirna

Jalan lurus tak semestinya tepat
Kerana lurus mungkin bengkok
Bergerak dalam menentang vektor
Adakala diri tak sedar dirasuk

Ternyata diri ini masih belum selesai diselongkar
Ternyata diri ini masih belum menang
Menang untuk menguasai diri
Menang untuk menemui yang benar

Dalam perjuangan kononnya suci
Adakah Allah ada disisi?
Betapa aku masih jauh
Untuk ku dekat kepadaNya

Yang Benar,
Pemuja Ilahi
Iqbal Nasir
15.33 8 Zulhijjah 1430
Klang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League