Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam satu djiwa buat semua pelawat-pelawat Infinitesane
Di atas permintaan seorang rakan saya melalui laman sosial, saya akan membuat ulasan perlawanan Malaysia XI menentang Chelsea. Walaupun ini bukannya terjemahan bulat-bulat, tapi isinya sama dengan apa yang ada di entri sebelum ini. Ini hanya sekadar pilihan samada ingin membaca dalam Bahasa Inggeris ataupun bahasa ibunda, Bahasa Melayu.
Baiklah, kita mulakan. Ong Kim Swee berjaya menambat hati peminat bola sepak Malaysia, malah ada yang beranggapan kita mampu untuk melakukan kejutan ke atas nama-nama besar di dalam kumpulan kelayakan olimpik London yakni Jepun, Bahrain dan Syria. Namun ada banyak lagi ruang untuk diperbaiki terutamanya ketajaman penyudah penyerang skuad olimpik ini.
Apa kepentingan Ong Kim Swee memanggil beberapa pemain senior di Liga Super? Adakah beliau tidak yakin dengan kemampuan barisannya? Pada pandangan saya, dengan adanya pemain berpengalaman ini akan mengurangkan rasa gemuruh mereka untuk berdepan barisan pemain 5 bintang ini. Kerana bila mental mereka tak kuat, mereka tak akan bermain dengan prestasi sebenar mereka. Selepas pemain-pemain senior menunjukkan kepada mereka bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan dengan pemain-pemain 5 bintang ini, skuad olimpik pun ditukar secara beransur-ansur dan mereka dapat bermain seperti biasa. Hanya risikonya di sini ialah kesefahaman pemain-pemain senior yang baru dipanggil bersama selama 2 minggu agak kurang. Kita dapat lihat banyak hantaran yang tak dapat disempurnakan kerana mereka tak dapat membaca gerakan akan dijana oleh rakan sepasukannya. Namun ingin saya tekankan disini pembabitab S.Subramaniam dan Farizal Marlias serta Norhafiz Zamani Misbah benar-benar membantu. Saya merasakan layak buat Subramaniam untuk menyertai skuad utama kebangsaan sekiranya persembahan malam semalam dapat dikekalkan. Farizal Marlias tidak dapat dinafikan lagi kemampuannya semalam memang terpuji. Nampaknya Malaysia tidak akan ketandusan penjaga gol buat masa ini. Bagaimanapun, saya mengharapkan Joseph Kallang Tie dapat memberi persembahan yang lebih baik dari semalam. Namun saya mengerti bahawa dia belum mendapat keserasian dengan pemain lain dan mungkin juga dia gemuruh.
Selepas skuad olimpik dimasukkan secara beransur-ansur, baru saya nampak "urgency" dalam serangan mereka kerana mereka telah pun bersama selama bertahun-tahun dan semestinya keserasian mereka lebih baik. Cuma seperti yang saya katakan di atas tadi, penyerang skuad ini perlu menggandakan usaha untuk menambah ketajaman mereka dihadapan pintu gol pihak lawan. Dari pemerhatian saya, di Malaysia, penyerang paling tajam penyudahnya hanya Safee Sali. Yang lain bukan tak bagus, cuma belum cukup tajam. Malangnya Safee Sali kini berada di usia akhir 20-an. Tapi tak mengapa, mungkin adik-adik dari skuad ini boleh mendapat tips dari beliau? Ingin saya ingatkan, arwah Mokhtar Dahari telah mendapat pengiktirafan berhubung kehebatannya semenjak beliau berusia awal 20-an lagi. Jadi kepada Harimau Muda, terus lipat gandakan usaha. Tak mengapa kita tetapkan matlamat kita besar. "Terbaik di dunia". Tak salah pun. Lihat bagaimana Tamil Arasu terlepas peluang keemasan.
Berhubung gol kontroversi Drogba; Komen saya biarlah, mungkin benar gol itu tak patut diberi tapi pengadil dan penjaga garisan hanyalah manusia biasa. Itu adat permainan ada kalah menang. Dan adakalanya, tuah memain peranan penting yang dalam kes ini, Chelsea hanya bernasib baik. Lihatlah sendiri, gol atau tidak?
Akhir sekali, berkenaan Yossi Benayoun di"boo" apabila dia mendapat bola. Kerana dia warganegara Israel. Kita memang sensitif dengan isu Israel ini kerana kita sayangkan saudara kita di Palestin yang ditindas. Pada sisi baiknya, rupanya ada kesedaran lagi kita tentang saudara kita di Palestin. Sisi buruknya, kita dipandang rasis pada dunia luar [klik sini]. Biarlah apa mereka nak kata, tapi kalau diikutkan memang kurang adil kita melampiaskan marah kita kepada Yossi Benayoun. Walau bagaimanapun, benda dah lepas, biarkan berlalu. Saya ingatkan orang Israel tak dibenarkan masuk ke negara ini? Hmmm...
Sampai sini sahaja ulasan saya tentang perlawanan malam tadi. Jumpa lagi pada ulasan perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Singapura sekiranya ada permintaan lagi.
Jumpa lagi...
p/s: semua gambar diambil dari dailymail.co.uk, semua video dari sokernet.
Arashiyama part 2
7 years ago