Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane.
Entri kali ini ialah tentang ucapan dan kata-kata semangat saya menjelang perlawanan hari Malaysia menentang Singapura untuk kelayakan Piala Dunia pusingan kedua timbal balik kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sebelum saya memulakan entri ini, ingin saya meminta maaf atas kekasaran bahasa pada entri sebelum ini. Pastinya ada segelintir orang berpendapat bahawa saya ini lalang dan sebagainya. Jangan salah faham. Saya kecewa dan menunjukkan apa masalah yang perlu diselesaikan. Samada saya sediakan penyelesaiannya atau tidak, itu perkara kedua. Dengan teguran saya itu, saya berharap pasukan kesayangan saya ini akan meningkatkan mutu persembahan mereka. Jadi, sekali lagi saya meminta maaf, saya akan sentiasa menyokong kalian samada kalian menang atau seri atau kalah. Tapi kalau boleh, biarlah kurangkan kalah ya?
Baiklah, sebagai seorang penyokong, menjadi tanggungjawab kita untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kita. Kepada muslimin dan muslimat, banyak-banyakkanlah doa kita kepada mereka agar mereka berjaya. Saya tak pernah melupakan mereka dalam doa saya. Begitu juga pemain-pemain yang beragama Islam, berdoa dan berserahlah setelah berusaha bersungguh-sungguh. Kalah atau menang itu lumrah.
Sekarang demam bola sepak Malaysia melanda negara dengan penjualan tiket yang habis 60,000 pada hari pertama dan bakinya dijual pada hari kedua dan habis dalam masa dua jam sahaja yang mana mengundang amarah peminat yang menunggu lama untuk mendapatkan tiket dan menimbulkan spekulasi tentang ulat-ulat tiket yang menangguk di air yang keruh. Tak mengapalah, tonton sahaja di televisyen dan bersama mendoakan mereka.
Secara peribadi, saya sebenarnya tak kisah tentang kalah menang, YANG PENTING, pemain-pemain Malaysia mempamerkan persembahan bertenaga dan menarik untuk kepuasan penonton yang MEMBAYAR tiket.
Tentang keputusan, saya rasa TAK MUSTAHIL SANGAT SANGAT MALAYSIA MAMPU MENJARINGKAN BANYAK GOL. Kerana saya melihat bahagian serangan Malaysia berfungsi dengan baik. Namun, ada lagi suara-suara sumbang memperlekehkan kemampuan jentera serangan Malaysia. Katanya, tak mungkin Malaysia mampu menjaringkan gol sebanyak itu. Pendapat saya, kalau kita pegang game, dan midfielder sedap main bola, bola pun cantik je flow dia ke striker, 10-0 pun tak mustahil. Yang menjadi punca kekalahan tempoh hari adalah barisan pertahanan. Tapi tak guna kita ungkit lagi, takut terganggu mental mereka. Mana mungkin serangan kita tak bagus bila kita mampu bangkit setelah ketinggalan 4-1? Tak bagus lagi ke? Agaknya kena tunggu Malaysia menang World cup dulu agaknya baru terpadam pemikiran negatif beliau yang sangat saya hormati itu. Atas dasar profesionalisme, saya tak akan mendedahkan siapa beliau. Dalam permainan bola sepak, ia mementingkan kesefahaman dan gerak kerja sepasukan, naturalisasikanlah Lionel Messi atau Christiano Ronaldo sekalipun, kalau tiada kerjasama, tak menang juga. Percayalah, dari penjaga gol, ke barisan pertahanan, ke barisan midfield hingga ke striker, semua sama penting. Semua gena bergerak sebagai satu pasukan.
Untuk Harimau Malaya, peminat sudah berkorban wang dan masa kepada anda, tinggal anda sahaja perlu menterjemahkannya di atas padang. Akhir sekali dari saya, saya cipta lagu mini khas untuk Harimau Malaya. Harap anda suka. Saya belum mahir bermain gitar dan saya memandang lirik kerana rakaman dilakukan sejurus selepas selesai lagu digubah.Setiap kali kau diuji,
Kau tak gentar 'tuk menghadapi,
Bagai harimau,
Kaulah wira
Berjuanglah demi negara,
Melangkah kaki ke puncak dunia,
Tiada apa yang ditakuti,
Melainkan hatimu sendiri
Tunjukkan kepada musuhmu,
Belangmu yang datangkan gerun,
Musnahkan dia,
D E A D
Setiap kali kau diuji,
Kau tak gentar 'tuk menghadapi,
Bagai harimau,
Kaulah wira
p/s: Skuad Olimpik beroleh kemenangan pertama pada perlawanan pertama mereka pada jelajah Slovakia mereka. Tahniah.
Arashiyama part 2
7 years ago