Monday, September 5, 2011

Dua wartawan Malaysia ditembak

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane,Sudah seminggu lebih saya tak update blog ini. Umum mengetahui ia adalah disebabkan sambutan hari raya aidilfitri dan hari ini, kebanyakan urusan perniagaan, pekerjaan mula beroperasi semula, begitu juga dengan Infinitesane. Walaubagaimanapun, dalam suasana raya + merdeka ini, ada kisah malang terjadi beberapa hari yang lalu.

Mata pena lebih tajam dari mata pedang
Meskipun ungkapan ini sudah tidak beberapa relevan lagi di zaman ini, namun isinya tetap sama, ia melambangkan bagaimana dengan mata pena seorang wartawan, ia dapat menjatuhkan seseorang tanpa mengerah tenaga yang banyak. Itu bagi sisi sedikit gelap, dari sisi lain juga, wartawan memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan berita-berita terkini supaya kita tidak lagi duduk di bawah tempurung dan dapat melihat dunia yang lebih luas. Namun, sebagaimana pekerjaan si pemedang yang berisiko tinggi, begitu juga dengan wartawan yang akan dituduh dengan berbagai tohmahan andai berita yang disiarkan tidak menepati "citarasa" pembaca atau penonton. Malah, lebih menyedihkan apabila wartawan berdepan dengan risiko kematian apabila dihantar ke kawasan bergolak. Peluru yang tak bermata senantiasa menjadi igauan buruk bagi mereka. Contohnya di sini dan sini. Malah beberapa hari lalu, wartawan Bernama TV menerima nasib yang sama akibat terkorban dek peluru sesat yang menembusi tubuhnya. Semalam TV3 menyiarkan siaran langsung ketibaan jenazah dan rombongan ke tanah air. Memang menyayat hati bila melihat keluarga mangsa yang ternyata sedih dengan pemergian anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Tapi tak baik kita meratapi si mati kan? Saya tahu memang sukar apabila orang yang kita sayangi pergi buat selama-lamanya, namun sebaiknya tahanlah daripada meratapi si mati agar si mati dapat bersemadi dengan aman.

Berdasarkan gambar dari News Straits Time [artikel], nampaknya keluarganya telah "reda" dan redha

Kesimpulannya, andainya ada yang menjadi wartawan, mereka dan keluarga mereka perlu bersedia dengan risiko-risiko seperti ini. Kerana tanggungjawab menjadi wartawan juga adalah berat untuk menyampaikan bingkisan buat tatapan dan renungan penonton atau pembaca.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menyambut hari Malaysia dan Kemerdekaan. Semoga apa yang terjadi di wilayah-wilayah bergolak tidak akan berlaku di bumi kita.

Sampai di sini dahulu,Wassalam

P/S: Teringin juga nak jadi wartawan, sebab suka menulis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League