Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane
Akhirnya kembali semula kepada entri berbahasa melayu. Bukan tak mahu tapi ada sedikit kekangan untuk menulis dalam bahasa melayu. Tapi rasanya dah OK sekarang, Alhamdulillah...
Kali ini saya ingin mengutarakan pendapat saya tentang Islam di Malaysia: Zaman yang ini. Tanpa ragu-ragu, silalah baca selanjutnya
Secara tiba-tiba, agama majoriti di Malaysia, Islam menjadi antara isu hangat di Malaysia. Ada yang berpendapat ia adalah kerana musim pilihanraya menjelang tiba, dan sebagainya. Kita bermula dengan isu HANTU BONCENG dahulu. Siapa yang tak kenal pelawak yang boleh saya klasifikasikan sebagai antara pelawak terkenal di Malaysia, Zizan. Hantu Bonceng yang berjaya mengutip 8 juta (setakat 14 September 2011) [source] panas dengan isu syahadah Zizan yang menggelisahkan rakyat Islam yang bukan fanatik Zizan. Seperti saya yang gemarkan hiburan, namun saya tidak akan bertolak ansur berkenaan agama ini, apatah lagi syahadah. Setelah dijelaskan, memang Zizan TAK BERSALAH dan saya tak ada masalah tentang itu. Menjadi seorang pelawak zaman ini memang lumayan, namun sepertimana besarnya hasil dapatannya, besar jugalah risiko dan tanggungjawabnya. PADA PANDANGAN SAYA, walaupun dia tak bersalah, tapi nampak SANGAT TAK MANIS adegan tersebut. Perbuatan dia SEUMPAMA merendahkan Islam atas tiket hiburan. That's not funny man...Nasihat saya yang cetek pengalaman dan jahil ini kepada semua penghibur di mana-mana sekalipun yang beragama Islam khususnya, berhati-hatilah semasa menghibur, minta tolong dengan Allah sebelum bekerja.
Seterusnya isu HUDUD. Sebenarnya dah lama dah PAS melaungkan komitmen mereka untuk melaksanakan hudud khususnya di negeri dibawah tadbiran mereka, Kelantan. Walaupun ramai orang berpendapat isu ini dibangkitkan semula kerana pilihanraya semakin hampir, namun di Sinar Harian hari ini, ada artikel menyuarakan isu Hudud ini bukan bermusim kerana ia adalah hukum Allah, dan sebagai umat Islam, kita harus menurutinya. Walaubagaimanapun, pendapat Dr. Asri, bekas mufti Perlis berpendapat Kelantan atau Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan hukum Hudud. Malah parti kerajaan pemerintah juga mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menolak hukum berkenaan namun belum bersedia. Saya setuju dengan pendapat "belum sedia" ini, namun ada dua perbezaan "belum sedia" ini. Nombor satu, belum sedia dan usaha memberi pemahaman giat dijalankan. Yang ini saya setuju. Saya juga berpendapat untuk melaksanakan hukum Hudud ini perlu persediaan yang rapi. Orang ramai terutamanya yang beragama Islam, (BUKAN ISLAM TIDAK DIWAJIBKAN DAN TIDAK TERTAKLUK KEPADA HUKUM HUDUD, JADI TAK PERLU BERASA TAKUT DENGAN HUKUM HUDUD) perlu tahu dan faham mengenai pelaksanaan hukum Hudud berkenaan, saya secara peribadi dan sebagai seorang muslim, memang mahu hukum Hudud ini dilaksanakan satu hari nanti namun, sekiranya pelaksanaannya tak teratur dan terurus, saya tak bersetuju. Memang saya belum bersetuju hukum Hudud dilaksanakan NAMUN, KITA MESTI BERMULA UNTUK MENUJU KE ARAH PELAKSANAANNYA. Yang saya tak suka dan tak setuju adalah, "belum sedia" namun tak berbuat apa-apa. Kalau situasi ini berlaku, sampai bila-bila pun pelaksanaan hukum Hudud tak akan terealisasi.
Berkenaan isu Hudud ini dipolitikkan, saya rasa agak...bukan, bukan agak tapi terlalu keterlaluan apabila kartunis Utusan Malaysia mempersenda hukum Allah yang Maha sempurna tersebut. Saya suka beli dan baca akhbar Utusan, tapi hanya bahagian sukan dan sisipan Utusan Melayu (Jawi) hari Isnin. Sila klik pautan ini untuk membaca/melihat kartun tersebut. Agak-agak la kot kalau nak berpolitik pun...macam isu Zizan diatas, sebagai seorang manusia yang beragama Islam, anda harus sedar batas-batas yang TIDAK BOLEH dilangkaui.
Walaubagaimanapun, dari sisi positifnya, orang ramai mula sedar tentang isu-isu agama ini dan diharap banyak pengetahuan dari media-media tentang kesedaran dalam agama ini.
Jumpa lagi di entri yang lain,
Wassalam dan salam sejahtera.
K.T
p/s: Saya minat komedi, jangan salah faham, cuma saya tak minat benda-benda "crossing line" ni, tu je...meh kita gelak sikit dengan video JOZAN ni...
Arashiyama part 2
7 years ago