Post ini asalnya aku nak buat dwibahasa, tapi macam panjang sangatlah... (I'm sorry there is no translation for this post, but this post is really interesting. Go and find Malay translator...hehehe...)
Macam mana nak aku mulakan...
Baru-baru ni aku ada baca blog rakan se-batch dulu masa kat SDAR(Kotok, kalau ada yang kenal), dia bercerita tentang betapa rindunya dia semasa di SDAR. Aku juga ingin berkongsi cerita yang hampir sama dengannya, cuma kepada orang-orang tertentu sahaja(tapi bukan gay ye, mentang-mentang la aku sekolah lelaki...). Aku nak bercerita tentang perjuangan aku semasa di sekolah dulu. Tapi aku rasa lebih tersusun kalau aku letak "sesuatu" di depan tiap ayat.
Aku masih ingat, semasa masih mentah, kita dipertemukan ,atas dasar hormat pada senior kita bekerja bersama, tanpa sasaran, tanpa matlamat, arahan hanya dituruti.
Aku masih ingat, persembahan pentas kita yang pertama, pentas dipenuhi dengan ahli kita yang ramai, mendendangkan lagu "kawan" dengan hanya aku yang jadi 2nd voice kerana aku seorang sahaja yang ada asas koir (terima kasih cikgu Zahari).
Aku masih ingat, pertandingan daerah kita yang pertama. Kita hanya berusia 14 tahun sahaja ketika itu. Tanpa jurulatih, kita bawa lagu "Kawan" dan lagu pertama ciptaan aku, "Akhlak Mulia Wawasan Negara". Kelakar betul ketika itu kerana aku nak menafikan lagu itu lagu aku kerana sungguh tak sedap. hahaha... tapi aku masih ingat rhytm "akhlak mulia wawasan negara".
Aku masih ingat, lagu kedua aku, semakin baik dari sebelumnya, "Kisah Kalamullah".Terima kasih kepada Firdaus Mahani yang menolong aku menulis lirik. Aku jadi semakin semangat untuk mencipta lagu. Namun untuk pertandingan nasyid antara kelas, aku masih menggunakan lagu2 Cikgu Zahari yang aku claim sebagai lagu aku (Sorry Cikgu Zahari).Aku nak budak2 kelas semangat je.
Aku masih ingat, ahli kumpulan kita semakin berkurangan menjadi 5 orang dan kemudian masuk pula Firdaus Mahani menjadikannya 6 orang.
Aku masih ingat, betapa stressnya aku kerana kekurangan komitmen daripada lead vocal kita, Jeadi.(Jangan marah ye Jeadi...). Dan untuk pengetahuan kamu, air mata pertama aku yang pertama kali tumpah di bumi SDAR ialah ketika zaman itu. Yang paling penting...
Aku masih ingat, semasa kita berumur 15 tahun, kita telah berjaya mencipta hit terbaik kita, "Khulafa' Ar-rasyidin". Mana mungkin aku lupa lagu tu yang ade orang yang mahu membelinya dan aku tanpa berkompromi terus menolak tawaran tersebut. Lagu itu bukan aku cipta untuk mereka, aku cipta untuk SDAR. Percayalah, lagu tu masih diguna pakai untuk junior2 kita bawa ke pertandingan. Mereka guna percuma sahaja, tanpa sebarang bayaran. Sebenarnya lagu itu aku buat untuk menegur secara sinis kepada orang2 yang menyalahguna kuasa yang diberi.
Aku masih ingat, bagaimana aku terpaksa membuat keputusan untuk menggugurkan Firdaus Mahani demi untuk kebaikan bersama. Dia terlalu tone deaf. Sumbang yang keterlaluan.(Sori Daus..) Tetapi mujurlah Daus seorang yang baik dan mampu menerima keputusan majoriti kita. Mana mungkin aku lupa ayat2 mengapi2kan Daus yang dilafazkan Atif dalam perjalanan pulang ke Dorm selepas solat maghrib. hahaha...
Aku masih ingat, sejurus selepas "pemecatan" Firdaus Mahani, kita berjaya mendapat tempat ke-3 dalam daerah kita dan sekolah lain mula memandang kita dengan serius walaupun ketika itu aku sakit tekak dan buat kesilapan ketika part solo aku (aku ingat lagi...). Lebih-lebih lagi, ketika itu SMAP Labu sedaerah dengan kita. Aku pun telah berjaya menyelami sedikit sebanyak tentang 3rd voice menerusi pendengaran dan pengamatan daripada lagu2 berharmoni yang aku dengar dan aku ajarkan kepada Atif.(asalnya Firdaus)
Aku masih ingat, bagaimana sekali lagi aku terpaksa membuat keputusan untuk "memecat" ahli yang paling setia, komitmen, tak banyak songeh dan lain-lain lagi iaitu Hanif Asyraf. Aku terpaksa Nep, bukan aku nak. Suara kau terlalu rendah frekuensinya menyebabkan getaran yang terjelma dari speaker terlalu kuat. (Nep, sori ayat aku kasar sangat...). Maka kini tinggal empat sahajalah kita.
Aku masih ingat, Miss Azie ketika itu cuba mengambil alih selaku guru nasyid. Miss Azie memang seorang yang baik, namun aku rasakan aku tak satu arus dengannya. Mana mungkin aku lupa yang aku merajuk tak mahu masuk pertandingan gara-gara Hasnur Hakim. Malah aku tak ingin mendengar persembahan itu, maksudnya datang tengok pun tak mahu. Tetapi aku masih mengizinkan lagu aku digunakan. Pagi hari pertandingan itu, aku berselisih dengan Miss Azie tapi tak tegur pun. Akhirnya SDAR dapat tempat ketiga. Orang cakap kalau aku ada, mesti dapat nombor 2. Bagi aku kalau aku ada ke,kalau nak dapat nombor 3 tu, dapat jugak.
Aku masih ingat, hubungan kita semakin rapat selepas itu kerana susah senang kita bersama. Mana mungkin aku lupa, kita main ragbi kat parking lot time orang lain prep malam sebab nak tunggu dewan clear. Aku tak mungkin lupa yang kita duduk kat apartment guru pasal dapat line buat latihan time cuti (yang ni aku tak berapa pasti). Tapi masa di apartment tu aku ingat lagi aku buat lirik sambil dibantu oleh Azim. Itu aku takkan lupa beb. Kau kena baca post ni juga sebelum kau "fly to India". Tapi lambat lagi, bulan Ogos. Aku ingat lagi aku asyik tanya kat kau "Okey tak bunyinya(suku kata) ni?" Kau pula berkata "Okey, okey, okey...". Kenangan manis tu bro.
Aku masih ingat, kita selalu langgar peraturan sekolah dengan balik dorm lambat sebab praktis kat dewan sampai Cikgu Sahak suruh 'clear', baru kita 'clear'. Pastu kita buat bawah dewan tu port praktis kita pula. Kalau dulu tempat tu sarang lipas, sekarang budak2 junior cakap dah jadi sarang ular dah pun (mak aih...). Aku ingat kita selalu berangan nak buat studio rakaman kat SDAR untuk budak2 nasyid.
Aku masih ingat, kita nak kumpul lagu2 kita, nak buat album(ke...aku sorang je yang nak). Tapi sori, banyak lagu yang aku tak ingat. Sebab rakaman2 pertandingan dan persembahan kita banyak dah hilang. Aku pun tak pasti kat mana aku cicir, aku pun rasa macam nak nangis je mengenangkannya. Kita juga ada berangan nak buka bisnes bersama.
Aku masih ingat, kita keluar duit sendiri nak beli baju melayu yang seragam la kononnya, tapi akhirnya, 2 pasang je yang sama, maksudnya, nanti kat atas pentas tu ada 2 design la...
Aku masih ingat, airmata aku tumpah lagi di bumi SDAR ketika tahun akhir di situ iaitu ketika berumur 17 tahun. Semuanya gara-gara aku gagal mengawal tekanan emosi sehingga Atif terasa hati dan ingin menarik diri dari kumpulan ini. Sori sangat2 Atif. Aku rasa lepas tu dah reda sikit kot marah2 aku ni sebab takut Atif lari lagi, kau rasa macam mana Atif?
Aku masih ingat, sampai ke tahun akhir kita tak merasa jadi juara.
Aku masih ingat, sampai persembahan terakhir kita, barulah HM(pengetua) nak puji.
Tapi bagi aku itu semua bukanlah keutamaan sebenarnya. Hidup ni ada babak2 masing2. Babak2 kita bersama sukar dan suka menjadikan kita lebih matang. Sekarang masing2 sedang mengejar laluan masing2. Babak itu sememangnya sedap kerana cukup manis, masin, masam, pahit dan sebagainya. Harapan aku janganlah babak2 itu disunting kerana tidak lengkap kisah kita. Aku, selagi pasukan nasyid SDAR memerlukan aku, aku sedia menghulur apa yang termampu,(duit tak mampu lagi...). Budak2 junior kita pun dah dapat merasa tempat pertama sebab SMAP Labu dah tak sama daerah dengan SDAR. Tapi masih menggunakan lagu "Khulafa' Ar-rasyidin" dengan lagu baru aku, "Ke sana".
Semasa menaip ini, air mata bergenang je. Betul la apa yang Kotok cakap kat Blog dia. Masa di SDAR, asyik nak balik sahaja. Tapi bila dah tinggalkan SDAR rindu bukan main lagi. Jeadi, aku tahu kau masih bergiat aktif dalam nasyid kat U kau. Atif, tak berapa nak dengar cerita. Azim, tahniah sebab jadi One of the best student kat tempat kau. Aku tahu kau memang hebat. Dari penyanyi biasa, aku tukarkan kau jadi bassist.
Aku masih ingat, Jeadi yang suka datang lewat training, Atif yang suka lepak kat bilik PA System, Azim yang bijak dan dedikasi, Hanif yang tak pernah merungut pasal training, aku tak pernah lagi dengar Hanif merungut pasal training, bergurau banyak la...kalau aku cakap ada training je, mesti dia kata "Oh, okey..."dan Firdaus yang sentiasa bersemangat.
Aku tak akan lupa....
Aku? Dimana kaki ini menuntunku, di situ lah aku berada.Member aku selalu tanya kenapa aku dah tak join nasyid kat U aku ni, jawapannya adalah kerana koranglah yang terbaik pernah aku ada.....
Dan buat budak2 junior pula(kalau ada yang baca blog ni la), janganlah korang hilang semangat...
Sabtu, 25 April, 4.56 a.m
p/s: buat budak2 nasyid yang ada baca post ni, pergilah infinitesane group, linknya kat post sebelum ni, aku ada bertanyakan sesuatu...
Rakaman Persembaha... |
*ni rakaman persembahan terakhir kita setakat ni kat SDAR. Kalau nak download lagu ni dgn lagu ke sana, silalah ke infinitesane group, klik je gambar kat post sebelum ni @ klik gambar kat tepi kanan page ni kat bawah gambar kaler ungu2 tu... Baca lagi>>