TAHUKAH ANDA?
Bila jepun datang menjajah tanah malayu, mereka belajar untuk menggunakan bahasa melayu. Bila mereka tahu untuk menggunakan bahasa melayu, lebih mudah untuk mereka menjajah tanah melayu. Bila mereka berjaya menawan tanah melayu, mereka menyemai budaya untuk menyanyi lagu jepun dan sebagainya.
Itulah juga cadangan saya untuk melayu menakluk dunia. Untuk melayu dipandang tinggi oleh bangsa-bangsa lain di dunia ini. Dengan itu, saya bersetuju bahawa PPSMI dimansuhkan. Tetapi bukannya menyeluruh. Belajar di kelas dalam bahasa melayu tetapi juga mempelajari istilah saintifik yang digunakan menyeluruh di seluruh dunia.
JATI DIRI?
Apakah itu Jati diri? Jati bermakna sejati asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg. sebenarnya. Jati diri bermakna identiti diri, keperibadian diri yang masih utuh dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian situasi.Saya sangat bersetuju bahawa Orang melayu kini telah semakin terkikis Jati dirinya. Tetapi adakah pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris itu yang menghakis Jati diri? Untuk meningkatkan jati diri, adalah sesuatu yang perlu untuk memberi penekanan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga Sejarah. Mungkin kedengaran agak kejam tetapi itu adalah asas dalam pembentukan seorang warganegara yang sayangkan dan cintakan negaranya. Adalah sesuatu yang sangat menyedihkan apabila bahasa melayu tidak diamalkan di tanah yang dinaungi oleh orang melayu. Begitu jugalah kesedihan yang dialami oleh saya yang bersub-etnik jawa apabila bahasa jawa tidak di praktikkan di rumah saya dan apabila ditanya samada seorang jawa, saya agak segan untuk mengaku orang jawa apabila tidak tahu bertutur dalam bahasa jawa(ha.ha..ha..). Ia seperti kekurangan sifat. Dalam hal ini penjaga juga memainkan peranan dalam menyemai jati diri seorang anak itu. Jati diri terpupuk dari pengaruh persekitaran sebenarnya. Jadi jati diri bukanlah persoalan dalam hal pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
BAHASA MELAYU?
Bahasa Melayu adalah bahasa yang sangat indah, apabila saya berkarya, saya sangat selesa untuk menggunakan Bahasa Melayu kerana bahasa melayu sangat Dinamik, Fleksibel dan macam-macam lagi. Saya tertarik untuk mempelajari berbagai-bagai bahasa kerana untuk memikat hati mereka-mereka yang hendak saya tawan. Untuk memartabatkan bahasa melayu yang indah ini, saya perlu mengetahui apa sahaja tentang orang lain. Bayangkan apabila Saintis-saintis Melayu dijadikan rujukan, dan bahasa melayu digunakan dalam hasil kajian mereka, bukankah mereka akan merujuk kepada bahasa melayu?(Dewan Bahasa dan Pustaka). Bila kita berfikir keuntungan jangka masa panjang, kita mungkin akan mengalami sedikit kerugian dalam jangka masa pendek, tetapi bukankah itu pelaburan yang berbaloi? Memang Berbaloi....
SAYA?
Dalam masa sekarang ini, saya lebih selesa untuk berkarya dalam bahasa melayu, namun mungkin juga saya akan cuba berkarya dalam bahasa-bahasa lain demi untuk menembusi pasaran mereka. Akhir sekali, TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA
That's all,
Ijou desu,
Sekian sahaja...
Arashiyama part 2
7 years ago