Tuesday, November 15, 2011

Falsafah Ilmu, Di manakah cinta?


Gambar hiasan dari sini

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane

Topik kali ini sedikit berat tapi agak penting untuk saya jelaskan kepada anda semua dan menyatakan pendirian saya tentang subjek ini.

Rasanya ramai saudara mara saya yang mengetahui(rasanya) saya tidak menghabiskan pengajian saya di Universiti Tun Hussein Onn dalam bidang Teknologi Maklumat atau lebih dikenali sebagai IT. Namun tidak ramai kenalan saya yang tidak tahu, lebih-lebih lagi yang jarang bersua. Samada saya akan berdolak-dalik atau saya akan menjauhkan diri. Maka dengan entri ini harap dapat menjelaskan kenapa saya menjauhkan diri dari anda semua terutama buyut(bukan nama sebenar).

Sekiranya anda dari laman utama, sejurus anda klik "Baca lagi", harap anda dapat membaca entri ini sehingga habis agar tidak timbul salah faham.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari surah Al-baqarah ayat 31 yang bermaksud:

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.”
(Sumber)

Sebaik penciptaan Adam, Allah SWT telah mengajarnya ilmu. Ilmu segala istilahnya. Tapi itu ada pendapat lain yang lebih mendalam tentang ilmu segala. Saya tak berani membincangkannya kerana saya tidak arif tentang bidang-bidang kesufian ini. Kalau salah, bahaya.

Apa yang saya ingin sampaikan, dengan kasih Allah, DIA memberi ilmu sebagai rahmat kepada Nabi Adam A.S. Makanya, ilmu itu ialah rahmat yang sangat berharga.

MALANGNYA, apakah penghayatan ilmu ini kepada umat zaman yang ini? Ingin saya kecilkan skop kepada Melayu yang Islam. Dahulunya orang Melayu disinonimkan dengan Islam, tapi kini tidak lagi. Kembali kepada topik kita, saya percaya zaman kini orang ramai, dalam subjek saya orang melayu sebab saya duduk serumah dengan melayu dan persekitaran saya melayu.

Apa yang dapat saya lihat (kebanyakan) mereka masuk ke Universiti dan berusaha bersungguh-sungguh bukanlah kerana cintanya mereka kepada ilmu, malangnya kerana sekeping kertas mahal yang bernama Ijazah. Mereka percaya dengan sepenuh hati bahawa dengan kertas tersebut masa depan mereka akan terjamin, hanya dengan kertas tersebut rezeki mereka terjamin. Mereka lupa Allah yang mengizinkan pokok itu tumbuh lalu diproses menjadi kertas dan menjadi Ijazah. Mereka lupa Allah lah yang memberi rezeki kepada pokok itu untuk terus hidup. Mereka juga lupa yang Allah lah yang memberi rezeki kepada semua makhluknya, termasuklah kita. Disebabkan kertas itu jugalah, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk meniru dan menipu. Saya tahu kerana saya juga salah seorang dari yang demikian. Saya pernah meniru dan menipu (bukan ketika peperiksaan, saya tak pernah menipu semasa peperiksaan) untuk mendapatkan hasil yang bagus agar mendapat angka untuk diisi di ruangan CGPA. Saya tidak rasakan percikan cinta kepada ilmu semasa itu kerana hanya inginkan kertas ijazah tersebut. Saya rasakan tekanan (bad pressure) untuk strive di Universiti. Saya tidak meletakkan "cinta" dalam hasil kerja saya. Maka dari itu, saya mengambil keputusan untuk berhenti sebelum cinta itu hilang. Saya tidak kemaruk (atau dalam bahasa kasarnya, tak hadap) untuk memakai jubah konvokesyen tersebut kerana benarkah SEMUA orang yang memakai jubah tersebut "berilmu"? Saya tak berani jawab.

Yang di sekolah juga sama, janganlah diajar untuk belajar kerana untuk sekadar dapat banyak A, ajarlah mereka untuk belajar sebagai tanda kesyukuran, ajarlah mereka untuk mencintai dan menghayati ilmu dan bukan sekadar untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Ada dua jenis keputusan cemerlang, robotik dan insani. Cemerlang robotik ialah cemerlang yang seperti robot, apabila diprogram untuk melakukan sesuatu, dia "achieve" sesuatu. Cemerlang insani ialah cemerlang seperti selayaknya manusia, manusia mempunyai hati dan perasaan, kita ada "tendency" untuk membuat perubahan untuk menjadikan sesuatu itu lebih baik. Jadi apabila kita cemerlang dan berjaya sebagai manusia, kita akan lebih bersyukur dan menjadi manusia yang betul-betul berguna. Believe me, human is much better than robots. Bagaimanapun, istilah robotik dan insani adalah ciptaan saya sahaja. Sebagai analogi sahaja.

Semasa zaman gelap (Dark Age) di eropah, ilmuan Islam sangat menyerlah ketika itu. Mereka cintakan ilmu dan menemui banyak penemuan yang menjadi rujukan dan digunakan sehingga kini. Antara yang terkenal ialah Algebra hasil kerja Al-Khawarizmi (sumber). Asalnya ia dari perkataan Al-Jabr yang bermaksud gabungan (sumber). Masa-masa itu, Islam sangat disegani oleh orang lain. Lihat sahaja Islam di zaman ini, berkuantiti tapi tak berkualiti. Ingin saya tegaskan disini, saya bukannya klaim yang diri saya ini bagus, saya ini masih banyak lagi yang belum tahu. Siapalah saya ini, "belajar sampai SPM je..." Disini ingin saya ingatkan sahaja, jangan ingat anda sudah ada Ijazah anda dah bagus atau pandai. Jangan assume orang lain itu bodoh bila tidak berkelulusan. Istilah "belajar sampai SPM je..." tu perlu diperbetulkan. Memang saya berkelulusan hingga SPM sahaja, tapi bukanlah bermaksud saya tidak belajar. Mana anda semua tahu saya tidak belajar? Anda semua tahukah buku-buku yang saya beli? Hidup ini satu pembelajaran, pengalaman itu satu pembelajaran. Tiada istilah "dah habis belajar". Saya selalu terpaksa guna istilah itu bila orang tanya. Nanti saya akan dianggap "poyo" pula bila saya berfalsafah. Sudahlah tiada kelulusan, nak berfalsafah pula.

Saya, secara peribadi masih belajar. Banyak bidang. Tak perlu rasanya saya nak show-off di sini sebab saya belajar mengikut "pace" saya sendiri. Tiada yang paksa. Saya rela.

Kesimpulannya, cintai ilmu, ikhlaslah dalam mencari ilmu, jangan berhenti mencari ilmu. "Ilmu suluh kemajuan" "Ilmu tangga kejayaan" bukan "Ijazah suluh kemajuan" atau "Ijazah tangga kejayaan".

Sebelum saya mengundur diri, INGIN SAYA BERI PENEGASAN DISINI, saya bukanlah anti-ijazah atau anti-universiti, cuma saya tak suka tujuan ilmu itu di salah ertikan. Saya juga ingin menghabiskan ijazah saya dalam bidang yang SAYA CINTAI.

Mungkin orang ramai akan kata yang saya hanya menulis ikut perasaan sahaja. Percayalah, kalau saya nak menulis ikut perasaan, minggu lepas saya dah tulis tentang ini. Saya dah berfikir panjang dan inilah pendapat saya. Saya tak lah melabel orang berkelulusan ini bodoh, cuma saya ingatkan, jangan ingat orang tak berkelulusan itu bodoh...

Saya lemah,
Saya belum cukup pandai,
Saya undur diri,
Wassalam, See you later, Hasta luego.

K-Tea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League