Monday, August 1, 2011

Hari pertama berpuasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane

Bagaimana dengan hari pertama anda berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini? Pada pandangan saya, hari pertama adalah hari penyesuaian diri untuk mode berpuasa. Seperti persediaan apa yang perlu dipersiapkan untuk menghadapi rutin berpuasa. Bulan Ramadhan inilah perut kita dapat sedikit rehat dibandingkan setiap hari bekerja untuk kita. Hari ini saya menghadapi dua masalah untuk hari penyesuaian. Pertama, hari ini rasa sangat mengantuk pada sepanjang masa. Kedua, sewaktu berbuka puasa saya telah makan "main course" dan menyebabkan perut penuh dan ingin ber"nyahtinja". Namun, tandas kedua-duanya telah fully booked. Makanya hari ini saya telah terlepas tarawih sebentar tadi.

Perancangan pada hari siang juga banyak yang tak menjadi kerana hari ini Nia yang masih belum sihat sepenuhnya perlu dijaga kerana neneknya tak larat. Juga kerana asyik terlelap menyebabkan apa yang dirancang tak menjadi. Harapannya esok lebih baik.

Sampai disini sahaja entri pendek saya. Jumpa lagi di lain kali.

Wassalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League