Tuesday, January 19, 2010

Cool Down... Jom berkenalan dengan bapa saya...


Sebenarnya saya tak tahu apa yang hendak ditulis untuk di'update'. Sekiranya anda sedar(memang anda akan perasan), entri-entri saya semuanya berat-berat belaka. Malah sehingga ada menimbulkan unsur tak puas hati lagi. Setelah dinasihat oleh penasihat saya(saya orang yang keras kepala, batu besar lagi ada atas kepala), iaitu bapa saya, Dia menganjurkan supaya saya "cool down". Inilah tujuan entri ini ditulis. Saya tak digalakkan menimbulkan isu-isu yang terlalu besar gusar ramai tak mengerti. Pada mulanya saya agak berat untuk menerimanya [kerana ancaman musuh-musuh islam semakin rancak dan kita sendiri menerima dengan hati terbuka] maaf kerana terpaksa juga terkeluar isu besar. Tapi saya asingkan dalam kurungan "[]". Akhirnya, setelah saya membuka makin luas mata saya, mata zahir (mata zahir seperti buffer) dan mata hati (mata hati seperti CPU), saya terima juga cadangan bapa saya. Saya ingin berkongsi sedikit ayat-ayat bapa saya untuk pedoman saya dan semua kerana tugas berdakwah ini tugas semua, bukan pihak-pihak tertentu sahaja.
(Untuk baca komen bapa saya, klik "Click here for the rest entry". Ada 7 petikan kesemuanya)

1. "pendakwah sentiasa menghadapi tentangan dan cabaran. harga mahal tentu pembuatnya alami kepayahan. saranan:- kawal diri, empathy dan guna jalan masok [entry point] yg berbeza.
semua ini pengalaman, yg mengajar mematangkan tindakan kita dimasa hadapan.
teruskan mencuba,"
2. "tetapi pada pengamatan ana ebal masih belum dapat mengawal emosi dan ada sikap ibumu, agak memaksa. oleh itu cuba topik lain bagi melepaskan gian menulis. agama dan keyakinan kalau mau dinukil, turunkan pada nota atau dalam buku catatan. pada waktu yg sesuai boleh dipublish. ingat, salah satu jalan masuk syaitan adalah melalui marah. laknatullah ini akan mengapikan perkara baik dan suci tetapi pada lorong yg salah."
3. "inilah maksud ana supaya tulis mengenainya kerana ianya kurang menimbulkan polemik berbanding tulisan direct kepada akidah, hukum dan kesedaran agama. dimana kita belum bersedia secara emosi dan ilmu sekiranya disanggah, diejek dan ditertawakan. pendekatan yg keras eloklah diimplimentkan kpd diri sendiri dahulu dan dakwah melalui tauladan. apabila kesedaran mendekati diri kita, kita berasa tidak sabar untuk melihat semua yg berada disekeliling kita memperoleh hidayah juga."
4. "ebal masih muda kerana itu cepat lenting dan panas telinga. itu sebab ana nasihat ebal tulis pasal lain. alam, sains dan kehidupan. inipun Islam juga. kalau tulis pasal agama direct, pilih tajuk yg kurang polemik. seperti meringkaskan isi kandungan buku agama yg ebal baca. kalau ada yg komen kita jawab rujuklah buku sekian..sekian.. buat diri sendiri teruskan mencari ilmu agama selain ilmu dunia."
5. "yg penting jangan mengikut hati dan emosi. syetan sedang duduk diemosi ebal sekarang. kalau kita ikut, kita telah diperdaya. kalau kita rational dan tenang dgn sentiasa istighfar, syetan akan lari. kalau kita diserang virus, kita akan demam dan batuk, kita sakit. kita mencari ubat. kalau kita diserang syetan dgn mudah emosi dan marah, mengapa meninggalkan ubat; dgn alasan emosi dan marah kita pada perkara benar! sbenarnya sakit kita makin parah.
tenang dan buatlah tahajud. semuga hidayah Allah akan ente perolehi."
6. "dai'e tidak boleh ada rasa kecewa.
ikutlah panduan Nabi saw. baginda sentiasa mengadu kepada Allah swt bagi mendapat panduan sepanjang berdakwah, tanpa kecewa dan bosan. oleh itu mengadulah dalam solat malam, tahajud dan qiamulail. mintalah petunjuk dan bantuan. kerja dakwah adalah perentahNya, pastinya jalan akan dibuka, hidayah akan diberi. yg mesti kita selidiki, keikhlasan tindakan kita."
7. "memang betul bal, suatu ketika oleh kerana telah penat mengajak umat arab masuk Islam tetapi sentiasa mendapat tentangan; Nabi saw telah berdoa supaya mereka diberi hidayah. Allah swt menyatakan bahawa tugas Nabi saw adalah berdakwah, menyeru; sedangkan memberi hidayah adalah hak Allah swt. oleh itu jelaslah ebal tidak boleh dan tidak ada upaya utk memperbaiki orang lain. semuanya kehendak Nya. tugas kita hanya mengingatkan, Dialah yg menentukan berubah atau tidak. cepat atau lambat. teruskan bal, dgn ikhlas dan hikmah."

Itulah dia, 7 petikan komen bapa saya dalam perbincangan saya dengannya. Untuk entri seterusnya, saya masih kebuntuan idea untuk menulis apa. Lagipun, saya pernah terbaca suatu ayat yang menerangkan bahawa syaitan itu duduk diantara orang beriman dan musuhnya. Kalau salah, tolong betulkan. Satu lagi, dahulu, ada pihak yang inginkan pemerintahan berpusat ala-ala khalifah dan diajukan cadangan itu kepada (saya betul-betul tak ingat nama beliau, kalau sesiapa tahu, beri respon). Dia memberi balas bahawa ia belum mungkin akan terjadi bila orang islam itu sendiri menjauhkan dari ajarannya. Maksudnya, nak bikin suatu yang "BESAR PUNYA!!!", kena bermula dari sekecil zarah, kalau ada lagi kecil dari zarah, itulah dia. Jadi, saya akan menyemai dari biji benih sehingga jadi pokok besar untuk kita sama-sama berteduh. Suatu hari nanti, mungkin akan ada sistem khalifah semula bila kita semua bersatu di bawah naungan Allah SWT...

p/s: Saya ada tambah meebo bar di bawah itu untuk sesiapa nak ber-meebo
p/s2: Untuk Abah, Abah memang betul...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League