أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Pada hari ini, dengan rasminya, saya mengunci penggunaan kata ganti nama diri pertama "hamba" dan menggunakan "saya" kembali kerana rasa lebih dekat, dan boleh cakap "kasar" sikit. Hahaha...
Seperti biasa, sebelum saya beradu, saya minum teh chamomile dengan menggunakan "mug" yang saya peroleh dari pertandingan akhir "Bintang Sudirman", ingat lagi? tak ingat tak apa, tak tahu pun tak apa, mug tu sangat berharga bagi saya kerana ia adalah pertandingan luar sekolah pertama saya. So, kalau pecah, patahlah hati ini. Dan seperti biasa juga, sebelum tidur, saya akan cuba "update" blog ini supaya tidak lagi "berhibernasi". Ayuh ke topik kita...
*Update Video "Bersih 2.0 - The Lies Vs The Truth"*
Sambil menaip, saya sedang mendengar berbagai-bagai jenis lagu, berbagai-bagai jenis genre, mula-mula saya dengar lagu V6, dan lagu Jepun lain, kemudian lagu nasyid, anda tonton drama "Kasih Laila"? saya sedang mendengar lagu penutup drama tersebut, ada "Black Eyed Peace", lagu-lagu dari "WWE (World Wrestling Entertainment)". Personally, saya suka lagu Rey Mysterio dan Ezekiel Jackson. Kemudian, ada seleksi lagu-lagu melayu seperti awan nano, dan diakhiri dengan lagu OMG dari Usher.
Apa perlunya saya menaip satu perenggan yang tiada kena mengena langsung dengan topik kita ini? Apa yang ingin saya tunjukkan ialah kita lihat, berbagai genre yang ada di dunia ini, and "that's make the world so beautiful". Perbezaan pendapat adalah lumrah dalam dunia ini. Tapi kita perlu berfikir panjang sebelum kita ingin bertindak. Kita alih ke perenggan seterusnya...
Bersih 2.0 mempunyai 8 tuntutan, anda boleh klik di sini, kalau tidak panjang sangat entri ini. Kerana komen saya bukanlah tentang tuntutan-tuntutan mereka itu, saya tak menentang langsung dengan tuntutan-tuntutan tersebut.
SAYA TIDAK MENYEBELAHI MANA-MANA PIHAK DALAM ISU INI, SAYA HANYA BERADA DI PIHAK YANG DIPERTUAN AGONG SAHAJA (KALAU ANDA FAHAM MAKSUD SAYA).Yang saya ingin tegur tentang perhimpunan ini adalah penyertaan peserta-peserta yang hadir.
Anda (Bersih 2.0) menegaskan bahawa perhimpunan ini aman. Hanya polis dan sebagainya yang menimbulkan provokasi kalau ada. Saya bukan nak menafikan perkara tersebut. Cuma pernahkah anda terfikir bahawa kebarangkalian yang perhimpunan tersebut akan menjadi "kotor" sangat tinggi? Dengan semburan air, gas pemedih mata dan sebagainya. Apa yang saya maksudkan ialah golongan yang lemah seperti anak-anak kecil, wanita dan orang tua sangat "vulnerable" dalam perhimpunan ini. Saya tak kisah kalau perhimpunan ini dijamin 100% tidak akan ada perkara buruk berlaku, tapi lihatlah apa yang berlaku pada bersih yang pertama dahulu. Sepatutnya pihak bersih harus memastikan tiada golongan ini yang terlibat. Kasihankanlah pakcik-pakcik yang ke hulur-hilir lemah tak bermaya itu di bawa naik trak polis. Nak lari pun tak larat. Itu sahajalah "flaw" dalam perhimpunan kali ini.
Sebenarnya saya tak nak komen apa-apa tentang politik di negara ini, saya pun tak tahu mana satu yang betul mana satu yang salah. Yang saya tahu, kita bernaung bawah payung yang sama. Saya masih tertunggu-tunggu bilakah raja-raja yang adil akan mengemudi semula negara ini dari politikus yang hanya mementingkan wang, harta dan pangkat semata-mata. Raja yang kita ada hanyalah raja berpelembagaan. "Take that wheel again", bawa semula zaman kegemilangan melayu melaka, dan zaman-zaman sebelumnya. Mungkin hanya mimpi sahaja kot buat masa ini.
sampai sini sahajalah coretan dari saya, jumpa lagi di entri seterusnya.
hasta luego, mi amigo,
mata ne,
p/s: Jagalah kebersihan negara kita macam Jepun.