Thursday, January 14, 2010

Bukan Fiksyen

Denai-denai...Lorong-lorong...
Semua telah mereka sediakan,
Kau pula menyambut mesra
salaman mesra mereka

Aku buka laluan baru
Namun sepi dari sambutan
Jalan mereka itu fiksyen
Tapi ramainya yang memilih sana

Indahnya sains
Kolotnya agama
Mawar indah ditabur di denainya
Jangan sampai terpijak durinya

Merekalah Ahli Fiksyen
Merekalah menghasilkan fantasi realiti
Menjadikan kita mempercayai
realiti itu relativiti

Mereka memperbodohkan kita dengan cara terhormat
Mereka membuat kita tak percaya diri sendiri
Mereka membuat kita sangat perlukan mereka
Mereka membuat kita tak lagi mempercayaiNya

Di mana DIA?
Mengapa DIA membiarkan kita sengsara?
Apakah tidak kita disayanginya?
Inikah bukti cintaNya?

Wahai teman, apakah benar kau mencintaiNya?
Kalau nak dicintai, mengapa tak mencintai?
Berani kau meragui cintaNya?
setelah berkali kau curang kepadaNya?

Kau beruntung kerana DIA Maha Pengampun,
Masih kau ragui cintaNya?
Pernahkah kau menerima cinta tanpa menguji kesetiaan?
Pernah kau tertanya inikah ujian kesetiaan cintaNya?

Kepada DIA yang nyawaku di tanganNya,
Andai syurga tempatku kelak,
Berilah kekuatan untuk melepasi ujian-Mu,
Andai neraka tempatku kelak,
Selamatkanlah aku dengan hidayahMu...

Rabu 23:59
27 Muharam 1431H
13 Satu 2010M
JM5/9

Ini nasib je kalau ade orang tekan click here for the rest entry. Benda ni aku tak tahu sangat nilai keseniannya cuma apa yang boleh aku katakan, masih belum sampai tahap bapa aku lagi...ini cuma luahan hati sahaja...sebab aku tengok ramai orang-orang yang dah jadi macam orang-orang di sawah. Diam saja...ikut saja...malangnya, kebenaran telah tertutup dari pandangan mereka gara-gara mereka sendiri. Sama-samalah kita fikirkan dan sentiasa berfikir...

p/s: entri ini dihantar pada pukul 00:00...cantek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League