Saturday, October 24, 2009

PENGUMUMAN!!!

Kepada semua ahli nasyid Sekolah Dato' Abdul Razak samada yang masih belajar di sekolah tersebut atau tidak...Ada satu pengumuman untuk anda semua...

Jikalau ada apa2 lagu atau apa sahaja yang ingin diberi, saya telah membuka satu akaun mediafire. Bolehlah anda memuat naik(upload) di situ.
Anda juga boleh bertanyakan soalan dan nak request lagu ke... ke alamat emel nasyidsdar@live.com

Untuk pertanyaan password dan username akaun mediafire tersebut, anda bolehlah menghubungi saya melalui emel diatas, ym atau sms saya.(bagi yg dah tahu nombor saya)

Janganlah sesekali kita terputus hubungan...mana tahu boleh buat konsert ke satu hari nanti...chewah...

Bagi2lah apa2 cadangan ke apa2 ke...janganlah keluar sekolah terus senyap...

Ini adalah link shared folder untuk persembahan2 kita dan junior2 kita...
Klik untuk ke link persembahan

Baca lagi>>

Baru...banyak gambar (New...many picture)

Assalamualaikum...
Sebenarnya ini juga sebuah entri pendek, kerana tidak banyak cerita pasal baru yang ingin disampaikan. Jadi entri ini juga banyak gambar dan tidak banyak perkataan. Sepertimana yang anda semua dapat lihat, saya telah menukar layout blog ini. Ada komen? Ini adalah gambar saya dengan ahli kumpulan saya. Kasihan mereka yang terlindung muka mereka yang kacak dek kerana kotak-kotak entri ini. Tapi yang paling kacak, yang kiri sekalilah... Kalau nak tengok gambar asal dan bersaiz asal, klik sahaja gambar kecil di welcome note diatas. Ia akan terbuka di tab yang baru dan anda tak perlu right-click mouse anda. Disini ada beberapa gambar saya dan ahli kumpulan saya. Maaf, gambar gelap dan tak cantik. Kamera murah.


majlis makan malam tahunan tingkatan 4 2005 batch 02'6(tulisan kat belakang tu)





Seterusnya, pada hari Khamis lepas, semasa berkunjung ke masjid kampus induk UTHM, ada pula dipamerkan model untuk masjid baru UTHM. Cantik juga. Teruja juga saya dibuatnya, sempatkah saya bersolat di dalam masjid baru tersebut? Sebut pasal masjid, teringat saya pada masjid sekolah saya. Bagaimana agaknya? Saya pernah beraksi di situ.









Ini sahaja gambar masjid sekolah yang berjaya saya jumpa di internet

Apa lagi ya? saya dah kehabisan idea untuk menulis perkara-perkara baru ini. Itu sahajalah untuk kali ini...
Jumpa lagi...

English Version

Actually this is suppose to be a short entry, because not many new things that I want to tell you about. Plus, this entry also has many picture and not too many words. As you can see, I've changed this blog layout. Any comments? This is a picture of me and my nasyeed group. Pity to them because their handsome faces was blocked by this entry boxes. But the most handsome among them surely the left one... If you want to see the original picture and the original size, do not hesitate to click the little picture in the welcome note above. It will open in a new tab so you don't have to right-click the picture. Here I put some of our pictures. Sorry, the picture is not good. Use cheap camera. [you have to see all the picture at Malay version, sorry]

Next, last Thursday, when I went to the UTHM main campus mosque, there are a new mosque model displayed there. Quite nice, umai...getting me excited. Will I manage to pray in that mosque? When talk about mosque, I remember about my school mosque. How are they? I've been there... [My school mosque is the last picture]

What else? I don't have any idea to write this new things anymore. That's all for now,
See you again...
Hasta Luego...
Mata ne...
Wassalam...
Baca lagi>>

Wednesday, October 21, 2009

Entri pendek: buku... (Short entry: Books...)


Gambar bapa saya di biliknya...
Saya sedang kebosanan...ceritalah sikit tentang buku saya... Baru-baru ini, saya membeli lagi buku baru: Masjid itu hidupku. Bertambah lagilah koleksi buku-buku saya. Saya ada lampirkan gambar diatas katil saya dengan katil bapa saya. Inilah kot yang dikatakan "bapa borek anak rintik"...(Borek apa? rintik apa?)
p/s: Buyut, aku dah apply popular card...


English Version
Now I'm a little bit bored, so I would like to tell you about my books. Lately, I bought a new book entitle: Masjid itu hidupku(Mosque is my life). Seems like my books collection are increasing. I attach pictures of my bed and my father's bed. I think this is what they called "Like father, like son"...
p/s: Let's learn: Book(English)=Buku(Malay)=Hon(Japanese)=Libro(Spanish)...

Baca lagi>>

Monday, October 19, 2009

Ada apa dengan cinta?


Seperti yang dijanjikan pada entri sebelum ini, entri ini bertajuk "ada apa dengan cinta?". Beberapa minggu lepas, saya dan rakan-rakan saya ditanya dengan soalan apa itu cinta dan sayang. Sebelum mengulas lanjut...

saya sebenarnya agak sibuk dengan berbagai tugasan. Saya sedang mencuri masa untuk menulis blog ini. Disini juga saya ingin memberi pesanan. Saya sering memberi nasihat dan pesanan dalam blog saya. Tetapi tak bermakna saya adalah seorang yang sempurna. Semalam, saya ada menyertai program permata 09, dan dalam salah satu modulnya ialah membina negara(ini secara kasar sahaja, nak cerita, panjang), Saya dengan ahli kumpula pun buatlah negara dalam masa yang sangat singkat. Kemudian, kena beri nama pula. Saya yang sedang "blank" pun berilah cadangan Lemuria. Lemuria ni adik-beradik Atlantis. Kemudian semasa pembentangan, saya pun berilah ulasan yang berbagai. Kemudian, abang fasilitator pun berilah kesimpulan. Mengapa saya letak nama Lemuria? Kenapa bukan lebih islamik? kemudian dalam carta organisasi pula, ada jawatan ketua agama pula di bawah ketua negara(saya pula yang jadi ketua agama). Ini tak sepatutnya berlaku, saya sendiri yang menginginkan negara yang betul-betul islamik, tapi sebaliknya berlaku. Kena batang hidung sendiri pula. Ini menunjukkan saya sendiri juga ada melakukan kesilapan. Dan saya mengaku itu memang silap saya. kepada orang yang sentiasa rasa kena sound dengan saya, saya sound benda betul pun. Bukan nak cari kesalahan kamu sahaja, kita ini umat yang dipuji Allah dalam Al-Quran, kerana kita sentiasa mengajak kepada kebaikan dan menjauhkan dari keburukan. Kalau saya silap pun, tegurlah saya. Tapi selagi saya tak mengajak kepada kemaksiatan atau membuat maksiat, tak perlulah rasanya sedaya upaya mencari kesalahan saya rasanya. Selalunya, mereka-mereka ini saya selalu tegur dalam bab solat berjemaah dan ber'couple' ini. Akhirnya, berbalik kepada topik.

Bila saya ditanya tentang cinta dan sayang banyaklah pendapat daripada rakan-rakan saya. Keluarlah ayat-ayat berbunga mereka. Bagi pendapat peribadi saya, sayang adalah rasa yang patut diberi kepada semua orang di muka bumi ini selagi mereka tidak mengganggu kita. Cinta pula adalah satu rasa yang istimewa kepada sesuatu. Saya harap anda faham ayat saya. Saya ada pernah mendengar ada ayat sahabat saya bahawa sebelum kita mencintai seseorang, lebih baik kita mencintai penciptanya. Janganlah kita dengan bangganya menyatakan kita cinta kepada Allah hanya terzahir di bibir. Saya sendiri malu nak mengaku itu. Betul ke kita cintakan Allah? Sanggup ke kita melakukan apa sahaja untuk Allah? Kita sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang kita cinta. Saya cintakan pasukan nasyid sekolah saya. Saya sanggup lakukan yang apa sahaja yang termampu untuk mereka. Saya tak pasti pihak sekolah tahu atau tidak, itu tak penting. Yang penting, mereka dapat menyampaikan sesuatu yang berkualiti. Namun, bila saya pergi sekolah, kerani sekolah sering menegur saya tentang lagu baru saya atau apa sahaja tentang nasyid. Maksudnya kehadiran saya masih dirasa oleh sekolah walau hanya cahayanya malap. Berbalik kepada persoalan tadi. Saya sendiri malu untuk mengaku mencintai Allah sepenuh hati. Banyak suruhannya kita sentiasa lengah-lengahkan. Saya malu. Apa yang termampu, saya cuba mencapai tahap keredhaannya dan mendamba cintaNya. Itulah yang terbaik. Kita sering memberi hadiah kepada orang yang kita cinta, tapi pernahkah kita ikhlas dalam membuat suatu ibadat sunat agar menjadi lebih hampir dengan Allah SWT? Saya malu...

Bila saya memperkatakan ini, mesti ada orang ingat saya tak mementingkan cinta manusia kan? saya masih memerlukan orang yang akan ada disisi saya dalam perjuangan saya menemankan saya sampai hujung nyawa. Cuma apa yang saya tak setuju, budaya 'couple' ini. Couple tak wujud dalam islam. Apa sahaja ayat-ayat baik dan keislaman seperti dah solat atau belum dan sebagainya adalah jarum-jarum syaitan. Nak tahu lebih lanjut, klik sini. Islam suruh kita jangan menghampiri zina, hampir pun tak boleh, kita tak berzina pun lagi. Lagipun, zina ini banyak pecahannya. Sedangkan bertunang pun batas-batasnya sama seperti ajnabi, apatah lagi yang belum bertunang. Bertunang atau khitbah adalah untuk mendapat persetujuan untuk berkahwin atau untuk mengikat seseorang itu dari berkahwinlah, dan berkenalan lebih rapat dan sebagainya. Janganlah kita tertipu dengan tipu daya syaitan. Syaitan itu pandai dan licik, ingat dia tak tahu ke pasal hukum-hukum dalam agama ini? mereka juga pandai memanipulasikannya. Hati-hatilah dengan musuh kita yang nyata ini...kita ini banyak yang masih jahil lagi... Disini saya nak berkongsi dengan anda cerita tentang seorang rakan saya(Afif, aku cerita ya untuk renungan semua). Umurnya sama dengan saya. Dan tahun depan dia hendak berkahwin. Sekarang dia bekerja sebagai pegawai tadbir di masjid Kuala Kubu Bharu, dan nak dijadikan cerita, bapa pihak perempuan yang offer anaknya kepada rakan saya ini. Hebat tak? saya tak tentang pun dia ini. Ilmu agama pun tinggi, sudah bekerja. Memang memenuhi kriterialah ni. Saya ni, tak ada ke bapa-bapa nak offer anaknya kepada saya? Gurau saja. Saya tak jatuh hukum sunat pun lagi untuk berkahwin kerana ilmu saya tak cukup dan tak mampu untuk memberi nafkah. Tapi seandainya saya mencukupi kriteria-kriteria tersebut, barulah saya mencari jodoh saya. Allah itu maha Penyayang. InsyaAllah saya juga akan mendapat pasangan suatu hari nanti seandainya umur saya masih panjang. Biarlah saya sentiasa berdoa agar dikurnia isteri yang solehah, taat(dan pandai masak). Untuk mendapat isteri yang solehah, kita kenalah jadi seorang yang soleh kan? Allah itu maha adil.

Panjang pula post kali ini. Sampai sini dululah kot, nak buat bahasa inggeris pun kena fikir beberapa kali, panjang sangat. Baiklah, saya berhenti dulu. Nanti nak curi tulang lama-lama tak baik pula...
Wassalam...
mata ne...
Hasta Luego...
Baca lagi>>

Wednesday, October 14, 2009

Setahun Infinitesane bertapak... (Infinitesane 1 year existance... No English version)


th_BlogWidgetcopy.jpg


اسلام عليكم
Hari ini sudah genap setahun kelandar matahari Infinitesane bertapak di sini, sekarang sudah pukul 01:29 a.m, baru balik dari perbincangan untuk pembentangan pukul 08:00 nanti... Oleh itu, saya mahu tidur, dan akan melengkapkan entri ini selepas kelas, sebelum itu, ini adalah entri pertama di Infinitesane, saya akan cerita nanti...
First Infinitesane Entry
Bersambung...
Baiklah, setelah setahun bertapak di sini, saya ceritalah serba sedikit asal usul blog ini...Klik Read More

Sekiranya anda ada membaca entri pertama blog ini, sudah pasti anda dapat mengagak kenapa terwujudnya infinitesane ini pada mulanya, iaitu kerana pensyarah Introduction to IT menyuruh pelajarnya membuka sebuah blog sebagai tugasannya, oleh itu, dengan izin Allah, terwujudlah Infinitesane ini, pada mulanya, saya hendak meletak nama blog ini infinitebox, tetapi sudah ada orang yang mengambil nama tersebut, saya ada juga membuka blog tersebut, tetapi blog tersebut berbahasa cina dan ialah infinite china, mungkin menceritakan tentang china. Dan dengan diizinkan Allah juga, Dia memberi ilham untuk saya menamakan infinitesane. Nama ini lebih straight-forward berbanding infinitebox, kerana infinitebox terlalu abstrak. Malahan meskipun pengisian blog ini semakin berubah hari ke hari, ia masih relevan dengan nama infinitesane tersebut.

Infinitesane sebagai wadah perjuangan saya

Sane bermaksud waras, apa dapat saya lihat dalam diri saya dan sekeliling, kita masih belum cukup berfikir. Wahyu pertama yang diturunkan kepada junjungan besar kita, Muhammad SAW, adalah Iqra'. Iqra' disini bukanlah sekadar membaca sahaja. Malahan lebih dari itu. Kita mestilah berfikir dan mengkaji apa sahaja yang ada di langit dan di bumi. Ada satu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Abu Hurairah r.a. sebagaimana berikut,
"Berfikir satu saat adalah lebih baik daripada beribadat 70 tahun."
Disini bukanlah bermaksud kita harus berfikir sahaja. Ibadat lain masih perlu dilakukan juga, maksudnya disini, dengan berfikir, kita akan dapat merasa nikmat yang dipinjamkan oleh Allah, kita dapat merasa kebesaran Allah dan meningkatkan rasa kasih kita kepada Allah. Apa yang terjadi sekarang di sekeliling saya dan termasuk diri saya, kalau dalam bahasa kasarnya, kita tadah sahaja apa yang orang lain beri. Dalam entri merdeka saya, saya ada beritahukan yang kita sudah ditipu oleh saintis-saintis barat? Epal hijau dikatakan perosak jambatan antara dua bahagian otak(saya juga telah tertipu, bapa saya yang betulkan), Makan organ dalaman itu baik untuk kesihatan, walhal organ dalaman ibarat penapis yang menapis segala toksin dalam badan, makan organ dalaman bermaksud menambahkan toksin dalam darah. Nak tahu, boleh baca
Post ini, ia bukan dari blog saya, dari blog Lajnah Penerangan & Dakwah Pas. Ia tak ada kene mengena dengan politik ya, kita ambil ilmu sahaja. Kita di Malaysia ini, politik 24 jam. Itu kemudian saya cerita. Dah menyimpang sikit dah ni.

Tak apa, kalau dilihat arus orang muda, saya ni kira menongkah aruslah seperti saya tak setuju dengan budaya 'couple', sangat tak setuju dengan rokok dan sebagainya. Istilah "Kita masih muda, kenalah enjoy." Istilah tu bertentangan dengan Islam. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara? Antaranya muda sebelum tua. Sultan al-fateh, penakluk konstantinople ketika menakluk konstantinople, dia baru berusia 21 tahun. Saya sekarang sudah pun berusia 20 tahun. Jadi perjuangan saya adalah untuk cuba sedaya upaya untuk menyedarkan orang ramai tentang hal ini. Saya tahu ia sangat sukar untuk cuba mengubah sesuatu luar dari kebiasaan. Semalam, semasa saya buat perbincangan di rumah rakan, saya lihat biliknya ada poster(sebenarnya kain) bergambar tengkorak yang dicucuk 2 pedang. Dia tulis stylo. Saya tak tahu nak kata apa. Dan mereka akan berasa janggal sekiranya unsur islamik dimasukkan dalam diri mereka. Inilah yang ditakuti, islam sekular. Nanti saya ulas. Biarlah sampai nafas terakhir pun, tak akan berubah perjuangan saya. Teringat saya lagu intro ciptaan saya sempena persembahan terakhir saya dan kumpulan saya sebagai pelajar SDAR 6 hari sebelum SPM

Pagi dan petang, siang juga malam,
Hatiku takkan berubah,
Walau rintangan datang melanda,
Kan ku gagahinya jua...

Perjuanganku takkan terhenti, selagi nafasku tak terhenti.

Biar berkali tersungkur, ku kan berdiri lagi,
Ku kan tabah mengharungi, dengan iman di hati,
Moga perjuangan diberkati Allah,
Diberi hati yang tulus dan suci,
Perjuanganku takkan terhenti, selagi nafasku tak terhenti.


Agaknya Atif, Azim ngan Jeadi ingat lagi tak lagu ni?

Sebagai penutup, saya berdoa agar semakin ramai pengunjung mengunjungi blog saya, tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Itulah sebabnya saya juga ada menulis blog ini dalam bahasa inggeris. Saya menulis dalam bahasa inggeris kerana ingin orang negara lain faham apa yang ingin saya sampaikan walaupun sangat tak ramai pengunjung dari luar negara, tapi masih ada. Biasanya orang tulis dalam bahasa inggeris ini kerana nak memperbaiki bahasa inggerisnya tapi bukan saya. Saya tahu grammar English dalam blog ini berterabur. Tapi saya harap mesejnya sampai, insyaAllah... Itu yang lebih penting... Itu sahajalah...entri selepas ini: Ada apa dengan cinta?
Mata Ne...
Hasta Luego...
Wassalam...
Baca lagi>>

Sunday, October 11, 2009

Entri yang tidak dijangka... (Sorry, no English this time.)

السلام عليكم
dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada sahabat dan taulan yang berada di mana sahaja. Sebenarnya, saya ingin membiarkan entri ini selama beberapa hari. Tetapi pada komen ke-3 pada entri sebelum ini, saya bercadang untuk menghantar juga post ini sekarang. Kewujudan blog persatuan keluarga Sakijan Saamah. Tak apa, nama Jawa pun Jawalah. Memang kita berdarah Jawa, nak buat macam mana? Saya tak sangka pula ada blog tersebut. Saya dah ada jenguk dan singgah ke blog tersebut. Dan di entri terkini, ada menyebut tentang blog ini. Domo arigatou... tetapi, saya cuba nak komen, tak dapat. Macam mana tu? juga kalau boleh letaklah chatbox... simple tapi bagi saya pengisiannya adalah sangat penting, oleh itu sangat penting untuk menentukan warna tulisan agar dapat dibaca. Dan saya dapat membacanya. Okey la tu...cuma masalah komen dan chatbox perlu dibaiki. Kalau kawan-kawan nak singgah pun apa salahnya. Tapi yang utama adalah dengan wujudnya blog itu, kita taklah "berjauhan" walaupun jauh di mata. Nanti saya letak link dia kat bawah ni...Ada pengumuman juga nak beritahu di sini, saya setelah sekian lama berehat dari berkarya, saya akan membuat 3 penamat bagi cerita "senyumanku untukmu"... atas permintaan dari jauh, yakni dari Amerika, saya buat jugalah... walaupun sebenarnya saya tak bercadang membuat penamatnya...juga lagu baru dari saya untuk team nasyid SDAR yang sekarang sedang dikepalai oleh form 1 saya, lagu yang bertajuk SEDAR... Korang tunggu je...
Persatuan Keluarga Sakijan Saamah
kliklah kalau nak lawat...


Baca lagi>>

Laporan raya saya...(English version below)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada sesiapa sahaja pengunjung InfiniteSane. Sepatutnya minggu lepas saya nak update blog saya. Tetapi, nampaknya tidak diizinkan Allah, saya demam agak berat Sabtu dan Ahad lepas. Lepas itu, seminggu saya rasa malas hendak postkan entri di blog ini. Alhamdulillah, hari ini saya sudah sihat. Rasulullah ada bersabda: "Demam adalah luapan Neraka Jahannam, oleh itu dinginkan ia dengan air" (Riwayat al-Bukhari). Semoga saya diberi kesihatan agar dapat menunaikan ibadat dengan selesa.

Baiklah, intro dah selesai, sekarang saya nak teruskan dengan apa yang saya nak laporkan iaitu kisah-kisah syawal, walaupun hari ini ialah 22 syawal 1430. Tapi seperti yang saya ceritakan, banyak kisah yang berlaku pada cuti hari raya lebih kurang 2 minggu lepas. Sebelum saya terlupa, saya terpaksa menggunakan huruf rumi kerana rakan-rakan sebilik mengadu tidak dapat membaca kerana ada yang keluar "coding" atau petak sahaja. Saya agak terkilan sebenarnya. Tetapi tak mengapalah, saya akan letakkan juga jawi, tetapi tidak banyaklah. Sekadar "pengingat". Itulah nasib jawi. Sepatutnya setiap komputer atau komputer riba yang hendak dijual di Malaysia mestilah boleh membaca dan menulis jawi didalamnya. Sekarang zaman komputer. Jadi, jawi juga perlu bergerak seiring dengan kemajuan teknologi. Okey, lari topik lagi.

Pada hari sabtu, 29 ramadhan 1430H, saya tiba di rumah saya kira-kira dalam pukul 3 rasanya, sebaik sahaja saya masuk ke dalam rumah, abang dan adik saya sedang mengemas rumah. Kakak saya sedang mengemas bilik, dan macam biasalah, ibu saya sedang memasak di dapur. Sebaik sahaja saya menunaikan solat zuhur, saya terus bergegas mendapatkan tangga di belakang rumah. Pada malam sebelum itu, saya ada chatting dengan kakak saya, katanya "balik ini jangan lupa bersihkan kipas". Itulah yang saya lakukan. Saya pun bersihkan kipas. Selepas itu, saya ada tolong sikit-sikit mengemas dan memasang langsir baru, bapa saya ada mengatakan bahawa "Rasa macam nak menangis saja sebab sudah bertahun-tahun langsir di rumah tidak bertukar, macam tak percaya saja". Tahun-tahun sebelum ini hanya bergilir-gilir dengan langsir tahun sebelumnya. Jadi agak lain sedikitlah raya tahun ini. Gambar saya ada, tapi saya tak dapat meletakkan di sini sebab adik saya berpakaian seksi, dan tidak menutup aurat. Jadi saya tidak mahu letakkan dia di sini. Malam itu, pengumuman raya menyebut, raya pada esok hari.
Berjaya jumpa gambar solo saya
1 Syawal 1430H. Yang ini saya boleh sertakan gambar. Pagi 1 Syawal di Klang memang penuh. Penuh dengan warga Bangladesh. Kali ini lebih ramai dari tahun sebelumnya. Semasa saya sedang duduk di surau tersebut, terlintas di fikiran saya untuk belajar bahasa Bangladesh. Keluarga Pak Long dari Johor turut bersolat di sana. Sebelum berangkat ke kampung sebelah ibu saya,(hanya di Sementa, Kapar masih dekat Klang lagi) kami seperti biasa bermaafan di pagi raya dan pada masa yang sama, dapat duit raya dari yang telah bekerja.(bapa dan abang saya) Selepas itu, kami beraya di Sementa.
Minta Maaf dengan abah
Minta maaf dengan mak
3 Syawal beraya di kampung Pasir Panjang, 5 Syawal beraya di Sungai Buaya, 7 Syawal tengok abang saudara bertunang. Itu sahaja boleh saya laporkan, saya sekarang sedang berasa terkilan atas sebab-sebab tertentu, nanti entri seterusnya saya cerita. Assalamualaikum dan jumpa lagi.

English version

I'm sorry because in this version, I will only write a summary about my Aidilfitri report up there. And if you already notice, I've put new gadget at top of the sidebar, so that if there is any malay or other language you don't understand, you may find the meaning.
Okay, intro paragraph, I supposed to post this entry a week ago, but I have a heavy fever on last weekend.But now I'm well. I hope and pray for my well so that I can perform ibadah with comfortable.

1st paragraph, I have to wrote this in roman letter since a few of my friends computer cannot identify the letter, only boxes and coding were appeared. Since this country is claimed as a Islamic country, they should provide a computer that compitable with jawi alphabet in each of computer sold in Malaysia.

2nd paragraph, story about a day before Aidilfitri. I went home that day and do some chores with other family member.

3rd paragraph, 1 Syawal, many Bangladesh worker pray at my place until there is people didn't manage to solat there because it is too full. I wish I can speak Bangladesh. My uncle's family was also solat at my place, after that we forgiving each other and visiting my mother's kampung at Sementa.
Get "Duit Raya" from my father
Ask forgiveness from my mother
4th paragraph, 3rd Syawal visiting my father kampung at Pasir Panjang, 5th Syawal visiting my uncle at Sungai Buaya (literally mean "crocodile river", Kowai ne...), and 7th Syawal attending my cousin's engagement ceremony. That's all I can report, now I'm feeling a little down on a few reason. I will story that later in my next entry. Assalamualaikum and see you...
Ask forgiveness from my oniisan

p/s: Once again, I've put new gadget at top of the sidebar, so that if there is any Malay or other language you don't understand, you may find the meaning. Baca lagi>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League