Showing posts with label Berkat Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Berkat Jumaat. Show all posts

Friday, May 18, 2012

Cabaran Guru Zaman Ini


Assalamuaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane. Selamat datang ke "Berkat Jumaat" minggu ini.

Sejujurnya saya tiada idea untuk menulis kali ini dan saya seperti yang saya beritahu dua entri sebelum ini, saya sedang mengerjakan "sesuatu". Mujurlah ada khutbah Jumaat setiap minggu dan memastikan setiap minggu ada topik yang boleh dikongsi bersama. Saya agak sedikit kecewa apabila khutbah yang dibicarakan kali ini adalah tentang hari guru. Tiada masalah pun tentang khutbah itu, cuma saya sudah pun menulis entri tentang hari guru di "Wednesday Wonder".



/*Entri ini akan lari dari topik, tetapi pada bahagian AKHIR sekali, barulah kembali kepada topik. Harap maklum.*/

Sekali air bah, sekali pantai berubah. Inikan pula manusia. Walaupun maksud pepatah ini tidak terlalu tepat dengan apa yang saya ingin kongsikan, tapi maksudnya HAMPIR sama. Contoh termudah, kalau dahulu, rotan adalah perkara yang normal bagi seorang guru, tidak lagi buat masa sekarang. Kini, ada sahaja pelajar dipukul atau dirotan, pastinya guru tersebut akan berdepan masalah.

Kalau dahulu, budaya "ragging" adalah perkara biasa bagi pelajar di sekolah berasrama, tapi kini tidak lagi. Disini ada dua perspektif, orang yang me"rangging" dan orang yang di"ragging". Kedua-dua perspektif ini telah berubah. Kalau dahulu, orang yang me"ragging" berbuat demikian untuk mengajar orang yang di"ragging" supaya menghormati pelajar senior. Sedikit tolakan, pekikan adalah perkara biasa. Tapi kini, orang yang me"ragging" tidak lagi berbuat demikian atas sebab-sebab di atas. Dan istilah "ragging" tidak lagi boleh dipakai. Mereka membelasah tanpa belas kasihan terhadap orang yang dibuli. Biasanya juniorlah. Yang di"ragging juga telah berubah. Kalau dahulu, bila tahu sahaja dia di"ragging", mereka akan akur dan hormat kepada pelajar senior. Kini tidak lagi. Mereka akan melawan bila di"ragging". Mungkin ini juga sebabnya kenapa dia akan dibelasah oleh pelajar senior. Dan, bila dia dibelasah, pastinya pihak yang bersalah akan ditujukan kepada pihak yang membelasah.

Saya berpengalaman dan berada di era transisi apabila perubahan ini berlaku. semasa tahun pertama saya di sekolah asrama, tiada masalah dalam "batch" saya tentang "ragging" ini. Malah ada sesetengah warden tak begitu ambil peduli dengan budaya "ragging" ini kerana ianya tidak berbahaya. Dan kami juga hormat dan tak melawan berdepan senior. Kami satu batch pernah ditahan selama berjam dibawah terik mentari di gelanggang tenis di hari ahad sebelum dilepaskan untuk outing. Saya secara peribadi, pernah dipegang di kaki dalam keadaan tergantung kepala bawah di ketinggian satu tingkat di masjid. Saya semasa berumur 13 tahun, tidak berfizikal orang yang berumur 13 tahun. Mungkin fizikal saya dalam umur 10 tahun. Jadi memang saya dah biasa dilakukan sebegitu, malah disebabkan saya peminat wrestling, saya lebih kepada "go with the flow". Saya pernah di"tombstone" semasa saya di sekolah rendah dan pernah dihimpap beramai-ramai oleh budak dorm secara suka-suka. Walaupun saya sering melihat iklan "Don't try this at home".

Kembali ke topik, apabila saya menjadi senior, tiada lagi rasa hormat kepada senior. SAYA TAK KATAKAN SEMUA, tapi adalah beberapa kes. Ada kes pelajar dibuang hanya kerana menampar pelajar junior. Batch saya memegang rekod (ketika saya masih bersekolah, sekarang tak tahulah) pelajar paling ramai dibuang sekolah dalam batch. Ada beberapa belas, saya tak ingat. Tapi bukan semuanya kes pukullah.

Jadi, apa kena mengena dengan guru pula? Cabaran guru masa kini ialah untuk juga merevolusi kaedah dan "approach" mereka kepada murid-murid zaman ini. Dahulu internet bukanlah perkara penting dalam hidup manusia, kini tanpa internet manusia akan merasa kosong dalam hidup mereka. Dan dalam internetlah berbagai-bagai informasi samada baik mahupun buruk boleh didapati. Carilah metode untuk menyampaikan ilmu dengan berkesan. Janganlah menjadi guru yang hanya memenuhi silibus dan buku teks. Jadikanlah ilmu yang disampaikan itu berkesan dalam hidup mereka. Saya sering dan biasa dengar, apa yang kita belajar di sekolah atau universiti, bukannya akan diaplikasi sepenuhnya dalam hidup. Jadi, ajarkanlah juga mereka untuk hidup.

Sampai disini sahaja, jumpa lagi esok, InsyaAllah.
Hasta luego,
Mata ne,
Wassalam.

dari,
K-tea.
Baca lagi>>

Friday, May 11, 2012

Mother's Day: Ibu kini?


Imej diambil dari sini

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane. Moga-moga dapatlah kita "Berkat Jumaat".

Hujung minggu ini, hampir seluruh dunia akan menyambut dan merayakan ibu mereka dan menjadikan ahad pertama bulan Mei sebagai hari ibu. Saya tak ada masalah tentang perkara tersebut. Ibu memanglah sepatutnya dihargai atas pengorbanan dan susah payah mereka membesarkan kita. Walaupun saya bukanlah anak yang baik dan sering menghampakan mereka, namun saya tahu susah payah mereka. Cuma mungkin mereka tak tahu yang saya tahu tentangnya. Tapi itu tak penting.



Kita dengar dulu lagu


Semua orang tahu betapa pentingnya ibu dalam sejarah manusia. Malah Rasulullah sendiri banyak kali menekankan tentang pentingnya ibu dalam hidup manusia. Dalam hadis banyak disebut tentang kepentingan ibu dalam hidup manusia. "Syurga di bawah tapak kaki ibu" dan banyak lagi.

Namun, melalui berita yang kita dengari sejak kebelakangan ini, ianya sangat kurang enak didengari dan dilihat. Melalui sebuah video yang berlegar luas di internet, seorang ibu memukul anaknya sendiri tanpa belas kasihan. Dibawah ini adalah pengakuan orang yang mengambil video tersebut bahawa dia tidak bersubahat dan terdapat sedutan video tersebut dalam klip video di bawah ini.


Saya sejujurnya tak pernah menonton video tersebut dari mula sehingga habis. saya hanya melihat sedikit sedutan semasa di berita dan di klip video di atas. Tak sampai hati saya menonton video tersebut. Video yang seronok saya tonton adalah video di bawah ini. VIDEO NIA! Bayi memang begitu fitrahnya. Mereka belum faham apa yang boleh apa yang tidak. semua benda nak dimasukkan dalam mulutnya, semua nak dirasa. Lagi dimarah, lagi dibuat. Tapi itulah budak...sekadar info, perkataan budak jangan disebut kepada orang di indonesia, kerana maksudnya lain, rasanya maksud budak dalam bahasa Indonesia hamba. Kalau salah betulkan. Jom tonton video Nia. Dah terlalu banyak video Nia saya ambil...


Baca lagi>>

Friday, April 20, 2012

Fitnah Facebook

Assalamualaikum dan selamat datang ke "Berkat Jumaat" hari ini. Hari ini saya akan mengambil sedikit sahaja masa anda kerana saya jangkakan bahawa entri hari ini tidak panjang.

Bila saya katakan fitnah facebook pada tajuk entri kali ini, mesti anda terbayangkan tentang fitnah-fitnah orang terhadap orang lain. Yang mampu memporak porandakan hidup orang lain. Namun kali ini bukannya itu fitnah yang saya maksudkan. Yang saya maksudkan kali ini adalah fitnah daripada syarikat facebook itu sendiri!



Semalam, semasa saya selesai mengupload video Santino Marella di facebook (sini), saya ingin melihat hasil upload saya. Namun begitu, mata saya tertarik kepada iklan di bahagian kanan facebook "interface". Saya terkejut apabila nama Zoru Sama, iaitu rakan serumah saya dahulu ada disitu. Yang lebih mengejutkan saya, ianya adalah iklan arak! (Heineken) Rakan saya itu sudah tentu seorang muslim. Namun, namanya di facebook bukanlah berbunyi arab. Ianya lebih kepada Jepun(?). Oleh sebab itu, mungkin facebook sewenang-wenangnya menggunakan nama rakan saya itu untuk menjana keuntungan. Lihat sahaja gambar dibawah sebagai bukti:


Lihat di bahagian iklan di sebelah kanan



Gambar close-up


Lagi dua nama itu adalah rakan facebook saya yang bukan beragama Islam. Tetapi saya masih tak dapat menentukan kesahihannya bahawa mereka klik "like" pada page "Heineken" tersebut.

Sejujurnya saya sangat kecewa dengan tindakan facebook ini. Di mana agaknya boleh saya laporkan perkara ini?


"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian dan berlindung denganMu daripada Al-Masih Dajjal".


Sampai disini sahaja entri saya, jumpa lagi esok InsyaAllah.

Jumpa lagi,
Wassalam.

dari,
K-tea.
p/s: Doa selepas membaca tasyahud akhir sebelum Salam diambil dari sini
Baca lagi>>

Friday, April 13, 2012

Agama = Bahan gurauan?: That Effing Show...

Assalamualaikum dan selamat datang ke "Berkat Jumaat".

Ingat tak saya pernah cakap pasal agama yang dijadikan bahan gurauan? Tak ingat? tak apa, boleh klik kat sini. Tiga minggu lepas pula, saya ada menulis entri tentang "Cinta Itu Sepatutnya Indah" yang mana saya jelaskan Islam tak pernah melarang manusia mencintai sesama manusia. Tetapi, Islam melarang berdua-duaan kerana ianya menghampiri zina. Makanya itulah sebabnya ada sesetangah Ulama' mengharamkan sambutan valentine, namun untuk menjadi adil, saya gelarkan istilah "sangat tak digalakkan". Bukan sahaja kita meniru sambutan orang agama lain yang menjadi sebab kita sangat tak digalakkan menyambut valentine. Kalau nak meraikan kasih sayang, buatlah semasa ulang tahun perkahwinan sebagai contoh. Dan bukti yang saya katakan dalam entri tersebut ada dalam entri ini.



Valentine Day. Anda fikirlah sendiri betapa jahilnya mereka mempermainkan agama sendiri


Silalah baca lagi untuk dua lagi video siri "That Effing Show" ini.

"That Effing Show" ialah sebuah siri di youtube yang mengupas isu semasa dan menjadikannya bahan gurauan untuk menyindir perlakuan-perlakuan manusia yang aneh ini. Saya sebenarnya menyukai siri ini kerana sering menyindir ahli-ahli politik, perlakuan-perlakuan kita yang patut kita betulkan. Saya puji dari sisi itu. Saya juga perasan peringatan yang diberitahu semasa awal setiap episod dalam video tersebut. Tetapi, sebagai seorang Muslim, Adab bergurau yang utama ialah:
Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a.w-dari sini


Berikut adalah dua episod lagi sebagai contoh. Satu episod dari yang ini okey yang mana menyentuh tentang isu homoseksual, nanti saya jelaskan di bawah.

Isu Erykah Badu


Isu Erykah Badu ini asalnya disebabkan gambar Erykah Badu ini yang menampakkan tatu tulisan Allah di badannya. Lantas konsertnya dibatalkan. Saya sendiri pun sebenarnya tak kenal dengan Erykah Badu ni. Jadi kenapa perlu saya peduli tentang isu ini? PERLU KERANA SAYA SEORANG MUSLIM DAN SAYA TAK MAHU DI AKHIRAT NANTI SAYA AKAN DITANYA TETANG PERKARA INI SEKIRANYA SAYA MENGABAIKANNYA. Sebenarnya ada banyak artis-artis luar yang datang buat konsert di malaysia. Tetapi, Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, jadi SENSITIVITI menjadi perkara yang sangat penting untuk menjaga kestabilan negara. Ingin saya buat satu kenyataan di sini.
KEBEBASAN BERSUARA AMAT BERBAHAYA DAN BOLEH MENCETUS PERMUSUHAN DAN PERGADUHAN

Lihat sahaja di Amerika Syarikat dan negara-negara eropah yang lain apabila kebebasan bersuara dihalalkan. Orang lain menghina agama lain, dan akhirnya tercetus pergaduhan. Dan mungkin akan mendatangkan kerosakan, kecederaan malah pembunuhan. Jadi itu sebabnya di Malaysia ini kebebasan bersuara itu ada tetapi perlu tahu garis-garis sensitiviti rakyat yang berbilang kaum dan agama. Manusia perlukan undang-undang dan peraturan. Sekiranya tiada peraturan dan undang-undang, manusia akan sewenang-wenangnya melakukan pelbagai perbuatan sesuka hati. Dan kerana itu jugalah Allah menetapkan undang-undang dan peraturan dalam al-quran dan sunnah. Bayangkan sekiranya konsert itu diteruskan, pastinya parti politik pembangkang akan jadikan ia isu untuk PRU-13 ini kan? hahaha... Mungkin akan ada kumpulan-kumpulan yang akan menyerang konsert tersebut dan akan menimbulkan kekecohan? Jadi lebih baik konsert tersebut dibatalkan. Dan sekiranya gambar Erykah Badu itu tidak wujud, mungkin konsert tersebut dapat dijalankan dengan aman... Sudahlah agama Islam ini adalah agama rasmi Malaysia, patutkah nama tuhan yang kita sembah diletakkan di atas tubuh manusia? dan Malaysia akan berdiam diri? Katalah bahawa Malaysia kolot namun sekurang-kurangnya negara ini tidak terjerumus ke dalam negara-negara miskin yang sering disinonimkan dengan negara-negara Islam yang lain. Dan, sebagai sebuah negara yang dihormati oleh negara Islam yang lain, pastinya rasa hormat itu akan berkurangan andainya konsert tersebut diluluskan.


Isu Banteras Homoseksual


Mujur sahaja video ini tidak menyindir agama, namun ianya menyindir pengimplementasi untuk membanteras homoseksual ini. Dikatakan 30 peratus rakyat Malaysia adalah homoseks. Persoalannya, mana dia dapat statistik itu? Bagaimana hendak membanteras isu homoseksual hanya berdasarkan ciri-ciri luaran sahaja? Lelaki yang bertutur dan bergaya lembut bukan semestinya lelaki itu homoseks bukan? Pada pendapat saya, kelab-kelab yang mengamalkan homoseksual perlu dibanteras. Pada saya, isu homoseks ini PERLU DIBANTERAS kerana sekali lagi mereka perlu menghormati yang negara ini yang walaupun bukanlah sebuah negara Islam, tetapi Islam adalah agama rasmi negara ini. Dengan membenarkan kewujudan golongan homoseks ini, seperti memalit tahi ke muka sendiri. Kalau nak berhomoseks, pergilah cari kewarganegaraan yang lain.

Akhir sekali, negara ini perlukan stabiliti dan hormat sesama kaum dan agama agar sentiasa aman. Malaysia bukanlah terlalu aman, tetapi sekurang-kurangnya kita bebas berjalan tanpa rasa takut ditembak dan sebagainya. Bersyukurlah dengan keamanan yang kita ada. Saya bukan nak berpolitik tapi kita memang harus bersyukur kalau nak dibandingkan dengan negara-negara Islam yang lain yang sedang bergolak. Kuncinya, JAGA SENSITIVITI

Jumpa lagi esok, InsyaAllah
Wassalam.

dari,
K-tea.
Baca lagi>>

Friday, April 6, 2012

ReligiON, ReligiOFF; "Berkat Jumaat" in English!


Assalamualaikum , good day and welcome to today "Berkat Jumaat". You probably don't understand what "Berkat Jumaat" is. Well, "Berkat Jumaat" is a religious slot on Infinitesane, and since I'm not good on writing things about religious in English, I always write in Malay in this slot. "Berkat Jumaat" literally mean "Friday's Blessing". It doesn't mean that Friday gives us blessing, it is just Friday is the "Head of the days in a week" and Allah rewarding more blessing in this day. So, may we get blessed on this blessing day. I hope you understand my explaination. ¿Claro?

Okay today I want to tell you about Islamic view on modernization. I think almost all muslim will get offended by the "joke" image above. And I also think a lot religious people will get offended by that. First of all, it's not made by me. I just found that here and think that I should share this thing to all.



(Baca lagi = Read more)

First of all, I will not write about other religious in this entry. I don't have much knowledge about other religious and I just want to tell you my opinion based on my muslim perspective.

Let's start. Basically most (not all) of the westerners believe that by seperating religion from other things in life will bring modernization to them. Well, for me as a muslim I'll definitely denying it. Have you heard about Islamic Golden Age? Well, it was not called "golden" age for their gold only, but they were called "golden" age for their golden achievement in every aspect. I give you this wikipedia link so you can read later. One of the most popular achievement is the "birth" of algebra. Well, it comes from arabic word, "al-jabr" right? Correct me if I'm wrong. For another in-depth explaination, click youtube link below for a video series about Islamic Golden Age.

Part 1: Click Here
Part 2: Click Here
Part 3: Click Here
Part 4: Click Here
Part 5: Click Here
Part 6: Click Here

I decided not to embed those videos because it'll make this entry longer. Believe me, Islam is not a terrorist religion. It is the terrorist ideology make them a terrorist. Islam arrive in this archipelago (South East Asia) not by bringing weapon, instead they come to meet the Sultan peacefully to deliver their "da'wah" (wiki explain here) and the Sultan attracted to embrace Islam thus making Islam official religion there. It is a natural tendency for malay people to follow what their Sultan order. Just recently, malay youngster didn't have much spirit anymore. But not all of them of course. It's a Malay thing.

"Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah" (A just king worshipped, A tyrant king shunned)


I believe I've went away from our topic right? Let's get back to the topic. Many things happen during Islamic Golden Age. I can say it is the most trending empire during that time. They fix old knowledge and found new one at that time. And people behave as a civilised people. Why? Because they practice Islam as it suppose to be. You maybe always heard this thing but I will say it again.

"Islam is the way of life"


Everything we did is an "Ibadah" (wiki explain), a devotion as long as we did it properly. We have each manner in everything we did. There is eating manner, studying manner, sleeping manner, and many more. "Ibadah" is not just praying, fasting or perform Hajj (wiki explain) in mecca. My point is seperating religion in life is not the key solution toward modarnization. Well at least not for Islam. Do you know Athan? Or many other similar spelling, adhan, azan but you get it. It is the Islamic call to prayer. Wikipedia explaination here. There is a line which is

"حي على الفلاح" "Hayya 'ala 'l-falah" means "Let's come to success."


It shows us that Islam prefer a better tomorrow. And also show us there is no restriction to go to modernity. The rules that were made to make sure we will behave as a civilised people. Just take a look nowadays. What happen to all teenagers. It is not only their fault that they become socially problematic. For a Muslim, it is because they are lacking of religious cautiousness. Yes, here in Malaysia we still have teenagers behavior problem. But, not all teenagers of course. In Islam, there is also social manners. How to socialized. Yeah, you got modernity but look at your people. Did they became a civilised persons? I don't have the answer.

So, why Islamic Golden Age falls apart? Well, they did what most westerner do today. They leave religion apart from their live. They got the taste of power and pleasureness, they forgot who give them the power which is Allah. Then, Muslim started to broken into pieces. They start to hate each other, killing each other eventhough we are all muslim. They can't manage their differences. And now, I got to admit, we need to climb up again from bottom to become great again. I hope one day, Muslims will be respected again and people will understand that Islam is not hazardous or dangerous. It is people that dangerous. People who lose their faith.

Actually Islam have a guideline how to deal with non-muslim. We did not make enemy just by religious differences. There is two type of non-muslim, one is making Islam as their enemy, one is respecting Islam as other religion. The one who make Islam as their enemy is the one we need to be cautious. Once they attack us, we cannot let them do it again. So, the key point is respect. If you don't respect us, how can you expect we will respect you back? right? Same thing goes to the Muslim. As I told you before, Muslim now broken to pieces because they cannot manage differences. They need to respect each other, as long as Islam still number one.

I think that is all for now, I'm not sure whether you can understand or not. As I told you before, I'm not good on writing religious thing in English. My bad if I'm wasting your time. If you understand and you like it, share or comment. Or if you understand but don't like it, just comment okay.

Lastly before I leave, I need to remind you that wikipedia is not a good source to learn Islam. Read, understand quran, find Imam or Islamic scholar for any question. You can ask me a few question but I'm not going to guarantee you can get the answer because I'm not too knowledgable. You can use wikipedia for a basic definition. Like the Adhan info above, you can see the difference between the Shia and Sunni adhan, but here in Malaysia we're sunni and do not recommend shia to develop in Malaysia to avoid any unwanted chaos.

With that, I'll see you tomorrow InsyaAllah,
See you later,
Hasta luego,
Wassalam.

from,
K-tea.

p/s: There is so much term we learn today right? Da'wah, Ibadah, Hajj and Adhan. For non-Muslim, I hope you'll get a better view on this issue.
Baca lagi>>

Friday, March 23, 2012

Cinta Itu Sepatutnya Indah


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog ini dan harapan saya kita semua beroleh "Berkat Jumaat".

Sebelum itu, silalah menjamu telinga anda dengan nyanyian acapella yang tak seberapa ini. Saya menyanyikan lagu Cintailah Ilahi nyanyian asal oleh Inteam.

Cinta, majoriti penduduk bumi ini tahu apa itu cinta. Apa itu cinta? Berdasarkan carian saya di Pusat Rujukan Persuratan Melayu, cinta itu bersinonim dengan perasaan kasih: perasaan sayang. Makanya cinta itu juga luas, bukan hanya kepada manusia, malah kepada apa jua yang kita sayang dan hargai. Seringkali berlaku salah faham dalam kalangan "mainstream" bahawa dalam Islam tiada cinta antara lelaki dan perempuan. Lebih-lebih lagi bila Jabatan Agama Islam buat rondaan untuk mencegah aktiviti "berdating" di hari Valentine. Maka wujudlah spekulasi bahawa Islam ini kolot dan tak tahu apa erti berkasih sayang. Sampai heboh seluruh dunia tentang kekolotan Malaysia. Sibuklah media luar negara nak jaga tepi kain orang tanpa usul periksa. Minggu depan saya beri bukti.



Jadi, betulkah tanggapan tersebut? Mengapa Islam melarang perkara tersebut dari berlaku? Jawapannya mudah saja,
"Apabila si wanita dan lelaki berdua-duaan, mereka lupa bahawa pihak ketiga adalah Syaitan."
Ada sebab mengapa Islam tak membenarkan budaya "couple" ni sebenarnya. Supaya kita tak menghampiri zina dan supaya tak mendatangkan fitnah. Tak percaya tengok sajalah sinetron-sinetron Indonesia tu, si jejaka yang baik, tulus dan lurus atau si wanita yang baik, lemah lembut tapi biasanya tak tutup auratlah disebabkan ber"couple", tak habis-habis kena fitnah saja. Haha, saya tahu saya sedang mengarut sekarang ni. Balik semula ke topik.

Islam tak pernah melarang manusia untuk bercinta. Cuma Islam mencegah dari cinta yang sia-sia. Lepas kahwin, nak bercinta bercintalah. Saya pernah nampak pasangan suami isteri di pusat membeli belah yang si isterinya menutup aurat dan memakai purdah, rilek saja pegang tangan suaminya. Dah memang halal pun dah. Namun, ada pula yang berkata,
"Dari bercouple la boleh kenal siapa jodoh kita?"
Tak salah juga berkenalan, yang salah itu berdua-duaan.

Sebenarnya tadi semasa di khutbah Jumaat tadi, khatib membincangkan tentang mencintai pasangan kita dan bagaimana patutnya kita bertolak ansur sesama suami isteri. Nampaknya sampai di sini sahaja dulu, kita jumpa lagi esok, InsyaAllah.

Jumpa lagi,

Wassalam.

K-tea.

p/s: Buat rujukan di sini dan sini. Gambar diambil dari sini.
Baca lagi>>

Friday, March 16, 2012

Agama = Bahan gurauan?


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane. Alhamdulillah bertemu lagi sekali kita di hari Jumaat yang mulia ini. moga-moganya kita beroleh "Berkat Jumaat" ya? Sebelum apa-apa, saya nak share lagu baru Maher Zain ni, baru keluar pagi tadi di youtube. Tajuknya "Number One For Me". Silalah menontonnya bila senang ya?



Dalam masa kurang dari sejam lagi, berlangsunglah gelanggang akhir Raja Lawak musim ke-6. Roda dunia berputar lagi. Dahulunya industri hiburan di Malaysia panas dengan bakat-bakat dari rancangan realiti nyanyian. Namun, hari ini roda tersebut mula berputar dan kini giliran pelawak pula mula mengambil alih roda industri hiburan di Malaysia. Siapa yang tak kenal, Jozan, Boboi, Osbon, Nabil, dan ramai lagi. Malah mereka ini(golongan pelawak) tidak lagi hanya boleh melawak, mereka juga boleh menyanyi, menari, mengacara malah menjadi penyampai radio! Jadi, pengaruh mereka sangat kuat di Malaysia. Disebabkan itu, saya bersyukur apabila mereka menjadikan bakat mereka itu untuk berdakwah. TETAPI! ada risiko yang mereka ambil apabila mereka menyelitkan unsur keagamaan dalam bahan gurauan mereka itu, apabila mungkin secara tidak sengaja mereka menjadikan agama itu sebagai bahan gurauan



Saya memang ada angan-angan nak jadi pelawak. Tapi masalahnya saya ni tak lawak. Jadi saya kuburkan sajalah angan-angan saya itu buat sementara waktu ni. Nak kritik tu bolehlah. Siapa-siapa pun pandai mengkritik sebab bila kita sebagai penonton tak rasa puas dan tak rasa seronok bila menonton persembahan, pastinya kita nak mengkritik bukan? Itu lumrah. Bukan susah pun hendak mengkritik, tapi sangat susah menjadi yang dikritik. Kerana idea yang diperah sekian lama akhirnya akan dikritik dengan mudah sekali. Samada akan menerima kritikan positif, namun yang menyebalkan adalah kritikan negatif. Terima sajalah. Begitu juga dengan niat mereka untuk berdakwah melalui medium lawak. Tiada siapa boleh menyalahkan siapa-siapa dalam isu dakwah ini. Kerana dakwah itu satu kemestian bagi setiap muslim. Kita tak boleh nak menyalahkan cara tiap-tiap orang itu berdakwah kerana itu cara mereka. Selagi ia tak melanggar syarak, tiada yang salah dalam dakwahnya. Namun begitu, yang saya ingin tekankan disini adalah risikonya berdakwah melalui medium komedi. Sedikit salah, akan mendatangkan kecaman dari berbagai-bagai pihak. Bahan komedi yang menyelitkan unsur dakwah adalah baik, namun sekiranya tanpa kita sedari, bahan komedi yang kita lakukan itu berkait dengan hukum-hukum agama, ada kecenderungan ia membahayakan.

Saya mengesyorkan isi-isi komedi yang terdapat dalam sesebuah sketsa hendaklah tentang nilai-nilai baik dalam kehidupan. Ia masih dikira berdakwah kerana menjadikan nilai-nilai dalam Islam itu sebagai teras komedi tersebut. Ia tidak menyentuh tentang isu hukum-hukum agama yang mungkin mencetus polemik dan perbalahan. Namun begitu, kadang-kala kewujudan polemik ini juga ada baiknya. Ia dapat membuat orang ramai kembali menyelak buku-buku agama sekaligus mendekatkan kita dengan agama kita. Namun begitu, polemik-polemik ini tak wajar ditimbulkan selalu, kerana takut ia akan menimbulkan pergaduhan sesama kita bukan? Jadi untuk menghasilkan situasi menang-menang, saya mengesyorkan seperti diatas.

Akhir sekali, saya ucapkan semoga berjaya kepada finalis-finalis raja lawak musim ke-6. Semoga anda semua dapat menghiburkan semua orang terutamanya saya sebab kalau tak best, siaplah Isnin nanti kena kutuk dengan aku, hahaha...

Sampai disini sahaja dahulu buat masa ini, jumpa lagi esok hari, InsyaAllah.

Jumpa lagi,
Wassalam.

K-tea.

p/s: Gambar diambil dari laman web ini
Baca lagi>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League