أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Bila kita sebut tentang perubahan, banyak perkara terlintas di minda lebih-lebih lagi pada ketika ini. Biarlah hamba senaraikan beberapa perkara:
1. Perubahan reka letak(layout) blog ini (hahaha)
2. Perubahan panggilan
3. Isu pilihanraya kampus
4. Kita kena mengubah panggilan mosque kepada masjid.
5. Perubahan waktu memanggil hamba (???)
Semua ini akan hamba huraikan di bawah nanti.
Baiklah...hamba mulakan ya?
1. Anda semua perasan bukan bahawa reka letak blog hamba ini sudah berubah? Jadi 3 kolum gamaknya. Semalaman hamba memerah keringat untuk mengedit kod-kod HTML yang berserabut itu kerana kolum yang paling kanan selalu "terjatuh" ke bawah. Tapi syukur Alhamdulillah berjaya juga hamba mengatasinya. Agak lama juga hamba editnya sehingga anda semua dapat melihatnya sekarang. Okey atau tidak? Ada streaming radio di atas iaitu nasyid fm, tapi malang buat hamba, wifi di tempat hamba telah mem"blok" untuk mendengar streaming radio. Tak mengapalah, kalau hamba balik, bolehlah hamba mendengarnya.
2. Pastinya anda semua dapat mengenal pasti perubahan kata ganti diri pertama hamba yang hamba gunakan. Jangan terkejut, hamba bukannya terlibat dalam apa-apa teater bangsawan walaupun hamba ada pengalaman berlakon di atas pentas ketika berumur 11 tahun. Hamba terfikir mengapa orang dulu-dulu sering membahasakan diri mereka sebagai hamba? Akhirnya hamba berjaya membuat hipotesis (tak semestinya betul kerana hamba tak merujuk mana-mana pun, hanya andaian sahaja). Tapi kalau betul pun tak mengapa. Hipotesis hamba, kerana memang kita ini hamba. Hamba kepada tuhan kita yang satu, satu-satunya yang kita sembah, Allah. Jadi, dengan membahasakan diri kita sebagai hamba, akan mendekatkan kita dengan Allah. Kalau kita letak hamba juga, pertuturan kita akan menjadi sopan. Hamba tak usiklah tentang tatabahasanya kerana tatabahasa dahulu memang cukup berbeza dengan sekarang dan memang hamba tak tahu tentangnya. Maksudnya, hamba hanya mengubah panggilan "aku" atau "saya" kepada "hamba". Tapi hamba akan mengubahnya perlahan-lahan, takut nanti orang ramai terkejut pula nanti. Hamba pun selalu tersasul lagi untuk memanggil hamba. Biasa tersebut "aku" dalam perbualan seharian. Hamba mulakan di blog dahululah ya?
3. Isu pilihan raya kampus. Merata-rata hamba dengar cerita itu ini tentang pilihan raya ini. Jentera-jentera pilihan raya mengedar poster, berarak mempromosikan calon-calon mereka. Bapa hamba ada tanya, tak jadi calon ke? ada beberapa sebab kenapa hamba tak masuk jadi calon. Pertama, syaratnya mestilah mempunyai pointer 3 something which is hamba tak pernah cecah 3 lagi. Ya, hamba tahu, hamba memang belum pandai-pandai lagi. Dan satu lagi sebab, kerana hamba memang tak gemar dengan politik semasa ini. Meskipun hanya sebuah pilihan raya kampus, fitnah tetap ada di blog-blog tertentu. Bukan nak menuding jari kepada sesiapa, malah hamba juga tak tahu pihak mana yang benar. Ini baru peringkat universiti belum peringkat negara lagi. Apa-apa pun, walaupun hamba tak bersetuju dengan demokrasi moden,(pasti ramai tak bersetuju) kalau nak berdemokrasi pun, jagalah cara kita berdemokrasi, jangan guna prinsip Machiavelli tu, ingat matlamat tak menghalalkan cara. Rasuah tu elok ke di sisi agama? Itu semua berbalik kepada individu masing-masing. Untuk mendirikan negara yang stabil dan aman, rakyat dan pemimpin mestilah mempunyai jati diri yang kuat dan tanggungjawab yang tinggi serta kompeten untuk menghadapi dunia luar. Untuk menghasilkan kesudahan yang cantik, kita kena bina dari hal-hal sekecil zarah. Akan dapatkah menghasilkan perubahan yang lebih baik? sama-sama kita nantikan.
4. Hamba ada membaca blog "petikan buku" baru-baru ini, ada menceritakan agar jangan menyebut "mosque" untuk bahasa inggeris. Sebaliknya, gunakanlah istilah masjid kerana mosque itu berasal dari perkataan sepanyol yang bermaksud mosquito."Dinamakan seperti itu kerana saat Perang Salib terjadi, Raja Ferdinand berkata bahawa mereka akan berangkat dan membasmi Muslim "like mosquitoes"(seperti nyamuk-nyamuk). (Dimana lagi mereka dapat temukan muslim dalam jumlah yang cukup besar untuk dibasmi jika bukan di Masjid?)."
Ini ada dalam blog petikan buku tersebut, untuk membaca entri tersebut lebih mendalam dan dari buku mana penulis blog ini memetik cerita tersebut, hamba sarankan anda semua membaca entri penuhnya di sini.
5. Apa yang dimaksudkan dengan perubahan waktu memanggil hamba? Ya, sebenarnya hamba telah membeli nombor telefon baru, namun hamba masih menggunakan nombor lama hamba, tapi hanya di luar waktu pejabat. Nombor baru hamba akan hanya hamba gunakan ketika waktu pejabat dan waktu terdesak sahaja. Tak usah ditanya mengapa nombor baru hanya diguna ketika waktu pejabat kerana ia urusan peribadi, tapi sesiapa yang nak berurusan juga, bolehlah ym hamba sekiranya hamba online. "Indicator"nya ada di sidebar sebelah kanan ini.
Nampaknya, sampai disini sahaja ulasan tentang perubahan-perubahan yang ada di sekeliling. hujung minggu ini, hamba ada dua ujian untuk diselesaikan. Mujur salah satunya "open book test", tapi menurut lecturer, "open book test" lebih sukar. Ujian ini adalah ujian "Object Oriented Programming" dan satu lagi ujian ialah "Operating System" dan hamba perlu untuk menyiapkan lagu untuk junior hamba. Kasihan mereka sebab ada pertandingan awal bulan 3 nanti. Hamba ni dah macam bapa kepada kumpulan nasyid sekolah hamba, tak boleh tengok mereka susah. Dan hamba sayang mereka. Hamba memang tak ber"couple", tapi cukuplah sayang hamba kepada kumpulan nasyid sekolah hamba.
Arashiyama part 2
7 years ago