Friday, July 17, 2009

Makan?

Chicken Chop yang selalu dimakan...

Harap maaf kerana tidak menghantar entri sekerap yang biasa, ini adalah kerana saya sibuk menyiapkan cerita pendek saya, memang sudah siap petang tadi, tetapi ada satu 'special feature' yang perlu saya siapkan. Paling lewat saya akan siapkan minggu depan. Kali ini saya ada perkara yang ingin dikongsi daripada rakan saya paling karib melalui emelnya. Pada asalnya, saya bercadang untuk menterjemahkannya dalam bahasa Inggeris, namun saya agak sedikit malas untuk berbuat demikian. Jadi saya hanya akan mengambil bulat-bulat apa yang ditulisnya. Cuma saya menyunting perkataan-perkataan sahaja. Ayat pertama juga tak akan disiarkan kerana tidak mempunyai kaitan dengan tajuk kali ini. Kalau nak baca emelnya, tekanlah 'READ MORE' di bawah sana tu...

Makan yang ebal maksudkan mungkin berkait dengan perbualan kita tentang 'amal' dan kesihatan.
Fakta sangat penting dalam penulisan, fakta juga sangat penting bagi meyakinkan orang lain kepada kita. Orang muda dan berpendidikan sangat mementingkan fakta untuk mereka jadikan panduan. Orang tua-tua dan kurang berpelajaran tidak begitu. Itu sebabnya mereka mudah kena 'goreng' dan mudah tertipu. Tapi sayangnya walaupun kita telah semakin terdedah dengan perlunya fakta dlm sesuatu hal,orang kita masih suka menonton cerita tahyul dan hantu- keliwon umpamanya terus meraih tambahan penonton setiap minggu.

Berbalik kepada makan yang sedang kita bicarakan, apa yang saya pernah nyatakan hanyalah berpandukan pengalaman orang dan pandang-dengar.

Makan tepat pada waktunya dikatakan adalah untuk mengelakkan dari mendapat gastrik. ini ada kaitan dengan kesihatan. Waktu makan yang tidak menentu boleh menyebabkan asid dalam perut tidak seimbang dan boleh menyebabkan masalah kesihatan. Kerana itulah perlu makan pada waktunya walau sedikit. Betul atau salah, ini biarlah ebal check dengan ensiklopedia berkaitan makan/ kesihatan. Secara logik Allah telah menjadikan setiap didunia ini mengikut sistem. Ketepatan masa sangat dituntut. Oleh itu tepat masa makan juga tidak terkecuali dari sebahagian dari sistem. Fikir-fikirkan lah...

Mengikut kata ulama terdahulu, terdapat sunah nabi saw yg menyatakan; berhentilah makan sebelum kenyang, makan bila lapar. Ini menunjukkan satu isyarat bahawa makan perlu dikawal dan dijaga waktu dan kuantitinya. Makan dengan mengikut nafsu semata boleh mendatangkan mudarat. Ianya boleh memberi kesan bukan sahaja kepada kesihatan tetapi juga emosi dan pemikiran. Adalah dikhabarkan bahawa makan yang kenyang akan menjadikan seorang itu lemah pemikiran. Membuatkan dia itu malas dan mudah tidor!
seorang pelajar patut menjauhi dan mengambil iktibar.

Kesimpulannya, makan adalah satu aktiviti yang perlu dipelajari supaya tidak mendatangkan mudarat kepada manusia. Makananlah yang memberi kita kekuatan untuk bergerak dan beraktiviti, beribadah dan menyempurnakan amal; makan juga boleh merosakkan kita. Ikutlah ajaran Islam dalam menguruskan makan kita. wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League