Monday, January 25, 2010

Kisah seorang aku...cubaan

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Saya ingin mencuba sisi baru dalam blog saya ini. Saya ingin cuba untuk menulis cerita. Bukanlah cerita fiksyen. Namun lebih kepada diari. Namun saya cuba untuk menulis seberapa menarik yang mungkin. Kerana saya tahu "nothing interesting in my life in other eyes". Jadi episod pertama ini cubaan sahaja. Silalah memberi feedback kepada saya ya? Macam poyo saje kan tajuk dia?

25/01/2010; 10 Safar 1431 23:23

Sejak akhir-akhir ini, aku sering mendongak ke angkasa. Di siang hari, aku melihat awan-awanan cantik tersusun bagai karya abstrak hasil kerja Allah yang gemarkan keindahan. Malam pula, seawal waktu melangkah ke surau untuk bersolat maghrib, bintang-bintang bergemerlapan cantik berkilau-kilau menghiasi langit dan bulan adakalanya bagai bersinar walaupun bulan itu sifatnya memantulkan cahaya. Ada orang kata, bintang-bintang itu adalah cahaya dari kayangan. Entahlah...tiada yang mustahil dalam apa yang terkandung di langit dan di bumi dan segala isinya. Malah "Mole People" yang dijumpai oleh NASA itupun pasti ada dalam pengetahuan Allah samada benar atau satu lagi propagandanya. Tadi, semasa bertadarus, aku tiba di surah Taha. Lantas pada ayat yang ke-enam bermaksud "Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi." Terasa diri ini kerdil sahaja.

Alhamdulillah...
aku sedang dalam proses transformasi yang bukannya digembar-gemburkan oleh Akademi Fantasia musim lepas. Teringat semasa pergi ke ujibakat AF suatu masa dahulu. Itu nanti aku ceritakan kemudian. Aku sekarang dalam usaha untuk mengekang nafsuku dengan berbagai cara kerana nafsu ini bukan sekadar nafsu makan sahaja, banyak lagi... Malas bangun tidur itupun nafsu juga. Aku ada dengar dengan kekenyangan, akan menguatkan nafsu. Jadi, aku memikirkan untuk mengurangkan kenyang dan aku akan berhati-hati dengan kekenyangan. Jadi kalau ada sesiapa yang ajak belanja makan besar, maafkan aku kerana aku tak mahu kenyang walaupun setahun sekali.

Sekolahku...
Aku ada mendengar sekolah kebanggaan aku, Sekolah Dato' Abdul Razak berjaya menempatkan diri dalam 20 Sekolah Berprestasi Tinggi 2010. Ini senarai sekolah yang berjaya:
1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
3. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

Sumber-Utusan Malaysia Online

Dan Pengetua sekolah aku telah bertukar, Tuan Haji Azam bin Md Atan...eh,silap... dah tukar...Datuk Haji Azam bin Md Atan(Dah dapat Datuk Dah...) telah bertukar ke Sekolah Sains Rembau dan diganti dengan Tuan Haji Zakaria bin Md Zin, bekas pelajar SDAR. Kalau nak dikira sejarah, hubungan aku dengan pengetua itu biasa sahaja, tiada yang istimewa. Biasanya yang terlibat dengan hidup aku adalah guru-guru yang terlibat secara langsung atau tak langsung dengan dunia pentas aku. Rasanya sampai sini dahulu untuk episod ini, boleh aku tengok feedback nanti...

Wassalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League