Hidup aku yang orang lain nampak adalah aku adalah seorang yang serius, menentang per'couple'an(memang pun) dan sebagainya menjadikan aku dicop sesetengah orang sebagai orang yang tak memerlukan cinta insan yang bernama wanita. Malah ada sesetengah orang bertanya yang adakah aku akan membujang sampai akhir hayat. Dalam entri ini, aku buat stail penceritaan cerita la...
Ah...aku memang dah lama agak dah perkara ini berlaku. Tapi belum disahkan lagi oleh orang yang aku percayai seperti MK, KR, Jim dan DA. Sebelum ini aku dah dengar dari DA. Tapi pagi ini, tiba-tiba MK ber'chatting' dengan aku di facebook. Dan pagi-pagi buta ini tatkala sang pemuja menyembah tuhannya dengan berjaga malam, dia mengesahkannya. Aku cuba untuk jadi rasional. Apa yang istimewanya si dia ini? Memang dia istimewa bagi aku. Selepas Tuhan, Rasul, agama dan keluarga aku, dia ada tempat di hati aku.
Dia lain dari wanita lain. Orangnya solehah, baik tingkah lakunya dan kuat pegangan agamanya. Segalanya cantik darinya. Memang dia memenuhi kriteria-kriteria yang aku mahu, cuma aku tak tahu dia pandai dan mahir untuk memasak atau tidak. Dialah orang pertama yang menyedarkan aku tentang ujian Allah kepada hambanya pabila aku didatangi kecelaruan yang entah datang dari mana aku pun tak tahu. Darinya aku mengenal untuk mencari cinta sejati, cinta yang pasti. Aku memang tak tertarik pada 'first impression'nya. Aku tak ingat pun bila kali pertama aku mengenalinya. Bagi aku ia terjadi tiba-tiba. Malah, apabila berbual dengannya(dalam SMS la...), aku berasa senang dan selesa berborak dengannya. Sesuatu yang luar dari kebiasaan bagi aku yang tak gemar berbual dengan wanita.
Namun, perbualan aku dengan MK bagaikan menoktahkan segalanya. Aku mengerti yang segala yang berlaku adalah kehendakNya. Suka hatiNyalah untuk buat apa kepada aku. Mungkin ini yang terbaik untuk aku. Kerana Dia maha mengetahui. Lagipun aku ini hamba, tak perlulah nak protes atau apa sahaja. Namun, tipulah kalau aku katakan jiwa ini tak tersentap bila mendengar perkhabaran itu. Orang kata, kenapa aku suka memendam rasa sahaja? Akhirnya melepas juga. Aku pun bukan suka untuk memendam rasa, tapi aku merasakan aku belum cukup layak untuk itu. Sepertimana yang diketahui, aku cukup tak suka bercouple-couple ini. Bila aku sudah stabil dari segala sisi hidup ini, aku akan mengorak langkah. Dia akan terus berbekas dalam hati aku, namun pahit itulah ubat. Aku sanggup bersakit-sakitan andainya di kemudian hari aku bahagia. Aku berani tulis ini pun kerana aku tahu, dia tak buka blog aku walaupun dia tahu kewujudan blog ini.
Namun, dengan berita tersebut, aku bagai dipujuk oleh mimpi indah pada lenaku tadi. Aku bermimpi aku bertemu dengan semua ahli kumpulan aku yang sangat aku rindui. Atif, Jeadi, aku, malah Azim yang ada di India juga ada. Sempatlah juga kami meronda sekolah, dan merawat kerasukan seorang pelajar(?), dan berbincang. Cuma aku sedikit terkilan tak dapat mengajar mereka lagu acapella yang aku cipta semasa di matrikulasi dahulu, kerana kami terdengar budak-budak junior sedang training dan akhirnya aku terjaga dari tidur.
Akhir kata, kehadirannya membuka dimensi baru dalam hidupku. Aku berharap yang kau dapat apa yang kau mahu dan kau berbahagia dalam hidupmu(ayat klise, hehe...). Biarlah masa merawat aku dan biarlah zikrullah pemujuk diriku. Lagipun, bila aku nak berhibur, aku akan menyanyi dan menari dan segala kedukaan berlalu pergi.
Sampai disini sahaja cerita saya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ujian Allah tak mengenal masa. Maaf kerana entri ini tiada gambar. Hanya sebuah cerita...
Jumpa lagi...
p/s: Aku enjoy outing sorang2...
p/s 2: Lagu hanya tinggal lagu...
Arashiyama part 2
7 years ago