Aku adalah insan yang sedikit berbeza berbanding dengan insan lain,namun aku bukan insane...
Aku punya minat yang mungkin tak ramai di sekitar ku yang juga punya minat sedemikian,
Tapi itu bukanlah penghalang sesuatu ukhuwah itu,
Namun, sebuah penghalang telah terbina dan dibina oleh manusia sendiri,
Mengapa ini semua terjadi,
berlaku ketidakadilan dalam sesebuah perhubungan,
Dalam sebuah ikatan (persahabatan dan yang lain-lain berkaitan...), kita harus sedar bahawa orang lain bukanlah diri kita,
Jadi kita perlu menerima dan menghormati apa yang disukai, bukannya menyindir atau mengejek dengan harapan dia akan mengikut telunjuk kita...
Itu bukan caranya kawan...
Aku cakap kerana aku meminati artis-artis jepun dan pada masa yang sama, aku turut meminati artis tempatan,
Hujan emas di tempat orang, Hujan batu di negeri sendiri, Lebih baik di negeri sendiri...Namun perbezaan ini dijadikan bahan jenaka, aku tak nampak mana point nya disitu...
kalau begitu, kenapa sinetron-sinetron yang berlambak-lambak di kaca televisyen itu tak dijadikan bahan jenaka?
Renung-renungkan dan fikirlah sendiri...