Sunday, July 31, 2011

Ahlan wa sahlan wa marhaban ya Ramadhan



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane.

Baiklah, seperti yang dapat anda semua lihat di video diatas, maka dengan rasminya esok kita semua sebagai umat islam berpuasa di bulan Ramadhan. Tak ada rasa "nervous" ke? saya selalu rasa "nervous" bila mana menjelang Ramadhan. Mula-mula sekali, jom kita recap apa maksud puasa. Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat (copy paste dari blog ini). Bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Perkara-perkara yang membatalkan puasa bolehlah anda semua "google" sahaja, berlambak keputusannya. Kerana ini bukan kelas ibadat, sebaliknya kita nak cerita pasal puasa ini. Harap anda semua dapat "keep up" kalau entri ini panjang.

Baiklah, hari ini hari terakhir sebelum kita semua berpuasa pada esok hari walaupun waktu saya menulis entri ini jam sudah pun menunjukkan angka 11 malam. Kalendar Islam juga dikenali sebagai kalendar Qamariah (Bulan), manakala kalender yang biasa kita guna ni digelar kalendar Shamsiah (Matahari). Betulkan kalau salah. Maksudnya hari baru bagi kalendar Islam bermula saat bulan mula "terbit" berbanding kalendar biasa yang kita guna, hari baru bermula saat matahari mula terbit. Kiranya sekarang sudah pun masuk 1 Ramadhan. Petang tadi, untuk mengalu-alukan kedatangan Ramadhan, saya dan keluarga menikmati makanan Arab di kedai makan berdekatan.



Sejujurnya, saya tak pernah menghadiri tarawih pertama selain daripada semasa di SDAR dahulu, itupun rasanya puasa pertama biasanya saya pulang. Makanya, biasanya saya memang tak hadir tarawih pertama. Namun tadi, saya rasa serba salah kerana saya yakin tiada apa sangat pun yang akan dilakukan di rumah nanti. Rumah depan surau je (kalau perasan, kat video diatas dapat dengar speaker surau yang kuat time Ramadhan saja). Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengerjakan solat tarawih. Lagipun, surau di depan rumah saya ni hanya buat 8 rakaat sahaja.

Sebenarnya ini suatu perasaan yang luar biasa, kerana buat pertama kali, kalbu saya bagai benar-benar berkata-kata dengan saya. Saya berjalan mundar-mandir di dalam rumah tadi. Dan sangat mengujakan kerana "dia" bagai bersungguh-sungguh mengajak saya. Macam ada "force" yang menarik saya sebentar tadi. Walau apapun keajaiban yang berlaku, saya bersyukur dan berterima kasih kepada suara dalam hati tadi yang jarang sekali bersuara dan mengajak saya mengambil kesempatan di bulan mulia ini.

Setibanya saya di surau, saya tidak dapat bersolat di ruang utama kerana telah penuh. Senario ini biasa dilihat di awal Ramadhan namun mula pudar menjelang akhir Ramadhan, stesen-stesen televisyen banyak menayangkan program-program menjelang raya yang menarik. Harap-harap tahun ini saya tak terpengaruh lagi.

Ada banyak perancangan yang ingin saya buat di bulan ini, tapi biarlah rahsia dan bila tiba masanya akan anda semua nikmati, insyaAllah...

Sampai sini dahulu, jumpa lagi di lain hari.
Wassalam...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League