Thursday, September 8, 2011

Bila poliTIKUS cakap sejarah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada pengunjung Infinitesane

Baru beberapa jam yang lalu saya menulis entri rawak untuk mengisi kekosongan blog ini. Namun, saya terpanggil untuk menulis isu yang agak hangat diperkatakan kebelakangan ini. Bukannya saya tahu lambat, tapi saya hanya terpanggil untuk menulis tentang perkara tersebut beberapa jam yang lalu di laman sosial saya. Sebelum ini saya tak terpanggil untuk bagi komen sebab saya rasa saya tak berminat untuk ambil tahu perkara-perkara melibatkan politik ini.

Pertama sekali, ingin saya ingatkan, entri ini tidak sesuai dibaca oleh kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah kerana bahasa yang akan saya guna agak kasar dan salah tatabahasanya sebentar nanti. Kids, don't try this at home or at school. Stay safe.

Macam mana aku nak mula ha? Baru-baru ni masa sedang beraya bersama rakan-rakan sekolah rendah, aku diajukan soalan dari best friend aku masa sekolah dulu supaya aku menulis tentang politik. Aku jawab aku minat politik, tapi aku tak minat politik semasa sebab bagi aku kotor, dan banyak lakonan. Suatu masa dahulu, aku pernah dicadangkan supaya menjadi ahli politik,(pensyarah masa aku kat matrikulasi kalau tak salah aku sebab aku selalu berhujah isu rakyat) lagipun, ahli politik ni modal dia air liur je, cakap je, serupa bikin atau tidak perkara kedua. Tapi aku tangguhkan sebab khususnya, politik di Malaysia, kotor.

Cukup dengan pembuka bicara, ayuh cerita tentang isu kita. Ceritanya bermula apabila media arus perdana kaki ampu kerajaan buka cerita tentang Mat Sabu yang kata peristiwa Bukit Kepong tu yang menyerang balai polis tu pejuang kemerdekaan. Aku boleh kata dua benda sebab perkara ini boleh naik.

1. Pilihan Raya nak dekat, kerajaan akan cuba cari isu yang boleh nampakkan pembangkang tu jahat.
2. Sebab sambutan Hari kemerdekaan jatuh pada bulan syawal yang mulia. So, nak naikkan rating keterujaan orang ramai untuk sambutan kali ini.

Aku rasa macam tengok wrestling dowh...serius. Disebabkan aku dah follow balik WWE so aku bolehlah kaitkan dengan wrestling. Semua orang tahu WWE tu berdasarkan skrip. Tapi aksinya still boleh menyebabkan anda cedera. So, don't try that. Biasanya, pasukan kreatif akan bertungkus lumus untuk memikirkan jalan cerita yang menarik supaya penonton akan tonton WWE berbanding American Football dan sebagainya. Sebab tu yang nombor dua tu aku terfikir. Hahaha, anda semua boleh abaikan yang nombor dua tu.

Ok, serius balik. Aku ingin tegaskan kat sini aku tak sebelahkan mana-mana pihak pun. Anda biasa dengar "History written by the winner"? Isu yang sekarang ni berlegar-legar aku dah pernah cakap bertahun dulu lagi. Aku dah pernah cakap, sejarah dalam buku teks tu tak seratus peratus tepat. Tapi aku bukanlah politikus, so apa yang aku pernah katakan hanyalah sekadar hembusan angin yang menyapa sahaja. Tapi isu yang aku katakan bukanlah tentang kisah Bukit Kepong, sejarah tentang bukit kepong tu boleh dipolitikkan, sebab tu boleh naik sebab boleh kait dengan UMNO (Politik) yang jadi anjing British.

Klaim yang aku buat dulu memang tak boleh nak dipolitikkan, ayuh kita ingat semula klaim aku dulu:-

1. Betul ke Portugis jajah tahun 1511?
2. Betul ke Portugis boleh jajah pasal kita kekurangan senjata? Kekurangan teknologi? Atau kerana khianat dan rasuah? Bagaimana pula dengan kehilangan Kapal Mendam Berahi?

Apa yang aku klaim dulu semuanya sebelum politik moden dibawa kapitalis ke Tanah Melayu. Apa yang boleh aku katakan, mereka berjaya memecahkan orang Melayu, perjanjian Inggeris-Belanda berjaya membuatkan lahirnya Indonesia dan Malaysia, dua negara yang berbeza, namun tiada bezanya. Bila rakyat marhaen Indonesia bilang Malaysia ini maling dan penjiplak, semuanya itu kerana perjanjian Inggeris-Belanda. Tak timbul isu siapa tiru siapa sebab kita semua melayu. So, mestilah tradisi kita hampir sama, tradisi kita bukan milik negara, tapi milik bangsa. Maka berantakanlah sesama Melayu di lembah emas ini. Kudos to capitalist, you're success to make we look weak until this day. But I hope it won't be forever.



Aku bukanlah nak sebelahkan UMNO, tapi bukankah kita masih dapat kemerdekaan meskipun dari anjing British? Walaupun ini bukan perbandingan yang sesuai, tapi dahulu Ammar Yassir terpaksa mengaku kembali menyembah berhala apabila dia diseksa teruk dan selepas melihat ibunya Sumayyah dan bapanya, mati ditikam Abu Jahal kerana mempertahankan akidah. Kalau kita orang yang bersangka baik sepertimana disarankan dalam agama, bolehlah kita fikir UMNO jadi anjing British supaya kita dapat kemerdekaan. Jangan ambil kata-kata aku tu sebagai fakta, aku cuma nak bersangka baik saja. IA BUKAN FAKTA. Takut dapat dosa pula nanti.

Akhir sekali, aku sampaikan Al-fatihah kepada semua pejuang kemerdekaan Malaysia, samada yang mengangkat senjata mahupun yang mengangkat pena.

Wassalam,
Jumpa lagi.

p/s: Arab sesama arab gaduh, melayu sama melayu gaduh, macam mana Islam nak kuat? ramai pun tak guna kalau asyik bergaduh sesama sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League