Thursday, February 4, 2010

Akhirnya, lagu SEDAR siap... (updated)

Akhirnya...At last...siap juga lagu baru untuk pasukan nasyid Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR) yang bertajuk SEDAR...kali ini, saya mengambil masa yang sangat lama untuk menyiapkan sebuah lagu, belum pernah saya mengambil masa berbulan-bulan untuk menyiapkan sebuah lagu. Sebenarnya memang susah untuk kembali berkarya kerana saya memang sudah lama tak aktif membuat lagu. Untuk lirik lagu ini, anda kena klik "click for the rest entry". Kalau anda ada idea dan pandangan tentang lirik lagu ini, anda nak ubah sikit ke lirik dia...dipersilakan...tapi bilangan suku kata bagi tiap-tiap baris tak boleh lari...mesti sama...kalau boleh especially warga SDARians bagilah pandangan...tapi lagunya saya tak boleh lampirkan lagi kerana saya pun belum 'combine'kan lagu dengan lirik...Jadi silalah beri komen dan pendapat...saya akan terus mencuba membuat lagu...

SEDAR

Hidup ini sementara
Bila tiba waktunya
Adakah kita bersedia

Oh, Perjalanan hidup ku singkap
Segalanya hitam dan kelam
Namun syukurku kepadaNya
Ku temui jalan semula
Awan gelap berlalu akhirnya

Oh, Kesilapan ku pengajaran
Lantas ku jadikan pesanan
Engkau aku haruslah sedar
Agar tak berlaku semula
Kini ku harap tak kau lakukan

Ya Allah jangan palingkan kami
Setelah kau beri hidayah
Sesungguhnya telah kami sedari
Inilah mainan dunia

Kembalilah ke pangkal jalan
Bukan jalan yang sesat
Jika percaya Ilahi
Takkan kau terhenti
Harumnya wangian kasturi
Harum lagi syurgawi
Kami tak ingin sedar sendiri
Ku tak ingin jadi orang yang rugi

Oh, Kesilapan ku pengajaran
Lantas ku jadikan pesanan
Engkau aku haruslah sedar
Agar tak berlaku semula
Kini ku harap tak kau lakukan

Ya Allah jangan palingkan kami
Setelah kau beri hidayah
Sesungguhnya telah kami sedari
Inilah mainan dunia

Kembalilah ke pangkal jalan
Bukan jalan yang sesat
Jika percaya Ilahi
Takkan kau terhenti
Harumnya wangian kasturi
Harum lagi syurgawi
Kami tak ingin sedar sendiri
Ku tak ingin jadi orang yang rugi
Kami tak ingin sedar sendiri
Kami tak ingin jadi orang yang rugi

Apa erti saudara
Kitakah kerugian

Pencinta Ilahi
Iqbal Nasir 23:54
16 Zulhijjah 1430


p/s: Baiklah, hamba dah upload lagu ini buat junior2 hamba, boleh download di sini. Maaf, ia password protected. Hamba kasi orang tertentu sahaja untuk memuat turun. Lirik pun boleh dimuat turun di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League