Pelaburan? Wang? Perniagaan? Nampaknya begitu bersemangat manusia apabila mengenangkan laba yang bakal diperoleh. Laju sahaja apabila disebut tentang keuntungan yang berlipat ganda. Namun bagaimana pula dengan pelaburan kita di akhirat nanti? Assalamualaikum dan selamat sejahtera (andai ada yang bukan muslim yang sedang membaca). Saya meminta jasa baik tuan-tuan dan puan-puan untuk membaca post ini sehingga habis. Silalah klik READ MORE...
Kita semua tahu yang dunia ini tidak kekal. Sebaliknya akhirat juga yang kekal abadi. Namun mengapa kita begitu teruja untuk melabur di dunia dan mengabaikan tentang pelaburan kita di akhirat nanti? Mengapa kita cuba sedaya upaya untuk mendapat wang, sijil, dan sebagainya dan cuba untuk mengelak dari melabur untuk hari akhirat? Ingatkah lagi tentang "bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah seolah-olah kamu akan mati esok hari" Cuba fikir-fikirkan yang ini pula,
[Akan terjadi masa dimana umat-umat diluar islam berkumpul disamping kalian wahai umat islam. Sebagaimana berkumpulnya orang-orang yang menyantap hidangan. Lalu seorang Sahabat bertanya: ‘Apakah kami pada saat itu sedikit wahai Rasulullah? “Beliau menjawab: “Tidak. Bahkan ketika itu jumlah kalian banyak. Akan tetapi kalian ketika itu bagaikan buih dilautan. Ketika itu Allah hilangkan dari musuh-musuh kalian rasa segan dan takut terhadap kalian dan kalian tertimpa penyakit wahn. Sahabat tadi bertanya lagi : ‘wahai Rasulullah apa yang baginda maksud dengan wahn itu? , Rasulullah menjawab: “cinta dunia dan takut mati. (H.R.Abu Dawud. Shohih lighairihi)]
Sedarkah anda semua bahawa yang memberi rezeki itu bukannya MLM atau sebagainya, kalau anda berasa begitu, anda telah pun terdedah kepada syirik khufi? Ingatlah, kemewahan adalah salah satu daripada ujian Allah yang berat? Kerana kita mungkin akan dikaburi dengannya dan akan melupakan Allah. Ingat lagi tentang kisah Qarun?
Kisah Qarun juga ada disebut dalam Al-Quran. Selalulah mengingati Allah andainya mendapat rezeki yang melimpah ruah. Allah lah yang memiliki segalanya dan kita hanya meminjam sahaja. Bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambilnya semula. Bukanlah menidakkan urusan keduniaan, tetapi bersederhanalah, bekerjalah bersungguh-sungguh dan beribadatlah dengan sangat bersungguh-sungguh. Ia adalah satu fitrah untuk manusia untuk mencari nafkah, namun betulkan niat agar ia menjadi satu ibadah.
Kesimpulannya, segala yang ada pada kita hari ini, harta, rupa, bakat, kepandaian, dan berbagai-bagai lagi bukanlah milik kita, Ingatlah kepada yang Maha pemberi, Maha pengasih dan Maha penyayang...Saya mengingatkan anda semua dan juga diri saya sendiri. Ingatkan dan betulkanlah saya andainya saya melakukan kesilapan. Saya adalah manusia. Saya sering terlupa dan alpa. Ingatkan saya andai saya melakukan sesuatu dengan berlebihan dan sebagainya.
Sampai disini sahaja warkah saya, Assalamualaikum... dan Mata ne...
Arashiyama part 2
7 years ago