أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Hamba sebenarnya dalam pembikinan untuk entri seterusnya, kerana hamba memang sedang dalam mood malas-malasan lagi. Namun, kerana terbaca entri rakan hamba yang ini, hamba buat juga entri boleh dikira pendek ini.
Seperti kita semua tahu, untuk penganut ajaran kristian, mereka menyambut krismas sempena hari kelahiran Jesus mereka. Kita juga boleh menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW yang kita cintai walaupun pada zaman Rasulullah SAW tiada pun sambut hari kelahirannya, namun bersederhanalah. Dengan sambutan ini, sama-samalah kita mengingati manusia yang paling kita sayangi dan sama-samalah kita banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita. Sampai di sini sahaja entri pendek ini, nantikan entri seterusnya beberapa hari sahaja lagi dari sekarang. Hamba tinggalkan anda dengan lagu track pertama dari album terbaru Mirwana: Bumi akhir usia yang bertajuk "Muhammad SAW (The Arrival)"